Inilah Yang Dilakukan Xavi Dalam Tempoh 134 Hari Ubah Nasib Barcelona

Pengurus Barcelona dan legenda kelab, Xavi Hernandez kini dilaporkan berada dalam landasan yang betul serta tepat untuk membawa kembali Barcelona keluar dari lembah kehinaan.

Xavi dilantik menggantikan Ronald Koeman yang tidak jelas permainannya bagi membina semula pasukan Catalan itu dari bawah yang berpaksikan kepada bakat yang ada pada pemain muda.

Perginya Lionel Messi ke Paris Saint Germain adalah satu situasi yang terbaik untuk Barcelona membina kembali kepoweran mereka dan tidak bergantung kepada pemain terbaik dunia yang sudah memasuki fasa veteran.

Selepas dilantik sebagai pengurus Barcelona, Xavi telah menyenaraikan 10 peraturan yang wajib dipatuhi oleh pemain dan juga staff pasukan Barcelona.

Denda akan dikenakan jika peraturan ini dilanggar. Peraturan yang tegas ini dilakukan Xavi untuk menuntut kembali disiplin dari setiap individu yang ada di Camp Nou.

1. Para pemain perlu sampai ke pusat latihan 90 minit sebelum latihan bermula.

2. Staff perlu sampai ke pusat latihan dua jam sebelum sesi latihan dimulakan.

3. Pemain perlu makan di pusat latihan kelab.

4. Sistem denda.

5. Denda akan digandakan andai kesalahan dilakukan berulang-ulang.

6. Pemain mesti sampai di rumah sebelum lewat malam, dua hari sebelum perlawanan.

7. Pemain perlu berikan segalanya dalam semua sesi latihan.

8. Aktiviti luar padang pemain akan terus dipantau.

9. Aktiviti berisiko sudah tidak lagi dibenarkan.

10. Imej yang baik sangat diutamakan.

Xavi memulakan tugas di Barcelona pada awal November dan tugas membina kembali pasukan dengan barisan pemain yang seperti kehilangan motivasi amatlah sukar ditambah dengan bebanan hutang menimbun kelab.

Dani Alves terus dipinang Xavi mungkin mahu mendapatkan bantuan pemain veteran yang berstatus legenda bagi membimbing pemain muda yang kehilangan punca namun Alves hanya dapat beraksi pada Januari 2022.

Maka perjalan awal Xavi tidaklah indah dan penuh berliku. Bertambah buruk apabila Barcelona telah mengalami satu peristiwa yang tak pernah terjangkau dek fikiran bukan sahaja para peminat mereka, malah peminat bola sepak di seluruh dunia khususnya.

Kelab Catalan tersebut telah sah akan bermain di Liga Europa untuk aksi Eropah mereka selepas tewas tiga gol tanpa balas kepada Bayern Munich di Allianz Arena.

Barcelona pada ketika itu kelihatan tidak mampu sembuh lagi dan penawar terpantas adalah jendela perpindahan Januari. Betul percaturan mendapatkan pemain maka sembuhlah.

Tiga pemain dibawa masuk pada jendela perpindahan januari iaitu Ferran Torres, Adama Traore dan Pierre Emerick Aubameyang serta Dani Alves kira januari jugak.

Xavi Hernandez telah mendapatkan Ferran Torres dari Manchester City. Xavi dilaporkan telah menghubungi Torres setiap hari dari November hingga Disember bagi meyakinkan pemain itu.

Pierre Emerick Aubameyang didapatkan percuma dari Arsenal dua minit sebelum jendela perpindahan tutup, Arsenal bermain tarik tali untuk membatalkan kontrak Pierre Emerick Aubameyang sehinggalah ke saat terakhir.

Dengan kehadira 3+1 pemain ini telah mengubah nasih Barcelona untuk kembali ke jalan yang benar dan kemuncaknya adalah ketika mereka menewaskan Real Madrid di El Classico.

Sejak itu Xavi diangkat sebagai penyelamat Barcelona dan perubahan yang dibawanya dipuji oleh media seluruh dunia serta ada menyarankan Manchester United belajar dari Xavi.

Dan secara ringkasnya inilah yang dilakukan oleh Xavi Hernandez dalam tempoh 134 hari untuk mengubah nasih Barcelona dan perkara itu telah diringkaskan oleh Farizio Romano.

1. Suasana di bilik persalinan telah berubah sepenuhnya selepas ketibaan Xavi, memaksa idea dan disiplinnya untuk membina semula mentaliti Barça. 10 peraturan yang dijalankan membuahkan hasil.

2. Xavi telah menerapkan corak taktikal, pendekatan dan sistem nampaknya sesuai untuk model Barcelona seperti yang diinginkan oleh presiden Juan Laporta.

3. Pierre Emerick Aubameyang seperti mendapatkan kelahiran semula apabila diikat Xavi. Sudah dibenci Arsenal namun dapat peluang kembali bersama Barcelona. Kesannya Xavi, gembira, Aubameyang gembira dan Arsenal lega.

Setakat ini Aubameyang telah menjaringkan 10 gol dalam 9 perlawanan sebagai permulaan untuk Barcelona, ​​impak yang luar biasa apabila dia menyertai secara perpindahan percuma.

Dalam perlawanan El Clasico Aubameyang telah menjaringkan 2 gol dan 1 assist.

4. Ferran Torres juga tidak mengecewakan selepas hampir bercinta dengan Xavi dalam usaha memujuk ke Barcelona. Torres telah menjaringkan satu gol dalam perlawanan El Clasico.

Torres benar-benar dipercayai oleh Xavi yang merupakan kunci untuk meyakinkan Ferran pada Januari dan menyertai Barça dari Man City.

5. Xavi juga sedaya-upaya melindungi Ousmane Dembele dalam saat yang sangat sukar selepas jendela Januari dan saga kontrak baharu dan kembali berjaya mendapatkan bisa Dembele.

Dembele kini peneraju carta assist tertinggi dalam liga lima teratas Eropah dengan 7 assist.

6. Xavi juga dilaporkan mendapatkan pemain seperti Franck Kessie dan Andreas Christensen untuk Barcelona secara percuma pada musim panas nanti.

Xavi telah merekodkan 12 perlawanan terakhir tanpa kalah dengan 9 kemenangan termasuklah dalam perlawanan El Clasico.

Ketika mengambil alih, Barcelona ketinggalan 12 mata dibelakang Real Madrid disaingan La Liga dan selepas 134 hari Barcelona kini hanya ketinggalan 12 mata juga.

BACA:  Xavi Tak Puas Hati Bayern Menang: "Ini Tak Adil, Kami Pasukan Bermain Lebih Baik"