Iran Mahu USA Ditendang Keluar Dari Piala Dunia Kerana Hina Bendera Mereka

Kehangatan menjelang pertembungan antara Iran dan USA semakin membara apabila Iran mahu FIFA menendang USA keluar dari saingan Piala Dunia 2022 kerana menghina bendera mereka.

Amerika Syarikat telah dituduh melanggar peraturan FIFA ketika tumpuan diberi kepada England vs Wales, namun USA dan Iran masih mempunyai peluang untuk mara melepasi peringkat kumpulan.

Kedua-dua pasukan bertemu satu sama lain dalam perlawanan terakhir kumpulan Piala Dunia mereka, dengan Iran bangkit dengan kemenangan yang amat wajar ke atas Wales.

USA berjaya mengekang England dengan keputusan seri dan USA menjadi pasukan yang lebih baik ketika menentang England, Gareth Southgat yang merupakan bos England dikritik hebat kerana meninggalkan Phil Foden di bangku simpanan.

Kemenangan sama ada Iran atau Amerika Syarikat apabila mereka berdepan antara satu sama lain akan menyaksikan salah satu pasukan itu mara ke pusingan kalah mati, malah berpotensi untuk mengungguli kumpulan bergantung kepada keputusan perlawanan yang lain.

Ketika ramai memberi tumpuan kepada England vs Wales, sejarah panjang antara Iran dan USA juga menjadikan perlawanan itu ditunggu dan kini isu bendera menjadi pertikaian.

Segala isu berkaitan bendera sesebuah negara adalah satu perkara sensitif dan perlu diambil berat kerana boleh mencetuskan ketegangan.

Apatah lagi apabila membabitkan antara dua negara yang sudah lama bertelagah dan tidak berlaga angin seperti Iran dan USA.

Walau bagaimanapun, negara Timur Tengah itu tidak fikir permainan itu perlu diteruskan, menyeru FIFA untuk mengharamkan USA kerana satu hantaran di media sosial,

Akaun rasmi The United States men’s national soccer team (USMNT) menyiarkan imej tentang kedudukan Kumpulan B pada masa ini tetapi tidak menyertakan kalimah “Allah” dan “takbir” dari bendera tiga warna Republik Islam Iran pada imej itu.

Dengan kata mudah, USA telah mengubahsuai bendera Iran dengan membuang Kalimah ‘Allah’ dan juga ‘Takbir’ Allahu Akbar yang terdapat pada bendera Iran dan hanya tinggal jalur hijau, putih dan merah sahaja.

Agensi Berita Tasnim media negara Iran mendakwa bahawa, dengan mengeluarkan lambang dari bendera, Amerika Syarikat telah melanggar peraturan FIFA.

“Menurut seksyen 13 peraturan FIFA, mana-mana orang yang menyinggung maruah atau integriti sesebuah negara, seseorang atau sekumpulan orang… akan dikenakan hukuman penggantungan selama sekurang-kurangnya sepuluh perlawanan atau satu tempoh tertentu, atau apa-apa tindakan tatatertib lain yang sesuai.”

Itu adalah kapsyen bersama perkataan penuh seksyen 13, terus dari buku peraturan FIFA.

Pemain Iran hadir bermain di Qatar berlatar belakang pergolakan awam di negara itu, dengan bantahan terjadi berikutan kematian Mahsa Amini yang berusia 22 tahun, selepas ditahan kerana memakai tudung ‘tidak sempurna’.

Para pemain Iran tidak menyanyikan lagu kebangsaan mereka ketika kalah 6-2 kepada England, dan pengurus Carlos Queiroz tidak berpuas hati apabila ditanya mengenai hak wanita di negara itu, sebelum kejohanan.

Amerika Syarikat telah mendakwa keputusan untuk tidak memasukkan lambang Iran pada bendera itu adalah untuk “menyokong wanita di Iran yang memperjuangkan hak asasi manusia.”

Satu alasan tidak masuk akal dengan mengubahsuai bendera negara lain sesuka hati mereka dan dalam Tweet terbaru mereka tidak lagi mengubahsuai bendera Iran menggunakan bendera asal dan telah memadam Tweet yang kontroversi itu.

Lambang merah di tengah-tengah bendera Iran itu adalah kalimah ‘Allah’ manakala perkataan Takbir ‘Allahu Akbar tertera di atas dan bawah lambang merah tersebut.

Sebanyak 22 perkataan takbir diletakkan di bendera Iran, 11 di bahagian atas lambang merah dan 11 di bahagian bawah lambang merah.

Lambang merah dan perkataan inilah yang telah dibuang oleh media sosial USMNT dan telah mengundang kemarahan Iran.

Simetri Geometri

Lambang merah itu merupakan simetri geometri bagi perkataan Allah dan bahagian yang bertindih dari kalimah Tauhid, Lailaha illallah.

BACA:  Pemain Jepun Sempat Lawan 'Gunting-Batu-Kertas' Sebelum Sempurnakan Freekick Tewaskan Iran