Penjaga Gol Iran Mengejutkan Peminat Kerana Mampu Membaling Bola Sejauh 80 Ela

Penjaga gol Iran, Alireza Beiranvand sememangnya dikenali sebagai pemain yang mempunyai kemampuan membaling bola yang sungguh luar biasa menakjubkan dalam dunia bola sepak.

Malam kemarin, beliau berjaya memukau peminat seluruh dunia selepas kejayaannya membaling bola sejauh 80 ela ketika beraksi dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia bertemu Syria.

Penjaga gol berusia 28 tahun itu ketika ini beraksi bersama Boavista dalam saingan Primeira Liga sebagai pemain berstatus pinjaman.

Beliau berjaya membantu skuad kebangsaan Iran untuk mencatatkan kemenangan penting dalam aksi perlawanan bertemu Syria dalam saingan kumpulan A.

Iran berjaya menewaskan Syria 1-0 hasil jaringan dari bekas bintang Brighton, Alireza Jahanbakhsh pada minit ke-56 permainan.

Beiranvand turut membuat penampilan ke-45 beliau bersama skuad kebangsaan Iran, dengan beliau dalam perlawanan tersebut berjaya melakukan lontaran yang sungguh luar biasa menakjubkan.

Beliau berjaya melakukan lontaran sejauh 80 ela ketika beraksi di Azadi Stadium itu, dan ia jelas menunjukkan beliau mempunyai kekuatan balingan yang sungguh mengagumkan.

Bagaimana beliau mampu membaling bola sejauh itu? Jelas sekali ia sungguh menakjubkan.

Sebagai tambahan kepada kemampuan beliau membaling bola dari jarak jauh, kisah perjalanan karier Beiranvand juga tidak kurang hebatnya dan sungguh menginspirasikan.

Ketika remaja, beliau lari dari rumah untuk mengejar cita-cita dan impiannya menjadi seorang pemain bola sepak profesional.

Lebih menakjubkan lagi, kerana memilih untuk melarikan diri dari rumah, Beiranvand turut sempat menjadi gelandangan buat seketika.

Beliau bersetuju untuk kerja di sebuah kilang pakaian, kedai cuci kereta dan beliau juga pernah bekerja sebagai tukang cuci jalanan.

Kemudian, ketika aksi Piala Dunia 2018, kisah tentang bintang Iran itu tular di media sosial selepas kejayaannya menyelamatkan sepakan penalti Cristiano Ronaldo.

Beiranvand bukanlah satu-satunya penjaga gol yang mempunyai bakat luar biasa hebat seperti itu. Ibrahim Alma, penjaga gol Syiria yang kini berusia 29 tahun turut pernah tular sebelum ini kerana mempunyai kemampuan membaling bola yang sungguh luar biasa menakjubkan.

Alma pernah bermain bersama beberapa buah pasukan dalam saingan Syrian Premier League sejak beberapa tahun kebelakangan ini seperti Al-Wahda, Al-Shorta dan Al-Wathba.

Beliau turut sempat membuat 61 penampilan bersama skuad kebangsaan Syria sejak dari tahun 2012 lagi.

Beliau turut menikmati karier 10 tahun yang sungguh menakjubkan dalam kancah bola sepak profesional, dengan membuat lebih 150 penampilan secara keseluruhannya.

Satu hal yang pasti, peminat seluruh dunia tahu dan sedar tentang kehebatan dan kemampuan beliau menumbuk bola yang sungguh luar biasa menakjubkan.

Bakat Alma mula dikesan dan tular pada tahun 2018 yang lalu, ketika beliau beraksi bersama skuad kebangsaan Syria bertemu Jepun.

Pada minit ke-10 dalam perlawanan tersebut, Alma memutuskan untuk mengeluarkan bola dari kawasan D beliau dengan menumbuk bola tersebut (macam serve bola tampar).

Apa yang menariknya, bola tumbukan beliau itu mampu untuk sampai ke kawasan tengah padang, dan tepat menemui rakan sepasukannya yang lain.

Penjaga gol Syria itu walau bagaimanapun turut mempamerkan aksi persembahan yang menakjubkan sepanjang tempoh satu ke dua tahun kebelakangan ini.

Lihat sendiri bagaimana jauhnya bola tumbukan beliau pergi dan ia seolah-olah disepak dan bukannya ditumbuk.

Sumber: SPORTbible

BACA:ย  Ronaldo Merayu Kepada Penyokong Iran Supaya Tidak Membuat Bising Kerana Ingin Tidur