Ronaldo Merayu Kepada Penyokong Iran Supaya Tidak Membuat Bising Kerana Ingin Tidur

Kapten Portugal, Cristiano Ronaldo terpaksa merayu kepada penyokong Iran supaya tidak membuat bising di perkarangan hotel penginapan Portugal bagi membolehkan para pemain mendapatkan rehat yang cukup menjelang pertemuan Iran-Portugal awal pagi esok.

Ronaldo terpaksa membuat ‘penampilan’ istimewa di sebalik tingkap hotel untuk merayu penyokong Iran supaya tidak mengganggu waktu rehat pemain Portugal.

Segelintir penyokong Iran berkumpul di sekitar hotel penginapan tengah malam Ahad untuk mengganggu waktu rehat pemain Portugal menjelang pertemuan ‘hidup mati’ awal pagi nanti.

Ronaldo terpaksa merayu kepada penyokong Iran yang tidak bertamadun supaya tidak membuat bising di perkarangan hotel penginapan skuad Portugal. Dasar syiahhh

Terdapat mesej tersebar di laman sosial menggesa para penyokong Iran supaya berkumpul di depan hotel bagi memastikan skuad Portugal tidak mendapat rehat yang cukup sebelum turun menentang Iran dalam aksi terakhir peringkat kumpulan B.

Penyokong-penyokong Iran yang berkumpul dilihat membunyikan vuvuzela tanpa henti dan ada juga yang bermain drum.

Walaupun tindakan mereka dilihat tidak profesional dan tiada semangat kesukanan, ia membuahkan hasil apabila Ronaldo terpaksa pergi ke tingkap hotel dan meletakkan jarinya di mulut bagi merayu penyokong Iran menghentikan tindakan mereka itu.

https://twitter.com/FinishRonaldo/status/1011151046423535616

Iran kini berada di kedudukan ke-3 kumpulan selepas mengumpul 3 mata dari dua perlawanan. Mereka berjaya mencatatkan kemenangan tipis 1-0 ke atas Morocco dalam perlawanan pertama sebelum dikecewakan Sepanyol dengan jaringan yang sama.

Iran hanya akan layak ke peringkat kalah mati sekiranya mereka berjaya menewaskan juara Eropah tersebut.

Portugal pula hanya memerlukan keputusan seri untuk layak ke peringkat seterusnya tetapi menyedari mereka berpeluang berada di tangga teratas kumpulan sekiranya mengutip 3 mata penuh, bergantung kepada keputusan perlawanan Morocco – Sepanyol.

Penyokong Iran terpaksa menggunakan taktik kotor bagi memastikan Iran mempunyai peluang menewaskan Portugal dalam aksi terakhir peringkat kumpulan

Selepas melihat Harry Kane memintas kedudukan beliau selaku penjaring gol terbanyak Piala Dunia, Ronaldo pastinya bersemangat untuk menjaringkan lebih banyak gol apabila Portugal turun menentang Iran awal pagi esok.

Kane kini mengumpul 5 gol selepas mencatatkan hatrik ketika England membelasah Panama 6-1 semalam. 3 daripada gol Kane dijaringkan melalui sepakan penalti.

Ronaldo pula mencatatkan 4 gol dari 2 perlawanan dan kini berkongsi tempat kedua dalam senarai penjaring terbanyak Piala Dunia bersama penyerang Belgium, Romelu Lukaku yang turut mempunyai 4 gol.

Sekiranya Portugal berjaya melayakkan diri ke pusingan seterusnya, mereka akan bertemu sama ada pasukan tuan rumah, Russia atau Uruguay dalam peringkat seterusnya.

Uruguay dan Russia akan bertembung sesama mereka dalam perlawanan terakhir kumpulan A.

Ronaldo kini sedang berada di kemuncak prestasi selepas menyumbat hatrik ketika bertemu Sepanyol dan menjaringkan gol tunggal perlawanan ketika menentang Morocco minggu lalu.

BACA:  Media Arab Saudi Lapor UEFA Sedang Pertimbang Al Nassr Untuk Sertai Champions League Musim Hadapan