Queiroz Minta Bayaran Untuk Jawab Soalan Hak Wanita Iran Sebelum Angkat Kaki

queiroz klinsmann

Pengurus pasukan Iran, Carlos Queiroz telah meminta bayaran daripada wartawan dan terus angkat kaki untuk berlalu pergi selepas ditanya mengenai isu hak wanita di Iran.

Situasi tegang itu tercetus dalam satu sidang media pra Piala Dunia yang membabitkan pasukan Iran dan soalan sepatutnya berkisar kepada bola sepak namun lain pula yang ditanya.

Sebelum ini FIFA telah ditekan hebat untuk menggugurkan Iran dari Piala Dunia dan tempat itu digantikan dengan Ukraine.

Bulan lalu, kumpulan hak asasi manusia Open Stadiums menggesa badan induk bola sepak dunia untuk mengharamkan pasukan kebangsaan Iran daripada Piala Dunia kerana layanan negara terhadap wanita.

Ia berlaku ketika protes meluas mencengkam negara itu berhubung kematian Mahsa Amini, seorang wanita Kurdish berusia 22 tahun yang meninggal dunia ketika dalam tahanan polis.

Kerajaan Iran juga telah dikritik hebat atas sokongannya terhadap Rusia dalam pencerobohan berterusan ke atas Ukraine.

Namun FIFA tidak tunduk dengan isu politik tersebut kerana Iran mara ke Piala Dunia atas dasar merit dan paling tidak logik adalah Ukraine yang sememangnya tidak layak menjadi pengganti.

Dah la slot Asia nak bagi kat Eropah pulak. Bukan-bukan je otak dieorang ni.

Terdapat banyak protes dan kritikan terhadap pemakaian tudung yang dikuatkuasakan untuk wanita di Iran. Dan, menjelang Piala Dunia, Queiroz ditanya tentang topik itu.

“Adakah anda ok mewakili negara seperti Iran di Piala Dunia ini yang menindas hak wanita?” Soal wartawan Sky.

“Di saluran mana anda bekerja?” balas pengurus berusia 69 tahun itu.

“Langit (SKY),” jawab wartawan tersebut.

Melihat soalan yang menyimpang jauh dari bola sepak, Carlos Queiroz telah meminta bayaran daripada wartawan Sky itu untuk menjawab soalan.

“Berapa awak bayar saya untuk menjawab soalan itu? Awak syarikat swasta, berapa awak bayar saya?”

“Berbincang dengan bos anda dan pada penghujung Piala Dunia, saya boleh memberi jawapan kepada anda jika anda membuat tawaran yang baik kepada saya. Terima kasih.”

Wartawan itu kemudian mencelah ketika Carlos Queiroz sudah bangun untuk meninggalkan sidang media selepas meminta bayaran:

“Kamu katakan itu satu penghormatan…”

Sambil berdiri Carlos Queiroz memberi syarahan percuma kepada wartawan dan menyindir wartawan itu supaya tidak sibuk dengan urusan negara lain dan ambil tahu mengenai pendatang di England.

“Tidak, tidak. Saya katakan, untuk menjawab soalan itu, jangan masukkan ke dalam mulut saya perkataan yang saya tidak katakan.”

“Saya bertanya kepada syarikat awak, berapa awak bayar saya untuk menjawab soalan itu? Ok . OK, terima kasih,”

“Saya rasa anda harus mula berfikir tentang apa yang berlaku dengan pendatang di England juga. Pergi fikirkan itu.”

Iran akan memulakan saingan mereka denga menentang England Rabu depan, sebelum menentang Wales pada hari Jumaat dan kemudian Amerika Syarikat pada Selasa berikutnya.

Iran dilihat sebagai pasukan belasahan atau lubuk mata dalam kumpulan, seperti di Rusia empat tahun lalu, namun mereka hanya satu kedudukan di bawah Wales menurut ranking FIFA, di tempat ke-20 dunia.

Bekas penolong pengurus Manchester United, Queiroz menguruskan Iran antara 2011 hingga 2018, membawa mereka ke Piala Dunia pada 2014 dan 2018.

Dia kemudiannya mengambil alih Mesir tetapi gagal untuk membantu Mohamed Salah melayakkan diri ke Qatar telah menyaksikan dia kembali ke Iran untuk membawa mereka ke Piala Dunia.

Carlos Queiroz hanya membawa 25 pemain untuk membawa cabaran Iran di Piala Dunia Qatar:

Penjaga gol:

Alireza Beyranvand (Persepolis)
Amir Abedzadeh (Ponferradina)
Payam Niazmand (Sepahan)
Hossein Hosseini (Esteghlal)

Pertahanan:

Majid Hosseini (Kayserispor)
Mohammad Hossein Kanaanizadegan (Al-Ahli)
Shojae Khalilzadeh (Al-Ahli)
Morteza Pouraliganji (Persepolis)
Sadegh Moharrami (Dinamo Zagreb)
Ramin Rezaeian (Sepahan)
Milad Mohammadi (AEK Athens)
Abolfazl Jalali (Esteghlal)

Pemain tengah:

Saeid Ezatollahi (Vejle Boldklub)
Ehsan Hajsafi (AEK Athens)
Rouzbeh Cheshmi (Esteghlal)
Ahmad Nourollahi (Shabab Al-Ahli)
Ali Karimi (Kayserispor)
Saman Ghoddos (Brentford)
Vahid Amiri (Persepolis)

Penyerang:

Alireza Jahanbakhsh (Feyenoord)
Ali Gholizadeh (Sporting Charleroi)
Mehdi Taremi (FC Porto)
Mehdi Torabi (Persepolis)
Karim Ansarifard (Omonia Nicosia)
Sardar Azmoun (Bayer Leverkusen)

BACA:  Maghribi Pasukan Afrika Pertama Mara Ke Separuh Akhir Piala Dunia.