Isteri Sarri Anggap Sarriball Seperti Kepala Ehem Ehem

Pengurus Lazio, Maurizio Sarri dikenali dengan pengurusan taktikal yang cantik dan merecik. Dia juga dilabel sebagai pengurus yang menggunakan falsafah Sarriball atau Sarrismo.

Sarri juga dikenali dengan kisahnya dengan rokok.

Bekas pegawai bank ini bukan hanya dikenali dengan cara permainan ‘Sarriball’nya sahaja tetapi tabiat merokoknya bukan lagi rahsia.

Sarri telah mengakui bahawa beliau menghisap rokok sebanyak 4 kotak sehari dan sukar untuk dikawal ketagihannya itu.

“Aku hisap rokok 60 batang sehari, mungkin lebih atau kurang.” Dedah Sarri kepada La Nuova Riviera.”

“Aku tak rasa nak merokok semasa perlawanan tetapi sejurus selepas perlawanan memang aku kena hisap rokok. Tidak sangap cuk!.”

“Aku mempunyai masalah sakit belakang seminggu ini, tapi sekarang dah rasa elok,” kata Sarri.

Seterusnya ketika membincangkan apa itu Sarrismo atau Sarriball, Sarri tidak berselindung ketika menyatakan pendapat isterinya tentang Sariball. Pendapat itu agak keras dan kesat. Namun itulah definisi yang terbaik setakat ini di mata Sarri.

Pendekatan Sarriball Sarri melihat pasukannya menggunakan serangan pantas, berasaskan penguasaan dan bergantung pada hantaran pendek dan pantas untuk menolak bola lebih jauh ke atas padang.

Selain itu ianya juga berasaskan binaan serangan dari bawah. Kalidou Koulibaly antara pemain penting dalam sistem Sarriball atau Sarrismo ini.

Maestro tengah Itali Jorginho memainkan peranan penting dalam Sarri memberikan impak Sarriball semasa tempoh pengurusannya di Napoli dan Chelsea.

Sarriball sarrismo

Di mana pemain tengah itu akan membantu dalam serangan dan meneutralkan serangan lawan di tengah.

Jorginho berkembang menjadi insan berguna ketika bersama Sarri sehingga kini. Malah pada satu ketika bekas pemain Napoli itu dicalonkan untuk Ballon d’Or.

Sarri, yang kini dalam musim kedua bersama Lazio, mendedahkan bahawa sukar baginya untuk memberikan definisi yang jelas untuk Sarrismo.

Dia lebih selesa kalau orang bertanya tentang rokok kedai Acheh.

Bagaimanapun, pengurus Itali berusia 63 tahun yang terkenal dengan mulut celuparnya itu dengan kelakar menyatakan bahawa isterinya lebih bagus dalam menjelaskan apa itu Sarrismo berbanding dia sendiri.

Isterinya turut menggelar Sarrismo seperti d*ck*head atau kepala punai.

Sarri berkata: “Jika saya perlu untuk memberikan definisi apa ke benda itu Sarrismo, saya tidak boleh buat la.”

“Jika anda bertanya kepada isteri saya, dia boleh memberi anda satu defisini: seorang lelaki pemarah, seorang yang agak kepala kemaluan, itu bergantung.”

“Terpulanglah mau jadi apa mau jadi hantu mahu jadi buayaaa!”

Sarri, yang tiba di Stamford Bridge pada 2018, menghabiskan satu musim di Chelsea dan membawa The Blues merangkul kejuaraan Liga Europa selepas membelasah Arsenal 4-1 di final.

Selepas trofi utama pertamanya dalam kerjaya pengurusannya, Sarri kembali ke tanah airnya dan dilantik sebagai pengurus Juventus.

Bekas bos Chelsea itu menjulang kejuaraan Serie A pada musim pertama dan satu-satunya piala bersama Juventus, tetapi Sarri kemudiannya dipecat selepas Old Lady itu disingkirkan daripada Liga Juara-Juara Eropah

Sarri, yang dilantik sebagai pengurus Lazio pada 2021, memperoleh tempat kelima untuk pasukannya sekarang pada musim pertamanya sebagai pengurus.

Lazio kini berada di tangga ketiga dalam carta Serie A musim ini, dengan anak buah Sarri dua mata di belakang AC Milan di tempat kedua dan lima mata di belakang pendahulu liga, Napoli.

Lazio akan meneruskan kempen Liga Europa mereka pada hari Khamis kerana mereka mengalu-alukan Midtjylland ke Stadio Olimpico.

Adakah Sarri akan berjaya membantu pasukannya memenangi UEL untuk koleksi kedua peribadinya musim ini?

BACA:  Insiden Pelanggaran Ngeri Antara Maurizio Sarri Dengan Bintang Udinese