Jack Grealish telah memadam ciapan lama tentang Manchester City yang pernah beliau tulis, dan ia mencetuskan pelbagai spekulasi dan kontroversi di media sosial.
Spekulasi tentunya mengaitkan yang beliau sudah semakin hampir ke Etihad dan kontroversinya pula adalah kerana ciapan tersebut sebenarnya mengutuk Manchester City.
Peminat Man City sepertinya tidak gembira membaca ciapan tersebut, kerana Grealish jelas lebih menyokong Man Utd berbanding The Citizens.
BREAKING: Manchester City have made a £100,000,000 bid for Jack Grealish. (Source: Telegraph) pic.twitter.com/c8PArEGvq6
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) July 30, 2021
Menurut laporan beberapa media pada minggu ini, Juara saingan Premier League musim lalu itu semakin hampir pasti untuk menamatkan kesepakatan berkait perpindahan Grealish.
Manchester City dilaporkan sudah membuat tawaran bernilai £100 juta kepada Aston Villa untuk menandatangani pemain midfield England itu.
Pakar perpindahan pemain, Fabrizio Romano turut membuat kenyataan yang menyatakan:
“Manchester City ketika ini sedang berunding dengan Aston Villa untuk dapatkan Jack Grealish. Rundingan sedang berlangsung untuk capai kesepakatan. Ia tidak akan mengambil masa yang lama, keputusan akan diumumkan dalam masa beberapa hari saja lagi.”
Congratulations to Man City but Grealish has done you there son pic.twitter.com/wnSr6aIQk9
— Geo (@CFCGeoo) July 30, 2021
“Aston Villa sudah menawarkan kontrak baru pada Jack Grealish. Mereka berharap untuk kekalkan dia.”
Walau bagaimanapun, segelintir peminat yang mempunyai banyak masa lapang telah mengintai akaun twitter milik Grealish dan menemui sesuatu yang tidak mahu beliau baca.
Peminat menjumpai satu ciapan lama yang sudah ditulis bertahun-tahun dahulu, yang mana dalam ciapan tersebut Grealish menyatakan sokongan beliau pada Manchester merah.
Beliau bahkan berharap merah boleh mengalahkan biru dan tidak sanggup untuk melihat Manchester City menjuarai gelaran liga.
Jack Grealish made it clear who he wanted to see win the league in 2012 #mufc #mcfc pic.twitter.com/NGDEt5FP1g
— Man United News (@ManUtdMEN) July 30, 2021
Grealish deleted the tweet looooool pic.twitter.com/pDBgjhgFhS
— Wildman 🐺🇯🇲 (@Wildman_HUGR) July 30, 2021
Kebanyakan peminat telah memuat naik status di laman media sosial dan memperdebatkan hal berkait pendedahan tersebut.
Ketika membincangkan hal tersebut, pelbagai pendapat yang boleh didengarkan dengan ramai yang merasakan bahawa perpindahan mega Grealish ke City akan berlaku.
Ciapan tersebut kini telah dipadam dari media sosial milik Grealish, yang mana hal itu membuatkan penyokong Man City semakin teruja dan yakin bintang Villa itu akan ke Etihad dalam masa terdekat ini.
Grealish just deleted his old tweets about United so one can only assume the deal is going to happen.
— Keith Murphy (@keithmurphy1991) July 30, 2021
Grealish dilaporkan turut telah ditawarkan kontrak baru yang besar dari Aston Villa, dalam usaha kelab untuk memastikan beliau kekal di Villa Park.
Walau bagaimanapun juga, rundingan antara Aston Villa bersama Manchester City masih berjalan dan keputusannya sudah hampir untuk didedahkan.
Grealish tidak diragukan merupakan pemain paling dikehendaki oleh kebanyakkan kelab dalam saingan Premier League ketika ini.
Legenda Manchester United, Rio Ferdinand sendiri sempat menggesa Liverpool supaya menandatangani Grealish, untuk dapat hasil yang menakjubkan.
It’s so funny Grealish is literally a United fan😭 pic.twitter.com/SNnE982oGY
— Leo (@utdleo_) July 30, 2021
Beliau yakin, mana-mana pasukan yang menandatangani Grealish, pasukan itu akan dibantu oleh pemain midfield England itu dan usaha menandatanganinya adalah satu hal yang sangat positif.
Manchester City pada musim panas ini dilaporkan akan membuat dua penandatanganan mega yang akan memecahkan rekod perpindahan termahal dalam sejarah Premier League.
Man City 'launch record £100m Premier League bid for Jack Grealish'https://t.co/jzyFdm9paf pic.twitter.com/pbSeuhJ0bj
— The Sun Football ⚽ (@TheSunFootball) July 30, 2021
Pertama Jack Grealish dengan tawaran bernilai £100 juta dan yang kedua Harry Kane dari Tottenham Hotspur dengan yuran perpindahan bernilai lebih dari £100 juta.
Jika Man City berjaya menandatangani kedua-dua pemain ini, maka mereka bakal menjadi pasukan yang paling digeruni di benua Eropah musim hadapan.
Gandingan Kane, Grealish dan De Bruyne jelas sekali gandingan yang akan menggerunkan mana-mana pemain pertahanan lawan.
Urusan perpindahan melibatkan Grealish hanya menunggu keputusan dari Villa dan ia akan diumumkan dalam masa terdekat ini, sementara urusan melibatkan Kane, ia mungkin akan mengambil masa yang lebih lama.
Man City latest on Harry Kane as Jack Grealish 'agrees personal terms' https://t.co/80hLEyGQls pic.twitter.com/iD7GXy12mH
— Mirror Football (@MirrorFootball) July 24, 2021
Daniel Levy sepertinya masih keras dan teguh dengan pendirian beliau untuk tidak akan melepaskan Kane, namun ketua pasukan England itu sendiri pula sudah tidak mahu beraksi bersama Spurs.
Sumber: SPORTbible