Jack Grealish Melalui Debut Champions League Yang Sempurna

Jack Grealish melalui debut Champions League yang sempurna ketika beraksi bertemu RB Leipzig, dengan beliau menjaringkan gol dan mencatatkan satu assists, serta dinamakan sebagai pemain terbaik perlawanan.

Ia merupakan debut yang tidak mungkin akan dilupakan oleh Grealish dengan beliau berjaya meledak gol hasil gerakan solo yang sungguh menakjubkan.

Beliau menjadi watak penting dalam membantu Manchester City menewaskan RB Leipzig 6-3 di Etihad.

Bekas bintang Aston Villa itu masuk ke dalam kotak penalti dari sudut tepi padang dengan gerakan solo yang cantik, sebelum melepaskan rembatan padu menewaskan Peter Gulacsi.

Ia sememangnya sesuatu yang Grealish berhak untuk terima dengan pengharapan para peminat terhadap beliau setinggi nilai beliau ditandatangani.

Pemain berusia 26 tahun itu awalnya mencatatkan assists untuk gol pertama Manchester City yang dijaringkan oleh Nathan Ake.

Nordi Mukiele menjaringkan gol sendiri pada minit ke-28 permainan seterusnya meletakkan Manchester City dua gol dihadapan meninggalkan Leipzig.

Christopher Nkunku kemudiannya merapatkan defisit gol dengan beliau menjaringkan gol pertama Leipzig pada minit ke-42 permainan.

Riyad Mahrez kemudiannya berjaya menjaringkan gol menerusi sepakan penalti untuk City mendahului perlawanan dengan keputusan 3-1 sebelum tamat aksi babak pertama permainan.

Pada minit ke-51 permainan, Christopher Nkunku sekali lagi meledak gol untuk Leipzig seterusnya mengubah kedudukan menjadi 3-2.

Lima minit selepas itu, giliran Jack Grealish mencatat nama sebagai penjaring gol, seterusnya mengubah keputusan menjadi 4-2.

Grealish secara tidak langsung, turut dinamakan antara pemain yang berjaya menjaringkan gol ketika debutnya di kejohanan terbesar Eropah ini.

Marco Van Basten, legenda bola sepak Belanda turut ada dalam senarai tersebut, selepas beliau berjaya menjaringkan empat gol ketika debutnya dalam saingan Premier League bersama AC Milan pada tahun 1992.

Wayne Rooney yang menikmati karier gemilang ketika beraksi bersama Manchester United turut mencatatkan hat-trick ketika bertemu Fenerbahce pada tahun 2004.

Gol yang dijaringkan oleh Grealish dalam perlawanan ini juga merupakan gol kedua beliau bersama Man City dengan beliau membuka akaun golnya ketika beraksi bertemu Norwich City pada Ogos lalu.

Menjelang aksi pertemuan bertemu RB Leipzig, Pep Guardiola menyatakan yang beliau berharap perlawanan ini bakal menjadi permulaan yang baik untuk bintang England itu dalam saingan Premier League.

โ€œYa, semoga ini akan jadi yang pertama dan banyak lagi akan menyusul, saya yakin ia akan lebih bersinar.โ€

Cabaran besar menanti Grealish dan Manchester City selepas ini ketika mereka dijadualkan akan bertemu PSG di Parc des Princes pada 28 September nanti.

Pertembungan bertemu PSG pula akan berselang seli dengan aksi bertemu Chelsea di Stamford Bridge dan Liverpool di Anfield.

Tiga perlawanan besar di halaman jelas bakal menjadi tugas berat untuk Manchester City dan Pep Guardiola tentunya akan melakukan segala yang beliau mampu untuk membantu skuadnya mencatatkan kemenangan.

Sumber: SPORTbible

BACA:ย  Helah Teramat Genius Dani Olmo Untuk Mendapatkan Sepakan Percuma