Jamie Vardy Pemenang Kasut Emas Premier League 2019/20

Penyerang sensasi Leicester City, Jamie Vardy telah muncul sebagai pemain paling tua untuk memenangi anugerah golden boot atau Kasut Emas Premier League bagi musim 2019/20.

Jamie Vardy menamatkan musim ini selaku penjaring terbanyak dengan 23 jaringan walaupun Leicester sangat tidak konsisten selepas liga kembali bersambung.

Pemain England berusia 33 tahun itu telah menjaringkan 23 gol, berkelebihan satu gol di depan penyerang Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang dan Southampton, Danny Ings yang berkongsi tempat kedua dengan 22 gol.

Dengan kemenangan ini, Jamie Vardy telah menjadi pemain Inggeris ke-9 meraih anugerah kasut emas.

Musim lalu duo berbisa pasukan Liverpool Sadio Mane dan Mohamed Salah serta Pierre-Emerick Aubameyang telah berkong anugerah kasut emas masing-masing 22 gol.

Vardy masih mampu menobatkan dirinya sebagai pemenang walaupun gagal menjaringkan gol ketika tewas kepada Manchester United dan terlepas ke Champions League.

Pada musim 2015/16 ketika Leicester City mencipta kisah dongeng dengan muncul juara Premier League, Vardy menjaringkan lebih jaringan dengan 24 gol tetapi tewas kepada Harry Kane yang menjaringkan 25 gol.

Sementara itu penjaga gol City, Ederson telah memotong penjaga gol Burnley, Nick Pope untuk memenangi Golden Glove atau sarung tangan emas untuk penjaga gol terbaik dengan 16 clean sheet.

Pemain perancang Manchester City, Kevin De Bruyne menjadi pemain dengan bantuam gol terbanyak(assist) dengan 20 asssit sepanjang musim.

BACA:  Penjelasan Sains Di Sebalik Diet Pelik Yang Diamalkan Vardy