Jawapan Bijak Klopp Ketika Ditanya Tentang Perbandingan Antara Haaland Dan Nunez

Jurgen Klopp tampil menjawab tentang perbandingan antara bintang Manchester City, Erling Haaland dan bintang Liverpool, Darwin Nunez.

Reaksi yang ditunjukkan oleh pengurus Liverpool itu sangat menarik dengan beliau hanya ketawa besar sahaja mendengar perbandingan tersebut.

Naib juara saingan Premier League musim 2021/22 itu berjaya memberi saingan sengit kepada Manchester City untuk merebut gelaran liga pada musim lalu.

Kedua-dua Liverpool dan Manchester City pada musim panas ini telah berjaya membawa masuk pemain penyerang terbaru dan kedua-dua mereka merupakan pemain berprofil tinggi.

Nunez tiba di Anfield dari Benfica dengan yuran perpindahan bernilai £85 juta pada musim panas ini, dengan beliau didatangi sebagai pemain termahal kelab.

Liverpool sanggup mengeluarkan dana yang sangat besar untuk mendapatkan Nunez selepas melihat bintang Uruguay itu berjaya meledak 34 gol dari 41 penampilan untuk Benfica pada musim lalu.

Haaland sementara itu menyertai Manchester City dari Borussia Dortmund dengan yuran perpindahan bernilai £51.2 juta pada jendela perpindahan musim panas ini.

Man City jelas sekali sangat teruja menyambut kedatangan Haaland selepas melihat bintang Norway itu meledak 29 gol dari 30 penampilan bersama Dortmund pada musim lalu.

Dengan kedua-dua pemain itu datang sebagai pemain berprofil tinggi, ditambah pula dengan kedua-dua mereka menyertai dua kelab gergasi dalam saingan Premier League, sudah tentu ramai yang akan membandingkan kedua-dua mereka.

Walau bagaimanapun, Klopp tampil menolak untuk membuat perbandingan antara kedua-dua pemain tersebut.

“Seorang kaki kiri, seorang lagi kaki kanan.”

Jelas pengurus dari Jerman itu kepada Viaplay Fotball dengan beliau selepas itu ketawa besar ketika bercakap tentang perbandingan tersebut.

“Seorang dari Norway, dan seorang lagi dari Uruguay, memang nampak perbezaan besar!”

“Saya tak yakin sama ada perangai yang mencetuskan itu, saya rasa Erling juga boleh dianggap berasal dari Amerika Selatan.”

“Darwin tak mungkin boleh dianggap dari Norway. Penyerang dari Norway dia agak sedikit gila-gila, bagaimana kamu tahu yang terbaik.”

Jelas Klopp sambil mengarahkan kepada bekas penyerang Norway, Jan Aage Fjortoft.

Pengurus Liverpool itu sebenarnya hampir sahaja memberi jawapan kepada persoalan tentang perbandingan tersebut dengan beliau turut mendakwa yang Haaland sememangnya pemain penyerang yang menakjubkan dan mempunyai ciri pemain yang beliau suka.

Kedua-dua pemain penyerang itu bakal turun bertemu sesama sendiri pada hujung minggu ini dengan Liverpool bakal turun beraksi bertemu man City untuk aksi dalam saingan Community Shield.

Kedua-dua pasukan akan turun bertemu di King Power Stadium dengan para peminat jelas sekali tidak sabar mahu menyaksikan aksi dari kedua-dua pemain tersebut.

Selain dari pertembungan antara juara dan naib juara saingan Premier League musim lalu, perlawanan tersebut juga akan dianggap sebagai pertarungan antara Haaland dan Nunez untuk membuktikan siapa penyerang yang lebih berbisa.

Liverpool kemudiannya akan memulakan kempen saingan Premier League mereka untuk bertemu dengan Fulham pada minggu berikutnya.

Manchester City sementara itu akan turun beraksi bertemu West Ham United untuk memulakan kempen saingan Premier League mereka pada musim baharu ini.

Kedua-dua pasukan pada ketika ini sedang melalui aksi pra musim mereka dan akan kembali ke England pada hujung minggu ini untuk melakukan persiapan akhir sebelum bermulanya musim baharu.

Sukar sebenarnya untuk meramalkan siapa antara dua pasukan ini akan memenangi gelaran liga pada musim baharu ini kerana mereka dilihat mempunyai skuad yang seimbang.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Ini Jawapan Haaland Ketika Ditanya Adakah Persaingannya vs Mbppe Akan Jadi Seperti Messi vs Ronaldo