Jawapan Luar Biasa Bijak Pique Ketika Ditanya Tentang Perdebatan Messi Dan Ronaldo

Gerard Pique telah memberikan pendapat peribadi beliau tentang perdebatan siapa lebih hebat antara Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo.

Beliau boleh dikatakan telah memberikan jawapan yang sungguh bijak berkait perdebatan yang sering diperdebatkan oleh para peminat sejak sedekad sebelum ini.

​Pique merupakan antara pemain paling beruntung dalam dunia bola sepak kerana berpeluang untuk beraksi bersama kedua-dua Messi dan Ronaldo.

Beliau sempat menjadi rakan sepasukan Cristiano Ronaldo ketika kariernya bersama Manchester United sebelum melengkapkan perpindahan ke Nou Camp.

Bersama Messi, Gerard Pique tidak dinafikan telah melalui perjalanan karier yang sungguh luar biasa menakjubkan bersama pemenang tujuh kali gelaran Ballon D’or itu di Nou Camp.

Maka dengan itu, Pique jelas sekali antara yang paling layak untuk bercakap tentang kedua-dua pemain ini kerana beliau boleh dikatakan sudah cukup kenal duo legenda itu secara peribadi.

Beliau bahkan telah memberikan jawapan yang cukup diplomatik ketika ditanya tentang soalan yang sering menjadi topik perdebatan hangat para peminat itu.

Beliau menganggap yang Messi bukan manusia dan hal itu menjadikan Cristiano Ronaldo sebagai manusia terhebat dalam dunia bola sepak.

Bercakap tentang Messi vs Ronaldo, pemain pertahanan Sepanyol itu mendedahkan kepada BT Sport bahawa:

“Saya rasa yang mereka berdua sungguh luar biasa menakjubkan.”

“Kita sedang bercakap tentang dua pemain terhebat, bukan hanya dalam dunia sekarang, tetapi dalam sejarah sukan ini.”

“Saya selalu kata yang Messi ada bakat yang orang lain tak ada. Saya maksudkan, dia ada kawalan bola dan kelajuan dia mampu mengawal bola.”

“Bola itu tidak akan lari walau dua meter jauh dari kaki dia, ia sentiasa bersama dia. Adalah sangat mustahil untuk kamu kejar dia, bakat itu saya tak nampak ada pada pemain lain.”

“Cristiano Ronaldo pula merupakan pemain yang sangat berbeza, mereka berdua terlalu berbeza. Dia tinggi, kuat, dia sangat sempurna. Dia boleh lakukan apa saja.”

“Dia boleh jaringkan gol dengan kepala, sepakan percuma, penalti, situasi satu lawan satu.”

Jelas Pique lagi.

“Tapi bagi saya, sepertinya Messi bukan manusia tapi Cristiano Ronaldo merupakan manusia terhebat.”

Ia merupakan jawapan yang sangat bijak dan tidak nampak berat sebelah dengan beliau memilih untuk mengasingkan kedua-dua pemain itu kepada dua kategori.

Messi dianggap bukan manusia kerana memiliki kemampuan yang sungguh menakjubkan, sementara Ronaldo dianggap sebagai yang terbaik dan terhebat antara semua manusia lain dalam dunia bola sepak.

Perdebatan Messi dan Ronaldo siapa lebih hebat jelas sekali merupakan antara perdebatan yang tiada penghujungnya.

Setiap individu dalam dunia bola sepak tidak kira pemain, bekas pemain, pengurus, bekas pengurus, jurulatih, petugas keselamatan, penyokong dan semua yang terlibat dengan dunia bola sepak, sudah tentu sangat berminat dengan topik perdebatan ini.

Satu hal yang pasti, kedua-dua Messi dan Ronaldo sememangnya dua pemain terhebat dalam sejarah dunia bola sepak.

Peminat bola sepak hari ini sangat beruntung kerana sempat untuk menyaksikan perseteruan antara dua pemain ini kerana mereka merupakan yang terhebat sepanjang zaman.

Penyokong Messi akan menganggap Messi yang terhebat dengan mengeluarkan segala bukti dan fakta yang mereka ada, sementara penyokong Ronaldo juga akan lakukan hal sama untuk buktikan Ronaldo yang terbaik.

Maka dengan itu, perdebatan untuk memperdebatkan siapa lebih hebat antara mereka berdua harus dihentikan dan semua peminat perlu akur kedua-dua mereka sememangnya yang terhebat dan terbaik.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Jamie Carragher Dedah Messi Panggil Beliau Kaldai