Jodoh Zlatan Bersama Manchester United Ke Penghujung?

Ajal,maut,jodoh,pertemuan,rezeki,nasib,untung,rugi semua di telah ditentukan. Selepas legasi Zlatan Ibrahimovic bersama pasukan kebangsaan Sweden telah berakhir kini jodohnya bersama Manchester United dilihat berantakan.

Selepas 7 bulan tersisih Zlatan kembali beraksi ketika Manchester United menentang Newcastle United yang menyaksikan Setan Merah kembali menang dengan 4 jaringan.

Zlatan Ibrahimovic juga membuat penampilan semula selepas kembali dari kecederaan apabila masuk menggantikan Martial pada minit ke-77 dan sempat melakukan satu aksi akrobatik.

Zlatan kembali memperkuatkan skuad selepas tersisih sejak bulan April selepas mengalami kecederaan ACL menentang Anderlecht di saingan Europa League.

Sebelum ini Manchester United telah dilepaskan oleh Zlatan dengan cara yang baik dan penuh beradat ekoran kecederaan ligamen lutut yang dialami Zlatan merupakan punca perpisahan ini terjadi.

Kontrak pemain berusia 36 tahun itu telah ditandatangan selama setahun bagi musim 2016/2017 dengan pilihan sambungan kontrak untuk musim kedua, tetapi semua itu tidak menjadi kenyataan ekoran kecederaan yang dialami Zlatan.

“Aku kembali untuk selesaikan apa yang aku mulakan” Luah Zlatan kepada manutd.com

Zlatan pada awalnya dijangka boleh kembali beraksi pada awal tahun 2018 jadi harapan untuk Zlatan diikat mana-mana kelab pada musim panas ini agak sukar. Tetapi Zlatan adalah Zlatan, beliau kembali dengan lebih cepat dari apa dijangka.

Jika dulu Setan Merah dan Zlatan berpisah kerana masalah lutut lembik yang mengganggu prestasi di ranjang, kini kehadiran orang ketiga bernama Alexis Sanchez dari Arsenal yang lebih muda dan jambu menjadi punca.

Sejak kembali dari kecederaan Zlatan gagal menemui sentuhan seperti musim lalu dan Manchester United telah mengikat Alexis Sanchez mungkin akan membuatkan United melepaskan pemain berasal dari Sweden itu.

Menurut laporan ESPN FC Zlatan bakal pergi ke Major League Soccer (MLS) untuk bersekedudukan bersama LA Galaxy.

Zlatan juga telah dilaporkan telah mengadakan perbincangan hati ke hati bersama LA Galaxy untuk mengikat pertalian dengan kelabyang bertapak di California itu.

LA Galaxy juga berharap mereka dapat membawa Zlatan keluar dari England dan meneruskan legasi mereka mengikat pemain veteran berprofail tinggi yang sudah berada dihujung sinar seperti David Beckham dan Steven Gerrard.

BACA:  Zlatan Ibrahimovic Akan Kembali Berlatih Pada Penghujung Bulan Oktober