Jordan Pickford Sah Dinamakan Sebagai Penerima Anugerah Golden Glove Euro 2020

Jordan Pickford telah sah dinamakan sebagai pemenang anugerah Golden Glove untuk saingan Euro 2020 selepas mempamerkan aksi permainan cemerlang dengan beliau masih belum dibolosi lagi setakat ini.

Pickford bakal turun beraksi bersama skuad England dalam aksi perlawanan peringkat separuh akhir di Wembley awal pagi esok, dengan rekod yang sungguh menakjubkan.

Dari lima perlawanan dalam saingan Euro 2020 setakat ini, Jordan Pickford telah berjaya mencatatkan lima clean sheets dengan gawangnya masih belum dibolosi.

Penjaga gol utama Itali, Gianluigi Donnarumma yang berjaya menyelamatkan sepakan penalti Alvaro Morata dalam penentuan sepakan penalti awal pagi tadi, tidak berjaya beri saingan kepada Pickford selepas gagal mencatatkan clean sheets keempatnya dalam aksi pertemuan bertemu Sepanyol.

Seandainya beliau berjaya mencatatkan clean sheets dalam perlawanan pada awal pagi tadi, Donnarumma masih berkesempatan untuk beri saingan kepada Pickford untuk memenangi anugerah tersebut.

Pickford masih kekal tidak dibolosi

Penjaga gol berusia 22 tahun itu berjaya mencatatkan clean sheets ketika aksi pertemuan bertemu Turki, Switzerland dan Wales di peringkat kumpulan.

Namun beliau gagal mencatatkan clean sheets ketika aksi peringkat kalah mati bertemu Austria, Belgium dan terbaru ketika bertemu Sepanyol awal pagi tadi.

Ia bermaksud beliau sepertinya sudah tidak akan berjaya untuk tewaskan Pickford walaupun England tewas dalam aksi pertemuan bertemu Denmark nanti.

Penjaga gol Belgium, Thibaut Courtois dan Maarten Stekelenburg turut mencatatkan tiga clean sheets bersama Donnarumma, namun bintang Itali itu masih ada satu perlawanan yang belum dimainkan.

Selepas melalui musim yang sukar bersama Everton, Pickford sepertinya bakal kehilangan tempat dalam kesebelasan utama England sebelum ini.

Namun dek kerana Gareth Southgate masih mempercayai beliau, maka Pickford tetap menjadi pilihan utama dan beliau membalas kepercayaan itu dengan cukup sempurna.

Jordan Pickford berjaya mencipta aksi penyelamatan berkelas dunia ketika menyelamatkan gawang golnya dari dibolosi ketika perlawanan penting seperti bertemu Scotland dan Jerman sebelum ini.

Seandainya beliau berjaya mencatatkan clean sheets ketika bertemu Denmark awal pagi nanti, maka Pickford bakal mencipta satu lagi rekod baru dalam saingan European Championship ini.

Legenda Manchester United, Gary Neville baru-baru ini telah menamakan Jordan Pickford sebagai pemain terbaik England dalam kejohanan Euro setakat ini.

Sementara bekas pemain kebangsaan England, Trevor Sinclair pula percaya yang Pickford pada ketika ini merupakan salah seorang penjaga gol terhebat dunia.

“Ia ada satu hal yang sungguh mengujakan saya, saya sebelum ini ada dengar yang dia bertemu dengan psychologist, dan dia adalah Jordan Pickford.”

Jelas Sinclair kepada talkSPORT.

“Saya sebelum ini sering mengkritik persembahan dia dan tumpuan dia. Tiada yang peribadi antara kami, tapi dari sudut pandangan penjaga gol dan gaya dia menjadi penjaga gol, dia tunjukkan sesuatu hal yang sangat diperlukan untuk menjadi penjaga gol yang hebat, ia adalah ketenangan dia.”

“Sebelum ini saya tak nampak semua itu. Saya tak yakin dia mampu catatkan clean sheets untuk kita, saya rasa dia akan buat hal yang mengarut dan hilang tumpuan.”

“Tapi dia berjaya buktikan yang saya salah dan dia sudah melakukan yang terbaik, saya rasa lepas dia jumpa psychologist dia sekarang sudah menjadi salah seorang penjaga gol terhebat dunia pada ketika ini.”

Jordan Pickford juga berjaya menjadi penjaga gol England pertama yang mencatatkan tujuh clean sheets secara berturut-turut selepas Gordon Banks pada tahun 1966.

Tidak dinafikan mengikut logiknya jelas Pickford merupakan pemain paling layak untuk memenangi anugerah Golden Glove, namun tidak boleh dinafikan juga yang Yann Sommer layak dianggap sebagai penjaga gol terhebat dalam kejohanan ini.

Beliau telah berjaya memukau peminat seluruh dunia dengan melakukan aksi penyelamatan yang sungguh luar biasa menakjubkan.

Walaupun Switzerland tersingkir di peringkat suku akhir, namun semua orang tentu bersetuju bahawa Yann Sommer merupakan pemain paling menonjol dan terbaik dalam pertandingan ini.

Sumber: SB

Amazon Prime Video

BACA:  Pickford Berjanji Tidak Akan Menjadi 'Alisson' Ketika Mewakili England