England yang dianggap sebagai pasukan pilihan utama untuk memenangi saingan Euro 2020 telah membuktikan kemampuan mereka dengan menjinakkan Ukraine 4-0 awal pagi tadi.
Skuad kendalian Gareth Southgate itu cemerlang mendominasi permainan dalam aksi peringkat suku akhir yang dilangsungkan di Rome itu.
Ukraine kelihatan seperti skuad yang lemah dan lembik selepas England dengan mudah mengayam-ayamkan mereka dalam perlawanan tersebut.
FIVE clean sheets for @JPickford1! ๐ pic.twitter.com/1HavRN79wv
โ England (@England) July 3, 2021
Kejayaan mencatat satu lagi clean sheet telah menambah kegembiraan para penyokong England yang ketika ini merasakan pasukan mereka tidak mampu dikalahkan oleh sesiapa pun.
Namun, tak dapat dinafikan benteng pertahanan England sememangnya luar biasa mantap dan menakjubkan dalam kejohanan yang berlangsung pada musim panas ini.
Jordan Pickford beraksi dengan sangat cemerlang dan luar biasa mengagumkan sepanjang kejohanan ini, bahkan ada yang menganggap beliau jelmaan Gianluigi Buffon ketika waktu kemuncak kariernya.
Dari 450 minit aksi permainan, Jordan Pickford berjaya memastikan gawangnya tidak ditembusi walau sekali pun.
Jordan Pickford is only the second England goalkeeper in Three Lionsโ history to keep seven consecutive clean sheets. ๐คฏ
The legendary Gordon Banks was the first in 1966. ๐#ENG pic.twitter.com/ktUkJaUY8Y
โ William Hill (@WilliamHill) July 3, 2021
Bermula dengan Austria, Romania, Croatia, Scotland, Czech Republic, Jerman dan terbaru bertemu Ukraine, gawang gol England sama sekali tidak mampu dibolosi.
Pickford kini berjaya menyamai rekod legenda terhebat England, Gordon Banks pada tahun 1966 selepas mencatatkan tujuh clean sheet secara berturut-turut.
Dalam saingan Euro 2020 ini sahaja, Pickford telah membuat lima penampilan tiga di peringkat kumpulan, pusingan 16 terbaik dan suku akhir, dengan tidak dibolosi.
Bukan hanya kerana memiliki barisan pertahanan yang sedang berada di tahap prestasi terbaik mereka, namun Pickford sendiri sudah sememangnya sedang berada di tahap persembahan terbaiknya.
Jordan Pickford and that England defence are something else.
450 minutes of tournament football, not a single goal conceded. Take a fucking bow, lads. pic.twitter.com/ArCBCKgRJl
โ HLTCO (@HLTCO) July 3, 2021
450 minit bermain dalam saingan Euro 2020, selain mencatatkan lima clean sheet, Pickford berjaya menyelamatkan sembilan percubaan tepat yang boleh menghasilkan gol.
Beliau juga berjaya menyamai rekod cemerlang Iker Casillas pada tahun 2012 sebagai penjaga gol yang mampu mencatatkan lima clean sheets dari lima perlawanan dalam satu edisi kejohanan European Championship.
Adakah beliau hanya hebat bersama England sahaja? Adakah ia hanya kerana beliau mempunyai barisan pertahanan yang hebat semata?

Fakta menarik, Pickford setakat ini telah berjaya mencatatkan 12 clean sheet untuk kelab dan negara dari 18 penampilan terakhirnya.
Jadi ia sememangnya satu rekod yang sungguh luar biasa menakjubkan dan layak untuk dipuji.
Dengan kebanyakkan kelab lain juga sedang berada di tahap persembahan terbaik mereka, bukan mudah untuk seseorang penjaga gol itu memastikan gawangnya langsung tidak dibolosi.
โ๏ธ๐ด๓ ง๓ ข๓ ฅ๓ ฎ๓ ง๓ ฟ | @JPickford1 has become the first goalkeeper to secure a clean sheet in each of the first 5โฃ matches at a European Championship tournament.
Boss. ๐#ENG #EURO2020 pic.twitter.com/nkwMfNugWm
โ Everton (@Everton) July 3, 2021
Bukan hanya bertemu pasukan kerdil, beliau juga berjaya mencatatkan clean sheet ketika aksi bertemu Jerman sebelum ini.
Walau ramai yang beranggapan beliau akan dibolosi ketika aksi bertemu Jerman di pusingan 16 terbaik sebelum ini, namun Pickford membuktikan dakwaan tersebut salah, dengan beliau telah bermain dengan cukup baik dalam perlawanan yang melihatkan England membenam Jerman 2-0 di Wembley itu.
Namun begitu, tidak dinafikan juga yang beliau agak beruntung kerana dikawal oleh barisan pertahanan yang sedang berada di tahap persembahan terbaik mereka pada ketika ini.
John Stones dan Harry Maguire beraksi dengan sangat cemerlang dalam membantu Pickford untuk terus memastikan gawang gol England tidak dibolosi.
England berjaya membuka tirai jaringan seawal minit ke-4 permainan menerusi Harry Kane hasil umpanan cantik dari Raheem Sterling.
โ๏ธ vs Austria
โ๏ธ vs Romania
โ๏ธ vs Croatia
โ๏ธ vs Scotland
โ๏ธ vs Czech Republic
โ๏ธ vs Germany
โ๏ธ vs UkraineJordan Pickford is only the second ever England goalkeeper to keep seven consecutive clean sheets. The legendary Gordon Banks was the first in 1966! ๐ค๐ป pic.twitter.com/ISvG4Lybtb
โ SPORTbible (@sportbible) July 3, 2021
Pada minit ke-46, menerusi satu set piece yang menakjubkan dari Shaw telah berjaya disudahi dengan jaringan oleh Maguire untuk meletakkan England dua gol dihadapan.
Shaw kemudiannya berjaya mencatatkan satu lagi assists dalam perlawanan ini selepas hantaran beliau disudahi dengan cantik dan kemas oleh Harry Kane pada minit ke-50 permainan.
Jordan Henderson melengkapkan kemenangan bergaya England menewaskan Ukraine 4-0 dengan beliau meledak gol keempat the Three Lions pada minit ke-63 permainan.
Lawan England selepas ini adalah Denmark, yang mana skuad kendalian Kaspel Hjulmand itu ketika ini sedang berada di tahap persembahan terbaik mereka.
Shaw mencuri tumpuan peminat dalam perlawanan ini selepas beliau mempamerkan aksi permainan yang sungguh luar biasa menakjubkan.
Lebih menarik lagi, beliau baru-baru ini telah dikritik teruk oleh bekas pengurusnya, Jose Mourinho yang mendakwa Shaw tidak pandai membuat hantaran.
Jordan Pickford is the first England keeper since Gordon Banks in 1966 to keep seven consecutive clean sheets! ๐งค pic.twitter.com/kaE0OC8hpa
โ 90min (@90min_Football) July 3, 2021
Shaw telah membuktikan kepada Mourinho yang dakwaan beliau sebenarnya salah dengan beliau mencatatkan dua assists dalam perlawanan ini.
Lebih manis lagi, beliau mempamerkan aksi masterclasses itu betul-betul di halaman rasmi untuk AS Roma, yang mana kelab tersebut merupakan kelab terbaru Jose Mourinho.
Denmark telah berjaya menjaringkan 10 gol dari tiga perlawanan terakhir mereka dalam saingan Euro 2020 kali ini, hasil jaringan dari tujuh pemain yang berbeza.
It doesn't suit the national narrative but Jordan Pickford was playing brilliantly before #EURO2020.
For Everton. pic.twitter.com/OxfN4fTa3b
โ Everton FC News (@LivEchoEFC) July 2, 2021
Denmark juga dianggap sebagai pasukan underdog pilihan untuk memenangi kejohanan Euro kali ini memandangkan kepada peningkatan dalam aksi permainan mereka dalam beberapa perlawanan terakhir ini.
Kedua-dua pasukan tentunya akan bermain sehabis baik untuk mara ke perlawanan akhir seterusnya menjuarai saingan Euro 2020 ini.
Sumber: SB
: 90min