Southgate: England Belum Lagi ‘Artikel’ Yang Lengkap, Mampu Jadi Lebih Baik

Jurulatih England, Gareth Southgate berkata masih banyak lagi kualiti yang ada pada skuad England yang belum dipertontonkan selepas England melangkah ke peringkat separuh akhir dengan menewaskan Sweden 2-0 semalam.

Gol perlawanan dijaringkan oleh pemain pertahanan Leicester City, Harry Maguire dan bintang Spurs, Dele Alli sudah cukup untuk menghantar Three Lions ke peringkat separuh akhir sejak tahun 1990.

Lawan yang bakal menanti England di separuh akhir adalah Croatia yang mengenepikan cabaran tuan rumah, Russia menerusi penentuan sepakan penalti selepas perlawanan sebenar terikat 2-2. Russia tumpas 4-3 kepada Croatia dalam penentuan sepakan penalti dan menghampakan harapan ratusan juta peminat tuan rumah yang mahu melihat trofi Piala Dunia kekal di Russia.

Englang mampu jadi lebih kuat. Adakah pasukan England ini akan menjulang trofi Piala Dunia seperti yang pernah dilakukan mereka pada tahun 1966 dahulu ?

Bercakap kepada wartawan selepas tamat perlawanan, Southgate memuji kerja keras yang dipamerkan anak buahnya sepanjang kejohanan ini berlangsung.

“Kami merupakan pasukan yang masih lagi berupayan menjadi lebih baik. Kami sedar dimana tahap kami dan kami merasai kejayaan ini kerana setiap pemain berusaha keras di atas padang.”

“Kerjasama merupakan kunci utama di sini, hubungan di antara staff pasukan dan pemain amat rapat. Untuk memenangi dua perlawanan kami minggu ini, kami memerlukan kesemua itu kerana pasukan ini masih lagi belum sempurna.”

“Kami tidak mempunyai pemain terbaik dunia, tetapi kami mempunyai sekumpulan pemain remaja yang telah membuktikan di pentas Piala Dunia kali ini yang mereka berani dan mampu bermain dengan bola.”

Pickford antara pemain yang beraksi cemerlang semalam. Rugi Liverpool tak ambik 

“Kami juga tahu beberapa tahun akan datang pasukan ini akan menjadi lebih kuat tetapi hari ini merupakan peluang besar untuk kami dan kami tidak mahu melepaskan peluang tersebut.”

“Saya sangat bangga dengan apa yang pemain dan staff kami telah lakukan kerana England berjaya sampai di sini disebabkan kerjasama di antara semua pihak.”

England menguasai kebanyakan perlawanan semalam dan sepatutnya menjaringkan lebih banyak gol sekiranya mereka mempunyai penyudah yang tajam.

England juga harus berterima kasih kepada penjaga gol, Jordan Pickford yang melakukan beberapa saves untuk menafikan percubaan Sweden pada separuh masa kedua.

It’s coming home. Adakah Croatia bakal menjadi pasukan yang menghantar peminat England pulang ke rumah ?

Southgate turut memuji persembahan penjaga gol Everton itu dan menggambarkan beliau sebagai komponen penting dalam corak permainan pasukan England ketika ini.

“Pickford merupakan contoh bagaimana seorang penjaga gol moden harus bermain. Dalam dunia bola sepak moden sekarang, anda akan melihat bola sampai di kaki penjaga gol dengan banyak, terutamanya di peringkat Eropah dan antarabangsa.”

“Pickford mempunyai kelajuan yang bagus dan melakukan beberapa saves yang penting pada waktu yang gawat. Beliau juga pandai menggunakan bola dan beberapa kali menemui Kieran Trippier di tepi padang.”

https://www.dailymotion.com/video/x6nwi2x

Ramuan yang dijumpai Gareth Southgate ini bukanlan seperti ramuan yang dapat memutihkan serta membuatkan pemain menjadi gebu serta kurus tanpa bersenam apatah lagi menggunakan buah kelapa serta teropong ajaib.

Apa yang menjadi ramuan yang berkesan buat lelaki bernama Pagar Selatan ini adalah sistem yang telah digunpakai Pengurus Tiga Singa ini dengan mengamalkan 3 permain pertahanan yang telah membuatkan semua pemain bermain dengan baik.

Sistem pertahanan bertiga ini telah membolehkan Kieran Trippier naik ke atas dan menghantar bola ke kotak penalti sekaligus Southgate mendapat satu unit serangan yang sedap di kubu lawan.

Pemain England belum menunjukkan prestasi dan potensi sebenar mereka setakat ini kerana ada pemain yang kurang menyerlah dalam setiap perlawanan namun sistem yang digunakan Gareth Southgate dapat mengimbangi kelemahan antara mereka.

Ramuan sudah ada dan menjadi tetapi belum mencapai tahap karya agung. Southgate bersama ramuan yang tidak diperlukan.

Kyle Walker masih bergelut dengan melakukan beberapa kesilapan namun ditutup oleh Stones dan Maguire jika Walker dapat rentak sebenar semakin keballah England. Tahap kemuncak mereka belum tiba dan dipamerkan lagi.

Raheem Sterling, Delli Alli belum lagi menunjukkan permainan sebenar mereka setakat ini seperti bersama kelab. Jika semua pemain England beraksi pada potensi sebenar mereka maka juaralah jawabnya.

Perkara ini bukan sahaja terjadi kepada England malah pasukan lain juga mempunyai beberapa pemain yang sedang bergelut. Jika semua bermain pada tahap sebenar maka satu bonus bagi kita dapat menonton perlawanan yang sedap.

BACA:  Jerman Pasukan Paling Bernilai di Euro 2016