Pengurus AS Roma, Jose Mourinho, telah melangkah masuk ke tengah padang dan meminta pengadil melayangkan kad merah ketika pasukannya bertemu pasukan dari Liga Kejuaraan, Sunderland.
Dalam perlawanan tersebut, Roma dengan mudah menewaskan pasukan divisyen dua England tersebut, dua gol tanpa balas.
Tetapi detik yang menarik perhatian adalah bilamana Mourinho masuk ke padang dan meminta pengadil melayangkan kad merah kepada pemain Black Cats, Luke O’Nien.
Pada minit ke-40 perlawanan dan keputusan masih seri tanpa jaringan, O’Nien telah melakukan terjahan kasar terhadap pemain Roma, Roger Ibanez, sekaligus menaikkan rasa amarah dalam diri Mourinho.
Ini membuatkan pengurus berbangsa Portugal ini masuk ke pada ketika Ibanez sedang menerima rawatan daripada petugas kesihatan perlawanan, dan dipercayai mahu O’Nien dibuang padang.
Mourinho match amical il déjà en plein milieu du terrain après une faute d’un joueur de Sunderland : pic.twitter.com/2q6SXCbtDm
— José Mourinho Show (@JmshowFRAN) July 13, 2022
Walaubagaimanapun, harapan Mourinho tidak menjadi kenyataan apabila O’Nien hanya dilayangkan kad kuning dan terus dikeluarkan oleh pengurus Sunderland, bagi mengelakkannya mendapat kad kuning kedua.
Dalam perlawanan tersebut, Sunderland beraksi dengan sangat liat dan berdisiplin di mana mereka berjaya mengikat Roma sehingga minit ke-75.
Feliz Afena Gyan telah menjaringkan gol pembukaan sebelum pemain tengah, Nicolo Zaniolo menambah gol kedua pada minit ke-85.
Perlawanan pra musim ini adalah sangat penting buat Sunderland yang buat pertama kalinya kembali ke divisyen dua England selepas tersingkir daripada liga ini pada musim 2017-18. Dipimpin oleh pengurus Alex Neil, pasukan kucing hitam ini berharap dapat sekurang-kurangnya kekal dalam liga.
Bagi Roma pula, mereka pasti ingin meneruskan kecemerlangan pada musim lalu. Mourinho berjaya membawa pasukan ibu kota Itali ini menamatkan kemarau 61 tahun trofi di peringkat benua selepas menjulang piala yang pertama kali dilangsungkan – UEFA Conference League.
Dalam Serie A pula, Roma sekadar menamatkan saingan di tangga keenam.
Bagi memperkuatkan cabaran pasukan pada musim baru nanti, Roma telah membawa masuk pemain baru seperti Nemanja Matic yang telah tamat kontrak bersama Manchester United, serta pertahanan Mehmet Celik yang dibeli dari kelab Ligue 1, Lille.
Roma bakal beraksi di pentas Liga Europa pada musim hadapan dan kali terakhir Mourinho menjulang piala ini adalah ketika bersama Manchester United pada tahun 2017.
Pengurus berbangsa Portugis ini mula mencipta nama selaku pengurus pada tahun 2003 apabila dia membawa Porto menjula Piala UEFA dan pada tahun berikutnya, dia menjulang kejuaraan UCL bersama kelab tersebut, lantas membuka jalan buatnya untuk ke liga yang lebih tinggi dengan menyertai Chelsea.
Dari sinilah, Mourinho muncul sebagai pengurus yang merekodkan jumlah pampasan terkumpul yang tertinggi dalam sejarah bola sepak buana.
Pada tahun 2004, dia mula memperkenalkan dirinya di Premier League bersama Chelsea dan melaungkan bahawa dia adalah ‘The Special One’
Menurut laporan CNN gaji tahunan Mourinho pada ketika itu adalah £5 juta (+-RM25 juta nilai sekarang) setahun. Namun jodohnya bersama Chelsea tidak lama.
Selepas mengecap pelbagai kegemilangan dan membawa Chelsea di mata dunia, pada tahun ke-3 Mourinho mula tidak sebulu dengan Roman Abramovich dan mengambil jalan perpisahan.
Selepas 10 tahun pemecatannya, James Whaling dari The Mirror mendedahkan Chelsea telah membayar pampasan sebanyak £23.1 juta kepada Mourinho dan tim kejurulatihannya juga.
Pada tahun 2008 Mourinho meneruskan kerjayanya bersama Inter Milan menggantikan Roberto Mancinic dan selama dua tahun Mourinho telah meraih pelbagai kejayaan.
Mourinho membawa Inter Milan meraih treble pada musim 2009/10 dengan menjurai Serie A, Coppa Italia dan UEFA Champions League kejayaan ini menarik minat Real Madrid.
Di Inter Milan Mourinho menerima gaji £8.3 juta setahun dan menjadi manusia paling tinggi menerima bayaran dalam sejarah bola sepak.
#OnThisDay in 2010, José Mourinho led Inter to their first #UCLfinal win since 1965, and with it an historic treble. pic.twitter.com/hGsg2LgwgL
— UEFA Champions League (@ChampionsLeague) May 22, 2016
Pada May 2010, Mourinho telah dilantik sebagai pengurus Real Madrid dengan kontrak selama 4 tahun menggantikan Manuel Pellegrini dan menjadi pengurus ke-11 Real Madrid dalam tempo 7 tahun.
Pada 2013 selepas setahun diberikan lanjutan kontrak sehingga 2016 Mourinho meninggalkan Los Blancos dengan ‘mutual agreement’ atau secara suka sama suka dan tidak melibatkan pampasan.
Mourinho membuat kepulangan mengejut ke Chelsea buat kali kedua dengan kontrak selama 4 tahun dan kali ini menurut laporan Guardian, Mourinho menerima gaji sebanyak £8.5 juta setahun.
The Special One masih tidak hilang sentuhannya dan membawa Chelsea kembali bergelar juara Premier League pda musim 2014/15 namun 7 bulan selepas itu dia dipecat.
Dari pemecatan ini, Mourinho dilaporkan menerima pampasan sebanyak £8.3 juta sahaja dan sekali bayar.
Satu keputusan yang amat mengejutkan apabila Jose menerima tawaran Manchester United bagi menggantikan Louis Van Gaal yang meneruskan kesenduan ke Old Trafford.
USA Today melaporkan bahawa Jose menerima bayaran sebanyak £12 juta setahun daripada Setan Merah dan ini tidak termasuk dengan pendapatan diperoleh dari penajaan.
Namun seperti biasa, dia akan membawa perangai pada tahun ketiga dan sekali lagi dipecat dan meraih ganti rugi paling lumayan £19.6 juta sahaja.
Gaji yang diterima oleh Mourinho yang menggantikan Pochettino tidaklah banyak mana pun hanya 2 kali ganda daripada apa yang diterima oleh Pochettino dengan gaji £15 juta setahun.
Sentuhan Jose Mourinho tidak menjadi selepas hampir 18 bulan di Spurs dan rekod buruk terus dicatat mencatatkan rekod cemerlang Mourinho yang akhir membawa kepada pemecatan.
Belum sempat dia membuat perangai sepenuhnya dan baru menampakkan bunga-bunga terus dipecat dan menerima pampasan yang lumayan, £34 juta.
Jose dipecat tanpa sempat memberi Spurs apa-apa gelaran walaupun sekadar Mickey Mouse cup. Namun dia berjaya membawa Spurs ke European Super League.
José Mourinho has lost more games with Spurs than at Porto, Inter, Real Madrid & his first spell at Chelsea.
◎ Porto: 127 games, 15 defeats
◎ Chelsea I: 185 games, 21 defeats
◎ Inter: 108 games, 15 defeats
◎ Real Madrid: 178 games, 22 defeats
◉ Spurs: 86 games, 23 defeats pic.twitter.com/gZgiaDNvWD— Squawka (@Squawka) April 19, 2021
Ini adalah gaji dan pampasan yang diterima oleh pengurus ini dari tahun 2004 sehingga 2020
Chelsea
2004 – £5 juta
2005 – £5 juta
2006 – £5 juta
2007 – £23.1 juta (Pampasan)
Inter Milan
2008 – £8.3 juta
2009 – £8.3 juta
Real Madrid
2010 – £12.6 juta
2011 – £12.6 juta
2012 – £12.6 juta
Chelsea
2013 – £8.5 juta
2014 – £8.5 juta
2015 – £8.3 juta (Pampasan)
Manchester United
2016 – £12 juta
2017 – £12 juta
2018 – £12 juta
2019 – £19.6 juta (Pampasan)
Tottenham Hotspur
2020 – £15 juta
2021 – £34 juta (Pampasan)
Secara pukalnya jumlah gaji yang diterima pengurus dari tahun 2004 hingga 2020 adalah sebanyak £137.4 juta, tak banyak pun kira-kira RM790.64 juta je.
Manakala jumlah pampasan yang diterima dalam tempoh kurang 15 tahun ini ialah £85 juta bersamaan RM489.12juta.
Jumlah pendapatan Mourinho dari tahun 2004 hingga 2020 adalah sebanyak £222.4 juta atau RM1.279 bilion sahaja.