Jurgen Klopp Bingung Bagaimana Chelsea Boleh Berbelanja Sakan

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp meluahkan rasa bingung seperti manusia lain di atas bumi ini lalu melontarkan persoalan bagaimana Chelsea boleh berbelanja sakan sehingga £460 juta sejak musim baru bermula.

Pada jendela perpindahan Januari ini sahaja pemilik baru Chelsea, Todd Boehly telah berbelanja sakan sekali dengan pembelian mencecah £151 juta, mana pemain melintas terus dirembat.

Pemain yang didapatkan pada musim sejuk ini adalah David Datro Fofana, Andrey Santos, Benoit Badiashile, Mykhailo Mudryk, Noni Madueke dan Joao Felix yang dipinjam dari Atletico Madrid.

Itu juga mungkin bukan penamat perbelanjaan mereka. Chelsea terus dikaitkan dengan perpindahan untuk pemain pertahanan Lyon, Malo Gusto, serta pemain tengah Brighton, Moises Caicedo dan Amadou Onana dari Everton.

Cody Gakpo yang disailang dari Manchester United merupakan satu-satunya pembelian Liverpool pada januari ini dan selepas itu Liverpool tidak mampu lagi untuk berbelanja memperkuatkan bahagian tengah yang semakin usang dimamah usia.

Klopp lantang bersuara mengenai kewangan Liverpool berbanding big six yang lain pada masa lalu. Dia mengulangi bahawa ia akan mengambil masa dan kesabaran untuk menguatkan skuadnya dalam penampilan di podcast BT Sport Football People.

“Ia adalah satu cabaran, ia adalah salah satu sebab utama saya menandatangani kontrak baharu kerana saya tahu ia perlu dan tidak akan hilang dalam sekelip mata – bayangkan situasi sekarang dengan jurulatih lain di kerusi.”

“Saya akan berada di suatu tempat untuk bercuti dan semua orang akan menjerit nama saya. Sepanjang masalah, anda mengalami dalam tempoh peralihan, kami mempunyai banyak kecederaan, yang menjadikan hidup rumit. Saya tahu majoriti dunia hanya berminat dengan jangka pendek tetapi kita kena fokus jangka panjang juga.”

Bercakap mengenai perbelanjaan Chelsea yang super padu itu, Jurgen Klopp hanya melahirkan rasa bingung bagaimana ia boleh terjadi dan tidak mahu bercakap mengenainya kerana ramai yang tidak akan gembira mendengarnya.

“Terdapat banyak cara yang boleh anda lakukan tetapi ia berdasarkan situasi yang anda hadapi. Chelsea dengan pemilikan baharu, tiada siapa yang tahu dengan tepat bagaimana mereka boleh membelanjakan wang sebanyak itu… tiada siapa yang suka saya bercakap mengenainya.”

“Tetapi peralihan memerlukan masa jika anda tidak mempunyai wang yang tidak berkesudahan, jika tidak, anda boleh bertukar dalam sekelip mata dan membawa masuk sepuluh pemain.

“Apa yang mendorong saya ialah saya gembira menjadi sebahagian daripada pasukan bola sepak yang berjaya tetapi saya tidak rasa bertanggungjawab untuk itu. Saya tahu saya sebahagian daripadanya, tetapi jika ia tidak berjalan lancar saya rasa 100 peratus bertanggungjawab. Untuk Saya memperbetulkannya adalah perkara utama yang mendorong saya.”

Dan inilah senarai 14 pemain yang dibeli oleh Chelsea sejak diambilalih oleh Todd Boehly dan konsortiumnya dijendela perpindahan musim panas dan sejuk bernilai £460 juta:

1. Raheem Sterling – £45 juta ditambah £10 juta potensi tambahan (kontrak lima tahun)

2. Kalidou Koulibaly – £33.8 juta (kontrak empat tahun)

3. Marc Cucurella – £55 juta ditambah £7 juta potensi tambahan (kontrak enam tahun)

4. Wesley Fofana – £70 juta ditambah £10 juta potensi tambahan (kontrak tujuh tahun)

5. Carney Chukwuemeka – £20 juta (kontrak enam tahun)

6. Gabriel Slonina – £12 juta

7. Cesare Casadei – £12.6 juta ditambah £4.2 juta potensi tambahan (kontrak enam tahun)

8. Pierre-Emerick Aubameyang. – £10.6 juta (kontrak dua tahun)

9. Denis Zakaria – pinjaman, yuran £2.6 juta ditambah pilihan £30 juta untuk dibeli

10. Mykhailo Mudryk – £88 juta (kontrak 8.5 tahun)

11. Benoit Badiashile – £33.7 juta (kontrak 7.5 tahun)

12. Joao Felix – pinjaman, yuran £9 juta

13. Andrey Santos – £11 juta

14. David Datro Fofana – £10 juta (kontrak 7.5 tahun)

BACA:  Klopp: Tumpas Di Tangan Napoli Persediaan Terbaik Hadapi Manchester City