Klopp Mahu Aksi Yang Serupa Dalam Perlawanan Timbal Balik Minggu Hadapan

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp memberi amaran kepada para pemainnya supaya bekerja lebih keras untuk memastikan tempat mereka di pusingan separuh akhir terjamin selepas menewaskan Manchester City 3-0 awal pagi tadi di Anfield.

Manchester City bertandang ke gelanggang keramat Liverpool dalam misi untuk mencari bekal yang selesa untuk dibawa pulang ke Etihad, tetapi perkara sebaliknya telah berlaku.

Salah yang bersalah kerana tidak menjaga hati peminat Manchester, tidak kira biru muda atau merah.

Pasukan bakal juara Liga Perdana Inggeris itu seperti terkena kejutan budaya apabila Liverpool berjaya menjaringkan 3 gol dengan perlawanan baru sahaja memasuki minit ke-31.

Seperti pertembungan lepas dalam Liga Perdana Inggeris di antara dua pasukan ini, City dikejutkan dengan serangan bertali arus yang dilancarkan anak buah Klopp sebaik sahaja wisel perlawanan ditiup.

Mohamed Salah, Alex Oxlade-Chamberlain dan Sadio Mane masing-masing berjaya menjaringkan satu gol untuk memastikan The Reds membawa bekal yang selesa untuk perlawanan timbal balik minggu hadapan di Etihad.

Bercakap kepada pemberita selepas tamat perlawanan, Klopp menegaskan Liverpool tidak boleh berasa terlalu selesa dengan keputusan ini dan mahu anak buahnya berusaha lebih keras dalam perlawanan timbal balik nanti.

Peminat Arsenal tumpang gembira #claim

“Kami berjaya menewaskan pasukan terbaik dunia ketika ini dan ia merupakan satu persembahan yang cukup baik.”

“Ini malam yang bagus buat Liverpool, tetapi saya tidak berminat untuk menjadi ‘bagus’ sahaja. Dalam pertandingan ini, semuanya adalah mengenai pusingan seterusnya dan kami masih belum layak ke separuh akhir. Kami perlu bekerja keras sekali lagi di Etihad nanti.”

“Beberapa tahun lepas, pasukan Dortmund saya tewas 3-0 kepada Real Madrid dalam perlawanan pertama. Selepas itu, semua pihak berkata kami tidak mempunyai peluang lagi. Saya menjadi amat marah apabila mendengar kata-kata mereka.”

“Dalam perlawanan di tempat sendiri, kami berjaya menang 2-0 dan mempunyai lebih 6 hingga 7 peluang untuk menjaringkan gol. Semua orang dapat melihat kami Dortmund sepatutnya menang perlawanan tersebut dengan jaringan 5-0. Saya tahu Manchester City mampu bangkit.”

“Hari ini kami berjaya menjaringkan 3 gol tanpa balas pada separuh masa pertama tetapi tiada pemain kami yang meraikan kedudukan tersebut dalam bilik persalinan ketika rehat separuh masa. Sekarang pon sama. Pusingan ini berlangsung selama 190 minit, jadi masih banyak yang perlu dilakukan.”

City berpeluang dinobatkan sebagai juara Liga Perdana Inggeris musim ini sekiranya mereka berjaya menewaskan Manchester United di Etihad hujung minggu ini.

Bas Manchester City ‘dikepung’ peminat Liverpool di luar stadium sebelum perlawanan

Walaubagaimanapun, dalam perlawanan malam tadi, anak buah Pep Guardiola tidak beraksi seperti sebuah pasukan yang bakal menjulang trofi Liga Perdana Inggeris. Mereka gagal mencatatkan sebarang percubaan tepat ke arah pintu gol lawan walaupun memperbaiki persembahan pada babak kedua.

“Kami bermain cukup cemerlang pada babak pertama. Kami menunjukkan bagaimana untuk bermain bolasepak dengan betul. Kami sedar mengenai kualiti yang ada pada pasukan City tetapi pasukan kami juga ada kualiti yang tersendiri.” Ujar Klopp lagi.

“Pemain kami sangat aktif dalam segala aspek di atas padang, sempurna dalam mencari ruang, dan cepat untuk menutup ruang.”

BACA:  Jim Beglin Terlepas Gelar Stadium City, 'The Emptyhad' Ketika Sedang Bersiaran Langsung