Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp bersedia untuk lepaskan dua pemain centre-back beliau, Nat Phillips dan Rhys Williams sebelum jendela perpindahan Januari ditutup pada Isnin nanti.
The Reds pada jendela perpindahan musim panas lalu, mereka telah menandatangani Ibrahima Konate dari RB Leipzig dan hal itu menyebabkan semakin sukar untuk Phillips mendapat minit permainan.
Musim lalu, Liverpool telah dilanda masalah kecederaan pemain di posisi pertahanan dengan Virgil Van Dijk dan Joe Gomez terpaksa diketepikan selama hampir satu musim penuh.
Sheffield United's recruitment department have established excellent relations with their counterparts at Liverpool in recent years. So it is inevitable Anfield duo Rhys Williams & Nat Phillips have appeared on Bramall Lane's radar. #sufc #twitterblades https://t.co/6koZfmHG2v
— James Shield (@JamesShield1) January 25, 2022
Hal itu menyebabkan skuad kendalian Jurgen Klopp itu bergelut dengan masalah prestasi dan kekurangan pemain.
Phillips pada musim ini hanya membuat tiga penampilan sahaja dari semua pertandingan dan The Independent mendedahkan bahawa pemain centre-back itu memutuskan untuk meninggalkan kelab.
Pemain berusia 20 tahun itu mahukan jaminan minit permainan sebelum memutuskan untuk melengkapkan perpindahan menyertai mana-mana pasukan lain.
Kedua-dua Rhys Williams dan Nat Phillips merupakan pemain utama skuad Liverpool pada musim lalu, dan tidak keterlaluan juga untuk menganggap mereka memainkan peranan penting dalam membantu The Reds mara ke saingan Champions League musim ini.
Walaupun kedua-dua mereka tidak lagi menjadi pilihan utama skuad, namun Nat Phillips dan Rhys Williams sememangnya memiliki kualiti yang menakjubkan.
Liverpool 'set to recall Rhys Williams from his loan spell at Swansea' with the youngster struggling for game time under Russell Martin this season
Paving the way for Nat Phillips to leave Anfield amid interest from West Ham, Burnley and Watford#LiverpoolFC #Liverpool #YNWA pic.twitter.com/tru54LHPnS
— DuniaWefi (@DuniaWefi) January 20, 2022
Phillips dalam satu temu bual bersama Sky Sports, beliau mengaku yang kekurangan minit permainan sememangnya menjadi masalah untuknya.
“Ia merupakan persaingan yang sangat sukar untuk bersaing dalam pasukan ini.”
“Pengurus dan saya sendiri bersetuju yang hal terbaik untuk saya adalah dapat bermain lebih banyak perlawanan. Saya rasa kamu nampak pada tahun lalu saya berkembang dengan baik.”
“Saya mahu lihat apa akan jadi pada Januari, dan saya akan mulakan dari sana.”
“Saya rasa pada ketika ini, sukar untuk saya dapat bermain banyak perlawanan untuk Liverpool, jadi jika ada kesempatan untuk saya dapatkan lebih banyak minit permainan di tempat lain, dan ia sesuai untuk semua orang, ia jelas sekali sesuatu yang saya akan sangat berminat.”
Newcastle United have started talks with Liverpool over a loan with an obligation to buy deal (if they stay up) for Nat Phillips.
Liverpool knew he would receive offers, hence why they recalled Rhys Williams from Swansea City. [@chankz_r]#TheGoalpostNews #NUFC #LFC #Liverpool pic.twitter.com/MDmWbBwFv0
— The Goalpost (@TGoalpost) January 26, 2022
Lihat pada aksi Nat Phillips ketika beliau beraksi bertemu AC Milan di San Siro, ia jelas menunjukkan yang beliau merupakan pemain pertahanan berkualiti tinggi.
Selain kedua-dua Rhys Williams dan Nat Phillips, pemain full-back muda skuad, Neco Williams juga berkemungkinan akan meninggalkan kelab kerana beliau sukar untuk bersaing dengan Trent Alexander Arnold.
Liverpool sepertinya tidak akan membuat sebarang penandatanganan baru pada jendela perpindahan Januari ini walaupun mereka hangat dikaitkan dengan penyerang Porto, Luis Diaz.
Skuad kendalian Jurgen Klopp itu pada ketika ini hanya sembilan mata sahaja dibelakang Manchester City dalam carta saingan liga, dengan mereka turut mempunyai kelebihan satu perlawanan yang belum dimainkan.
Liverpool have recalled Rhys Williams from Swansea. With Nat Phillips likely to depart this month, and Rhys not getting a great deal of game time, it make sense he returns to Anfield pic.twitter.com/kFvYPkQ73d
— Anfield Central (@Anfield_CentraI) January 20, 2022
Menamatkan saingan Premier League di kedudukan empat teratas sepertinya sudah hampir pasti untuk berlaku, namun untuk mencabar kejuaraan masih banyak yang perlu dilakukan oleh Liverpool.
Liverpool perlu mengelak dari keciciran mata lagi dan pada masa sama perlu berharap City akan melakukan kesilapan dan bakal keciciran mata.
Selain Premier League, Liverpool pada ketika ini akan turut beri tumpuan kepada aksi perlawanan akhir saingan Carabao Cup, dengan mereka dijadualkan bakal bertemu Chelsea.
After the signing of Stoke City goalkeeper Adam Davies, Paul Heckingbottom will target a centre-back. Liverpool's Rhys Williams and Nat Phillips are said to be of interest to the 44 year old. [mail]#twitterblades #sufc pic.twitter.com/vl2g0DpyxF
— The Bladesman (@The_Bladesman) January 24, 2022
Selain Carabao Cup, The Reds juga masih ada dalam saingan FA Cup dan Champions League dengan Klopp sudah tentu mahu setidak-tidaknya mendapatkan satu Piala pada musim ini.
Sumber: SPORTbible