Jurgen Klopp Tak Berminat Nak Tahu Hal Pengurusan Man Utd

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp langsung tidak bersedia untuk menjawab persoalan berkait situasi terkini dalam kem Manchester United.

Klopp ketika sidang media sebelum perlawanan bertemu Porto dalam saingan Champions League telah ditanya tentang situasi pengurus Manchester United.

Beliau ditanya tentang soalan itu selepas setan merah pada hujung minggu lalu telah mengumumkan tentang pemecatan pengurus kelab, Ole Gunnar Solskjaer.

Pengurus dari Norway itu dipecat selepas skuadnya dibelasah teruk oleh pasukan yang sedang bergelut di zon penyingkiran, Watford pada hujung minggu lalu.

Sejak berita tersebut diumumkan secara rasmi, sudah ada beberapa nama yang dikaitkan bakal menggantikan Ole Gunnar Solskjaer sebagai pengurus baru United.

Ramai nama-nama besar yang dikaitkan dengan jawatan tersebut seperti Zinedine Zidane, Luis Enrique, Brendan Rodgers, Erik Ten Hag dan Mauricio Pochettino.

Bahkan isu tersebut turut disebut ketika sidang media Jurgen Klopp menjelang aksi pertemuan bertemu Porto dalam saingan Champions League awal pagi esok.

Seperti yang ada dalam rakaman tersebut, pengurus dari Jerman itu telah ditanya tentang tekanan mengurus kelab besar, memandangkan Pochettino kini sedang dikaitkan dengan Man Utd.

“Apa kaitan antara saya dengan PSG atau Manchester United?”

Jawab Klopp.

“Maaf, saya betul-betul tak bersedia untuk soalan itu.”

“Saya tak fikir tentang Manchester United walau sesaat, dan saya tidak fikir tentang apa impak yang pengurus itu ada, perlu ada atau apa saja.”

“Ia sudah enam tahun berlalu sejak kali terakhir saya perlu fikir hal seperti ini, maaf. Ia soalan yang panjang dan saya tak ada jawapan untuk itu.”

Zidane tolak untuk terima Manchester United dan lebih memilih untuk urus PSG

Zinedine Zidane mengesahkan yang beliau tidak berminat untuk menerima tawaran dari Manchester United kerana beliau sudah ada perancangan masa hadapan sendiri.

Manchester United sendiri sebelum ini sangat yakin yang mereka bakal mendapatkan khidmat Zidane selepas mengesahkan pemecatan Ole Gunnar Solskjaer.

Legenda bola sepak Perancis itu merupakan pengurus idaman ramai selepas beliau meninggalkan Real Madrid buat kali kedua pada penghujung musim lalu.

Walau bagaimanapun, menurut laporan dari Guillem Balague yang melaporkan untuk BBC, Zidane yang sebelum ini pernah memenangi tiga kali gelaran Champions League itu tidak berminat sama sekali untuk menerima tawaran dari Manchester United.

Beliau bahkan lebih memilih untuk mengurus skuad kebangsaan Perancis atau mengambil alih Paris Saint Germain berbanding ke Old Trafford.

Pengurus Paris Saint Germain pada ketika ini, Mauricio Pochettino juga sebenarnya turut dikaitkan dengan bakal menyertai Manchester United, dan Zidane mahu mempertimbangkan untuk menjadi calon pengganti pengurus dari Argentina itu.

Pochettino sedia tinggalkan PSG dan mahu sertai Manchester United

Walaupun pimpinan PSG masih memerlukan khidmatnya, namun pengurus berusia 48 tahun itu dilaporkan lebih berminat untuk kembali ke saingan Premier League.

Mauricio Pochettino sudah bersedia untuk tinggalkan Paris Saint Germain dan mahu menjadi pengurus Manchester United yang baharu.

Menurut sumber laporan dari media UK, bekas pengurus Tottenham Hotspur itu bersedia untuk menjadi pengganti Ole Gunnar Solskjaer untuk mengurus setan merah.

Pada awal Januari lalu, Mauricio Pochettino telah sah dilantik sebagai pengurus Paris Saint Germain selepas beliau sebelum itu dipecat oleh Tottenham Hotspur.

Gergasi Perancis itu boleh dikatakan telah memulakan kempen saingan musim 2021/22 ini dengan sangat cemerlang.

Mereka berjaya memenangi 12 dari 14 perlawanan terakhir dalam saingan Ligue 1 dan turut hampir untuk melayakkan diri ke pusingan kalah mati dalam saingan Champions League.

Pochettino beruntung kerana skuad kendalian beliau pada ketika ini dibarisi oleh barisan pemain-pemain berkelas dunia seperti, Neymar, Lionel Messi, Kylian Mbappe, Gianluigi Donnarumma dan ramai lagi.

Beliau walau bagaimanapun dilaporkan bersedia untuk melepaskan semua itu seandainya Manchester United benar-benar mahu menawarkan jawatan sebagai pengurus baharu kelab kepadanya.

Pochettino dilaporkan tidak begitu gembira dengan kehidupan baru beliau di Ibu Kota Perancis itu dan kerana itu jugalah beliau tidak kisah untuk meninggalkan kelab gergasi Eropah itu.

Bekas pengurus Tottenham Hotspur itu kini masih tinggal di hotel, sementara ahli keluarganya pula kekal menetap di London.

Laporan sama turut menyatakan yang beliau sangat kecewa untuk berdepan dengan ego dari para pemain terutama Messi, Neymar dan Kylian Mbappe.

Menurut laporan dari talkSPORT, pengurus dari Argentina itu juga merupakan calon kegemaran Sir Alex Ferguson untuk menjadi pengganti kepada Ole Gunnar Solskjaer.

Gary Neville percaya yang bekas pengurus Tottenham Hotspur itu bakal bersetuju untuk sertai Manchester United dalam masa terdekat ini.

Bercakap kepada Sky Sports, Neville menyatakan bahawa:

“Saya rasa Mauricio Pochettino, walaupun dia tak pernah katakan ini, dia akan tinggalkan PSG dan sertai Man Utd untuk perjanjian selama lima tahun bermula esok.”

“Selepas dia lihat barisan pemain, dia lihat kelab ini dan dia tentu sedar yang dia berkemungkinan akan mampu capai lebih banyak kejayaan berbanding apa dia mahu bersama Man United.”

“Di PSG kamu akan harungi musim demi musim. Kamu perlu menang Champions League atau kamu perlu pergi. Saya tak rasa itu sesuai dengan Pochettino.”

“Saya rasa dia akan sanggup datang ke Man Utd untuk tandatangani perjanjian selama lima tahun, dengan ada sokongan penuh untuknya. Bagaimana untuk dia sesuaikan diri dengan barisan kejurulatihan sekarang itu saya tidak pasti.”

“Manchester United perlu memastikan yang mereka akan jumpa orang yang betul selepas ini. Bahkan mereka kena sanggup tunggu walau selama enam bulan pada akhir musim nanti hanya untuk mencari pengurus yang paling tepat.”

Sumber: SPORTbible

BACA:  Klopp Dedah Alasan Mengapa Beliau Hampir Ajak Arteta Masuk Gelanggang MMA