Ketua jurulatih pasukan bola sepak Argentina divisyen tiga ditembak di bahu dan para pemain kedua-dua pasukan dan pengadil bertempiaran melarikan diri keluar dari padang.
Kejadian yang teramat tidak diingini ini belaku pada hari Ahad lalu ketika penyokong Huracan Las Heras bergaduh sesama sendiri ketika perlawanan berlangsung di wilayah Mendoza.
Pergaduhan sesama penyokong sendiri telah tercetus kemudian satu tembakan kedengaran telah dilepaskan dari arah penyokong yang bergaduh itu lalu terkena ketua jurulatih pasukan Ferro de General Pico.
Video menunjukkan pemain dari Huracan Las Heras dan lawan Ferro de General Pico berlari mencari perlindungan dan peminat bersembunyi di sebalik dinding ketika tembakan kedengaran di padang permainan.
Akhbar sukan Argentina, Ole berkata, jurulatih Ferro, Mauricio Romero menerima luka tembakan di bahagian bahu ketika kumpulan penyokong yang dilaporkan juga penyokong Huracan Las Heras bergaduh sesama sendiri.
Tidak dapat dipastikan samada tindakan penyokong Huracan Las Heras menembak Mauricio Romero itu adalah dirancang atau tidak dan laporan polis telah dibuat.
Mauricio Romero y el disparo que recibió en Huracán Las Heras – Ferro de Pico. El DT de la visita se encuentra estable.
📷Vía @augustosciutto pic.twitter.com/i7G5bY6Gw6
— VarskySports (@VarskySports) October 31, 2021
Sebuah video menunjukkan Mauricio Romero dirawat kerana luka di bahagian bahunya dan kelab Ferro de General Pico kemudiannya membuat kenyataan bahawa Mauricio Romero di bawa pergi ke hospital.
“Romero berada dalam keadaan baik dan tidak berada dalam bahaya bahaya,” Ujar Ferro de General Pico dalam satu ciapan di Twitter.
“Selepas meninggalkan stadium dia menjalani ujian di hospital tempatan dan kini sedang memberi kenyataan kepada polis.”
#FederalA Momento de los incidentes. El herido es el DT de Ferro de Pico, Mauricio Romero. El mismo ya fue atendido y se encuentra estable. El resto del plantel y delegación está en óptimas condiciones en el vestuario
Video: Canal 3 La Pampa https://t.co/xUrBlI25QE pic.twitter.com/6t5sRfI4pn
— Ascenso del Interior (@ascensointerior) October 31, 2021
Pasukan Huracan Las Heras telah mengutuk perbuatan itu dan melabel pergaduhan itu “merosakkan” kelab.
“Selama bertahun-tahun penyokong telah dihalau dari stadium dan mereka ingin kembali. Semoga semua orang yang memudaratkan kelab menjauhkan diri supaya peminat sebenar boleh kembali.”
Perlawanan dalam liga Persekutuan A digantung lewat separuh masa kedua dengan Huracan Las Heras mendahului 3-1.
— Edgar (@Edgar_pampa) October 31, 2021
Para penyokong yang hadir juga dilihat menyembunyikan diri disebalik tembok bagi menyelamatkan diri dari tekena tembakan dan juga peluru sesat.
Kejadian seumpama ini jarang terjadi dan sebelum ini selepas seorang pengadil mengeluarkan sepucuk pistol selepas wisel penamat dibunyikan.
Insiden aneh dan luar biasa itu telah berlaku di Honduras dan ia benar-benar menggemparkan dunia bola sepak.
😳 A referee pulled a gun to defend himself from a mob in a small town in Copan, Honduras.
All this after fans and players were not happy with some of his decisions during the game. pic.twitter.com/YJcisnjD1w
— beIN SPORTS USA (@beINSPORTSUSA) August 18, 2021
Rakaman mengejutkan yang memperlihatkan bagaimana seorang pengadil berjalan-jalan ditengah padang sambil membawa pistol, telah tular di media sosial pada ketika itu.
Ia merupakan sebuah perlawanan amatur di pekan barat Honduras, La Jigua dan menurut laporan media tempatan, selepas wisel penamat dibunyikan, pengadil dilihat mengeluarkan sepucuk pistol sambil berjalan-jalan di atas padang.
Laporan sama turut menyatakan yang pengadil tersebut melakukan hal itu kerana beliau mahu melindungi dirinya dari diserang oleh para penyokong.
Shocking defending from referee after fans and players were not happy with some of his decisions during the game.
In a small town in #Honduras, a referee pulled a gun to defend himself from a mob.😳
(Video via @DiogenesAcosta)pic.twitter.com/6CcVBX8v1T— Noxwin (@noxwin12) August 19, 2021
Hal itu kerana ramai penyokong yang bengang dengan pengadil itu kerana beliau telah menghadiahkan sepakan penalti yang dianggap kontroversi.
Pengadil tersebut turut kenyang makan maki sepanjang perlawanan dan para penyokong juga tidak henti-henti memanggil beliau dengan gelaran ‘anak haram’.
Laporan sama turut mendakwa yang ada seseorang telah menghulurkan pistol tersebut kepada pengadil perlawanan, selepas tamat perlawanan tersebut.
A referee pulled out a gun to restore order during an amateur football match after upsetting fans fans with a controversial penalty call that anger the fans pic.twitter.com/J8woE1NVlS
— Engr Fulani ❁ (@_IbrahimHassanM) August 21, 2021
Pengadil itu kemudiannya melepaskan satu das tembakan ke bawah sebagai amaran kepada para penyokong yang pistol miliknya mempunyai peluru.
Insiden seperti ini jelas sangat jarang berlaku dalam dunia bola sepak, dan boleh dikatakan hampir mustahil untuk para peminat melihat insiden seperti ini berlaku.
Pernah berlaku satu insiden hampir serupa pada tahun 2018 yang lalu, yang mana seorang pemilik kelab telah membawa masuk sepucuk pistol ke tengah padang.
Meanwhile in Greece… PAOK president Ivan Savvidis takes to the pitch, armed with a gun, to remonstrate with the ref after his team had a late goal disallowed. pic.twitter.com/Vg8SjtWqY1
— Richard Conway (@richard_conway) March 12, 2018
Salah seorang ahli perniagaan berketurunan Rusia dan Greece, Ivan Savvidis yang juga merupakan pemilik PAOK Salonika jelas bengang dan tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil yang membatalkan gol jaringan skuadnya ketika bertemu AEK Athens dalam saingan Greek Superleague.
Savvidis kemudiannya merempuh masuk ke padang bersama pengawal peribadinya, dan mencari pengadil perlawanan sebagai sasarannya.
Beliau sebenarnya sudah dua kali cuba untuk menceroboh padang, dan ketika cubaan keduanya, beliau melakukan satu hal yang lebih extreme dengan membuka jaket dan menunjukkan pistol yang beliau miliki.
L’incroyable histoire du week-end : le proprio du PAOK Ivan Savvidis retenu alors qu’il pénètre sur la pelouse, armé, pour attaquer l’arbitre du match qui a refusé un but à son équipe à la dernière minute pic.twitter.com/4zsKv7CnN6
— Bruno Constant (@Bruno_Constant) March 12, 2018
Savvidis kemudiannya telah dikenakan hukuman gantung selama tiga tahun dan turut didenda bernilai £87,000.
Sementara pihak kelab sendiri pula dikenakan dengan hukuman penolakkan tiga mata, denda £55,000 dan dipaksa bermain tiga perlawanan di halaman sendiri secara tertutup.
Insiden pemain memaki pengadil, pengadil memaki pemain itu sudah sangat biasa dalam dunia bola sepak, namun insiden seperti ini sememangnya aneh dan tak sepatutnya berlaku.