Kalvin Phillips Dianggap Antara Midfield Terhebat Dunia Pada Ketika Ini

Bintang Leeds United, Liam Cooper telah memberikan pujian yang menggunung pada salah seorang rakan sepasukannya, Kalvin Phillips dengan menganggapnya sebagai salah seorang midfield terhebat dunia.

Bintang berusia 25 tahun itu telah mempamerkan aksi permainan yang sungguh luar biasa menakjubkan ketika membantu skuad kebangsaan England mara ke perlawanan akhir saingan Euro 2020.

Aksi hebat yang beliau pamerkan sepanjang kejohanan tersebut telah mendapat pujian yang menggunung dari pelbagai pihak.

Beliau turut mempamerkan aksi hebat ketika musim pertamanya beraksi dalam saingan Premier League bersama Leeds United.

Kalvin Phillips turun beraksi sebagai kesebelasan utama dalam tujuh perlawanan bersama skuad kebangsaan England dalam saingan Euro baru-baru ini.

Beliau telah memainkan peranan cukup penting dan beraksi dengan sungguh baik disamping Declan Rice untuk membantu The Three Lions mara ke perlawanan akhir saingan Euro 2020 itu.

Beliau turut menunjukkan kemampuan fitness yang sungguh luar biasa menakjubkan,dengan mengawal hampir 82.99km sepanjang kejohanan tersebut, dan hanya bintang Itali, Jorginho sahaja mencatatkan statistik yang lebih tinggi berbandingnya.

Walau bagaimanapun, ‘Pirlo England’ itu turut dipuji kerana kemampuan dan kehandalan beliau dalam membuat hantaran.

Contoh kualiti hantaran yang pernah beliau lakukan adalah ketika beliau mencatatkan assists untuk gol pembukaan jaringan Raheem Sterling ketika bertemu Croatia.

Baru-baru ini, Kalvin Phillips telah menerima pujian yang lebih membanggakan berbanding sebelum-sebelum ini, dengan beliau dianggap sebagai yang terbaik di dunia.

Ketua pasukan Leeds United, Cooper percaya yang Phillips seharusnya dianggap sebagai pemain midfield terhebat dunia atas aksi dan persembahan yang beliau persembahkan.

“Dia sudah mengenalkan diri dia pada dunia sejak aksi perlawanan pembukaan bertemu Croatia(saingan Euro 2020) dan saya beritahu dia yang hidup dia akan berubah buat selama-lamanya bermula sekarang.”

Jelas Cooper kepada Sky Sports News.

“Dia tahu hal itu, dia bukan budak yang bodoh dan dia memang selalu menjalani kehidupan dia dengan jalan yang betul selama ini.”

“Saya melihat perkembangan dia dari waktu dia muda hingga di mana dia ada sekarang dan ia merupakan satu kebanggaan untuk saya melihat semua itu. Dan saya tahu dia layak capai semua itu.”

“Dia bekerja sangat keras di sini (bersama Leeds), semua pemain dan orang-orang yang berada di Leeds berfikir bahawa apa yang berlaku pada dia adalah hal yang layak atas segala usaha dia.”

“Saya nampak sendiri macam mana kuatnya dia berusaha setiap hari, saya nampak bagaimana usaha dia untuk dia berjaya dalam dunia sukan ini.”

“Bagi saya, dia merupakan salah seorang pemain midfield terhebat dunia pada ketika ini.”

Phillips ketika beraksi bersama Leeds United

Nama Phillips sememangnya memuncak naik selepas berakhirnya saingan Euro 2020.

Bekas bintang Manchester United, Dimitar Berbatov turut menggesa setan merah untuk menandatangani Phillips pada jendela perpindahan musim panas ini.

Sementara itu, legenda Arsenal, Perry Groves menganggap Kalvin Phillips sebenarnya pemain paling sempurna untuk ditandatangani oleh Liverpool.

Bercakap kepada talkSPORT, beliau menjelaskan bahawa:

“Kalvin Phillips sangat sesuai dan sempurna untuk Liverpool.”

“Dengan tenaga yang mereka gunakan ketika bermain, cara mereka bermain, tempo permainan, permainan hantaran.”

“Berapa nilai untuk dia? £100 juta.”

Walau bagaimanapun, Kalvin Phillips sebenarnya masih mempunyai baki kontrak sehingga 2024 bersama Leeds United.

Menurut ejen beliau sendiri, Kevin Sharp, Phillips sama sekali tidak ada rancangan untuk meninggalkan kelab pada ketika ini, dengan beliau mahu memberi tumpuan kepada skuadnya menjelang musim baharu saingan premier league.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Man City Semakin Hampir Pasti Tandatangani Kalvin Phillips Dari Leeds United