Aksi Masterclass Kalvin Phillips Passing Bak Pirlo, Tackling Bak Gattuso, Dribbling Bak Kaka

Pemain Leeds United, Kalvin Phillips mencuri perhatian dunia bola sepak apabila telah menyajikan satu aksi masterclass bagi posisi tengah ketika England menentang Croatia.

Bersama Leeds United sememangnya Kalvin Phillips sudah dikenali dan dilabel sebagai ‘Yorkshire Pirlo’ oleh peminat Leeds kerana gaya permainan seiras legenda Itali, Andrea Pirlo.

Gareth Southgate telah mencetuskan kontroversi apabila mengumumkan senarai pemain kesebelasan utama yang sangat tidak kena dengan tekak peminat yang jauh lebih pandai.

Barisan pemain yang dibariskan oleh Southgate jelas menunjukkan England bakal bermain dengan lebih bertahan di mana Kalvin Phillips dan Declan Rice bermain di belakang Mason Mount.

Lebih menambahkan kontroversi apabila, Kieran Trippier diletakkan sebagai left back di mana posisi asalnya adalah right back.

Tempat yang sepatutnya menjadi milik Luke Shaw yang hanya di bangku simpanan manakala Ben Chilwell yang diketepikan dan tiada dalam senarai pasukan.

Pemain sensasi dan berada dalam prestasi terbaik ketika ini, Jack Grealish hanya diletakkan dibangku simpanan dan Jadon Sancho juga tiada dalam senarai.

Untuk tempoh 20 minit pertama, Gareth Southgate berjaya menutup mulut pengkritik dengan permainan yang sedak berasaskan hantaran pendek dan pantas.

Tapi 20 minit pertama jela, lepas tu bosan balik macam biasa. Namun disebalik semua itu Kalvin Phillips membuktikan kenapa beliau layak berada dalam kesebelasan utama.

Separuh masa pertama menyaksikan Kalvin Phillips menjadi satu-satunya pemain selain penjaga gol yang melakukan hantaran sempurna dan tepat.

Kalvin Phillips telah melakukan 18 hantaran dengan 100 peratus ketepatan. Semua sampai ke kaki rakan sepasukan.

Satu percubaan jarak jauh telah dilakukan oleh Kalvin Phillips pada separuh masa pertama memaksa penjaga gol Croatia, Dominik Livakovic melayangkan badan menepis keluar bola.

Separuh masa kedua detik sebenar masterclass aksi Yorshire Pirlo ini tiba selepas menerima lorongan bola daripada Kyle Walker.

Dari tengah Phillips datang meminta bola dari Kyle Walker dan membuat larian ke sebelah kanan, Philips menggelecek melepasi dua pemain Croatia dan cuba masuk ke tengah.

Raheem Sterling membuat larian tanpa bola menyerang ruang kosong di depan kotak Croatia dan Phillips membuat hantaran dan mudah disempurnakan Sterling.

Selepas jaringan tersebut tampak Kalvin Phillips dan England tenggelam dengan permainan bertahan dan seperti mahu mempertahankan kelebihan satu gol itu.

Statistik dalam perlawanan England menentang Croatia ini jelas menunjukkan Kalvin Phillips telah mempamerkan aksi masterclass di pentas dunia.

Phillips bijak dalam merencanakan serangan dan juga mampu memecahkan rentak permainan lawan ketika bertahan dengan penuh berseni lagi tenang.

Kalvin Phillips telah menunjukkan seni hitam ketika bertahan apabila melakukan tiga kekasaran lebih banyak berbanding mana-mana pemain di atas padang Stadium Wembley.

Namun dalam tiga kesalahan yang disabitkan oleh pengadil itu tiada satu pun kad kuning dilayangkan pengadil perlawanan, Daniele Orsato dari Itali kepada Phillips.

Mungkin sebab Phillips digelar Yorkshire Pirlo maka pengadil dari itu berlembut hati.

Prestasi hebat ditunjukkan oleh Kalvin Phillips ini meraih pujian ramai dan berpendapat Andrea Pirlo yang sepatutnya di label sebagai Kalvin Phillips Itali.

Ada juga yang terhibur dengan aksi Phillips telah menyamakan permainan beliau seperti pemain tengah legenda Barcelona dan Sepanyo, Xavi.

Ketika diletakkan dalam kesebelasan utama oleh Soutgate, ramai mempertikaikan kehadiran Phillips kini mereka mula memuji pemain tersebut.

Kalvin Mark Phillips nama penuh diberi lahir pada 2 disember 1995 dilahirkan di West Yorkshire, Leeds England berketinggian 5 kaki 10 inci.

Karier awalnya bermula bersama kelab bola sepak tempatan, Wortley dari tahun 2003 sehingg 2010 sebelum menyertai akademi Leeds United pada usia 14 tahun.

Kalvin Phillips berkembang di akademi Leeds United di setiap peringkat usia remajanya dan telah ditawarkan kontrak profesional oleh Leeds United pada 2014.

Kalvin Phillips memulakan karier bola sepak profesional sebagai pemain box-to-box atau central midfielder.

Pada musim 2014/14, Kalvin Phillips telah menjadi ketua pasukan pembangunan bawah 18 tahun dan banyak memanaskan bangku simpanan skuad senior.

Beliau berjaya melakukan debut pada musim tersebut dan menjaringkan gol senior dalam perlawanan keduanya walaupun tewas 2-1 kepada Cardiff City.

Lantaran aksi yang meyakinkan itu, di penghujung musim Kalvin Phillips telah ditawarkan kontrak lanjutan selama dua tahun.

Setahun kemudian kerana potensi dirinya yang tinggi, Phillips ditawarkan kontrak baru selama tiga tahun dan kehadiran Marcelo Bielsa merubah segalanya.

Phillips mendedahkan bahawa beliau telah dilatih bermain sebagai centre-back dan juga deep-lying playmaker bagi menghadapi musim 2018/19.

Kemudian Bielsa telah menggunakan Phillips sebagai pemain tengah bertahan dan juga boleh menjadi deep-lying defensive midfielder.

Tidak cukup dengan itu, Bielsa juga meletakkan Phillips sebagai centre-back apabila Leeds United bermain dengan tiga pertahanan.

Phillips terkenal dengan dengan hantaran pendek yang tepat dan mampu melambungkan bola ke mana sahaja dengan tepat kepada rakan asalkan masih di dalam padang.

Beliau juga mempunyai kemampuan untuk memulakan dan merencanakan serangan dalam masa yang sama masih lagi mampu menjalankan tugas bertahan.

Lantaran kemampuan sebegitu rupa, Kalvin Phillips telah mendapat jolokan “Yorkshire Pirlo” dikalangan penyokong Leeds United.

Adakah Kalvin Phillips akan terus mempamerkan aksi secemerlang ini dalam perlawanan yang mendapat dan menjadi pemain bintang yang lahir dari Euro 2020?

BACA:  Portugal Umun Skuad 26 Pemain EURO 2020