Mohamed Kamara telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan ketika membantu Sierra Leone mencatatkan keputusan seri bertemu Algeria malam semalam.
Penjaga gol berusia 22 tahun itu merupakan pemain terbaik dalam perlawanan ini, dengan beliau berjaya mencatatkan tujuh save dalam perlawanan tersebut.
Beliau pada ketika ini beraksi bersama sebuah kelab yang beraksi dalam saingan Sierra Leone Premier League, East End Lions.
Sierra Leone goalkeeper Mohamed Kamara broke down in tears after picking up the MOTM award in his first ever AFCON game 🥺
He made seven saves and kept a clean-sheet against reigning champions Algeria 👏 pic.twitter.com/ogRW18OqBz
— ESPN FC (@ESPNFC) January 11, 2022
Aksi yang beliau persembahkan dalam perlawanan ini telah mencuri perhatian para peminat seluruh dunia dengan ramai peminat yang terpegun melihat persembahan beliau.
Beliau sendiri bahkan menangis ketika menerima anugerah pemain terbaik dalam perlawanan ini, dan sudah tentu tangisan itu merupakan tangisan kegembiraan dan kepuasan untuknya.
Bukan clean sheet biasa-biasa, namun beliau berjaya memastikan gawang golnya tidak dibolosi selepas menyelamatkan begitu banyak percubaan merbahaya dari pemain Algeria.
Sierra Leone's Mohamed Kamara just kept a clean sheet against Algeria.
Look how much it meant to him 😍 pic.twitter.com/dyOAl7TRhi
— GOAL (@goal) January 11, 2022
Beliau turut melakukan beberapa aksi penyelamatan yang tak masuk akal dan jelas sekali beliau akan lakukan apa sahaja tidak kira menghulur kepala, terbangkan badan, berguling demi untuk memastikan gawangnya tidak dibolosi.
Rangkuman aksi persembahan mantap beliau dalam perlawanan ini tular di media sosial dengan kebanyakkan peminat begitu teruja menyaksikan video tersebut.
🔥#AFCON2021 HIGHLIGHTS#TeamSierraLeone 0-0 #TeamAlgeria
There is only one man, from all the stars on that pitch today, that deserves to be talked about: Mohamed Kamara 🧤🔥
His incredible reactions gained Sierra Leone a point in their return to AFCON!pic.twitter.com/BGZOl4m0rD— af•recon #AFCON2021 🏆 (@af_recon) January 11, 2022
“Kelab-kelab Eropah perlu beri perhatian kepada dia, sayang kalau bakat macam ini tidak diketengahkan. Saya tak pernah jumpa penjaga gol yang boleh beraksi secemerlang ini.”
“Saya berani katakan, jika bukan kerana dia, Algeria sudah tentu akan mencatatkan kemenangan selesa dalam perlawanan ini.”
“Kelab-kelab pertengahan atau bawahan dalam saingan lima liga utama Eropah kalau beli pemain macam ini memang sangat berbaloi.”
“Saya penyokong Newcastle dan saya sangat berharap Newcastle akan segera dapatkan dia. Penjaga gol macam ini sudah tentu akan bantu kita mengelak dari terlalu banyak dibolosi.”
“Saya speechless, aksi dan persembahan dia memang benar-benar memukau, sangat bagus sangat sempurna. Selayaknya dianugerahkan dengan anugerah pemain terbaik.”
Sierra Leone goalkeeper, Mohamed Nbalie Kamara, who is 22 years of age and plays for East End Lions in the Sierra Leone local league was exceptional in post today.
He was named the man of the match in the Algeria vs Sierra Leone game 👏🏽. #AFCONwithJuliet pic.twitter.com/Qt06mRzO1v
— Juliet Bawuah (@julietbawuah) January 11, 2022
Tidak dinafikan lagi yang Mohamed Kamara telah mempamerkan aksi persembahan berkelas dunia dan boleh dikatakan sangat sempurna dalam perlawanan ini.
Beliau bukan hanya menyelamatkan bola yang datang kepadanya sahaja, namun Kamara juga beberapa kali keluar dari kotak penalti untuk selamatkan bola.
Jentera serangan Algeria yang diketuai oleh Riyad Mahrez sangat jelas merupakan antara yang terbaik di benua Afrika, namun dalam perlawanan ini, mereka semuanya mati kutu tak tahu mahu lakukan apa lagi.
Segalanya telah dilakukan mereka dalam usaha untuk memburu gol kemenangan, namun kesemuanya berjaya dinafikan oleh Mohamed Kamara.
Appreciation tweet for Sierra Leone 🇸🇱 goalkeeper Mohammed Kamara, popularly known back home as Fabianksi (better than idol 😉)
Faced Benrahma, Mahrez, Bounedja, Belaili, Brahimi etc and came out as MVP on the field
Plays for local side East End Lions. National Hero today pic.twitter.com/RzL74BJ7JT
— Saddick Adams (@SaddickAdams) January 11, 2022
Persembahan super mantap Kamara berjaya membantu skuadnya untuk mencatatkan seri bertemu Juara bertahan AFCON, dalam aksi pertama mereka di kejohanan utama sejak 1996 yang lalu.
Di usia 22 tahun jelas sekali perjalanan karier beliau masih panjang dan tidak mengejutkan andai beliau selepas ini akan muncul beraksi di pentas bola sepak Eropah.
Beliau mempunyai bakat dan potensi untuk menjadi penjaga gol terhebat dalam dunia bola sepak dan agak mustahil tidak ada kelab gergasi yang terpikat dengan persembahan yang beliau persembahkan malam semalam.
Seandainya beliau konsisten dalam aksi-aksi perlawanan selepas ini, sudah pasti pintu rumahnya akan diketuk oleh deretan wakil-wakil dari kelab-kelab gergasi seluruh dunia.
Sierra Leone selepas ini akan turun beraksi bertemu Ivory Coast sebelum bertemu Equatorial Guinea dalam aksi terakhir saingan peringkat kumpulan E.
🇸🇱 Sierra Leone's goalkeeper, Mohamed Kamara after keeping a clean sheet in his MOTM performance against #AFCON2021 favourites, Algeria…🙌
🥲 What a moment! pic.twitter.com/TMeLZyv5Cp
— SPORF (@Sporf) January 11, 2022
Sementara Algeria pula, mereka selepas ini akan turun beraksi bertemu Equatorial Guinea sebelum mengakhiri saingan peringkat kumpulan E bertemu Ivory Coast.
Sumber: AFCON 2021