Patrice Evra bengang dengan keputusan France Football tidak memberikan anugerah Lev Yashin kepada Edouard Mendy dan menganggap ia ada kaitan dengan penindasan terhadap warga Afrika.
Beliau merasakan anugerah tersebut dirompak dari Mendy hanya kerana penjaga gol Chelsea itu berasal dari benua Afrika.
Bekas pemain Manchester United dan skuad kebangsaan Perancis itu langsung tidak gembira melihat penjaga gol Paris Saint Germain, Gianluigi Donnarumma dinobatkan sebagai penerima anugerah Lev Yashin.
🗣️ "The goalkeeper… what about Edouard Mendy? But of course, African Cup, we are the monkeys, so no one respects this competition." https://t.co/OuyafaC3GM
— SPORTbible (@sportbible) December 1, 2021
Beliau merasakan yang Mendy merupakan individu paling layak untuk menerima anugerah tersebut dari mana-mana penjaga gol sekalipun dalam dunia bola sepak.
Bercakap di laman instagram miliknya, Evra yang begitu beremosi dengan hal tersebut telah menyatakan bahawa:
“Penjaga gol… Macam mana dengan Mendy? Tapi sudah tentu, Piala Afrika, kita semua monyet, jadi tak ada sesiapa yang hormat pada pertandingan ini.”
“Kita merupakan satu-satunya pertandingan yang kamu perlu cuti dari kelab, perlu cuti selama tiga minggu untuk bermain di pertandingan itu kerana di Afrika kita selalu ada ruang yang sempit.”
“Tapi semuanya akan berubah, semuanya akan berubah.”
'We are the monkeys': Patrice Evra claims Edouard Mendy was snubbed for this year's Ballon d'Or goalkeeper prize because he's African https://t.co/ZIO8QJclA6
— MailOnline Sport (@MailSport) December 1, 2021
Pemain kelahiran Senegal itu menegaskan yang Edouard Mendy sepatutnya layak untuk memenangi anugerah itu, namun ia telah dirompak oleh Gianluigi Donnarumma.
Evra mungkin terlalu beremosi dan kerana itulah beliau menganggap undian tersebut melibatkan perkauman dan merasakan yang orang Afrika ditindas.
Mendy jelas sekali telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan sejak dari awal beliau ditandatangani oleh Chelsea.
Beliau merupakan pemain penting yang membantu Chelsea menjuarai saingan Champions League pada musim lalu, dan turut mencatatkan bolos paling sikit.
ICYMI: “Also the goalkeeper… what about Edouard Mendy?” https://t.co/AjRZNZLROq
— GhanaWeb (@TheGhanaWeb) December 3, 2021
Aksi hebat beliau berjaya dikekalkan sehingga ke hari ini dengan Mendy kerap melakukan aksi penyelamatan untuk menyelamatkan gawang golnya dari dibolosi lawan.
Ramai yang percaya Mendy sepatutnya memenangi anugerah tersebut, dan tidak dinafikan ramai juga yang bersetuju dengan kenyataan tersebut.
Namun untuk menganggap Donnarumma tak layak atau merompak anugerah itu dari Mendy adalah satu hal yang sangat tidak adil untuk penjaga gol dari Itali itu.
Beliau turut patut diberi penghargaan atas aksi hebat dan cemerlang yang telah beliau tunjukkan sepanjang musim lalu.
“No one respect Africa Cup, we are the monkeys” – Patrice Evra slams Ballon d’Or organizers, call on CAF to do better#BallonDor2021#TotalEnergiesAFCONhttps://t.co/E16jCL4MGW
— Molatsportgist 🇳🇬 (@chubbyMO_) December 2, 2021
Donnarumma berjaya membantu skuad kebangsaan Itali untuk mara ke aksi perlawanan akhir saingan Euro selepas menewaskan Sepanyol menerusi penentuan sepakan penalti.
Beliau juga turut mencatatkan banyak penyelamatan sepanjang aksi dari saingan peringkat kumpulan hinggalah ke aksi perlawanan akhir.
Dalam aksi perlawanan akhir, Donnarumma turut berjaya melakukan beberapa aksi penyelamatan yang membantu Itali untuk membawa England ke aksi penentuan sepakan penalti.
Beliau sekali lagi menjadi wira Itali dengan membantu negaranya untuk muncul sebagai Juara saingan Euro 2020.
Jadi tidak adil untuk menganggap Donnarumma sebagai perompak yang merompak anugerah itu dari Mendy kerana beliau juga berhak dan layak untuk memenangi anugerah tersebut.
“Also the goalkeeper… what about Edouard Mendy?” #GhanaWeb22 https://t.co/FyESmhyh8X
— GhanaWeb (@TheGhanaWeb) December 2, 2021
Seandainya Mendy mengekalkan tahap persembahan yang sama, dan beliau masih gagal untuk memenangi anugerah itu pada tahun hadapan, ia mungkin akan boleh dipertikaikan.
Namun untuk mempertikaikan kemenangan Donnarumma, ia agak tidak masuk akal kerana penjaga gol Itali itu juga berhak untuk memenangi anugerah tersebut.
Mungkin ada unsur-unsur penindasan seperti yang Evra maksudkan, tetapi berkait Lev Yashin Trophy, ia tidak adil untuk anggap Donnarumma rompak kerana kedua-dua mereka layak.
Yashin Trophy
Gianluigi Donarumma menjadi pemenang Yashin Trophy tahun 2021 sekaligus menobatkan penjaga gol Paris Saint Germain ini sebagai penjaga gol terbaik dunia ketika ini dan merupakan pemenang kedua sejakdiperkenalkan pada 2019.
Yashin Trophy merupakan anugerah baru yang diperkenal di Anugerah Ballon d’Or 2019 yang berlangsung di di Theatre du Chatelet, Paris, Perancis khas untuk penjaga gol yang sering dianak tirikan.
The 2021 #tropheeyachine is… @gigiodonna1 🇪🇸 of @PSG_inside ! #ballondor" pic.twitter.com/IVGmTkEvr7
— Ballon d'Or #ballondor (@francefootball) November 29, 2021
Anugerah Yashin Trophy dinamakan sempena nama penjaga gol lagenda dunia dan Russia, Lev Yashin yang telah diangkat sebagai penjaga gol terbaik dalam sejarah bola sepak dunia.
Kali terakhir penjaga gol memenangi Ballon d’Or adalah pada tahun 1963 apabila penjaga gol lagenda, Lev Yashin diangkat sebagai pemenang.
Alisson Becker yang merupakan penjaga gol pasukan paling hebat di muka bumi ini, Liverpool telah mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi pemain pertama yang memenangi anugerah Yashin Trophy.
Sumber: SPORTbible