Kane: England Bakal Berhadapan Ujian Sebenar Apabila Bertemu Colombia

Penyerang Tottenham Hotspurs, Harry Kane berkata England akan berhadapan ujian sebenar mereka apabila turun menentang Colombia dalam pusingan 16 pasukan terakhir awal pagi Khamis nanti.

Kane merupakan salah seorang dari 8 pemain yang direhatkan Gareth Southgate ketika pertemuan Belgium tempoh hari yang berakhir dengan kemenangan 1-0 berpihak kepada Belgium.

Kane direhatkan sepenuhnya untuk perlawanan tersebut walaupun beliau sedang memimpin carta penjaring gol Piala Dunia 2018 dengan 5 gol.

Kane sasar untuk jaringkan gol setiap kali beliau turun beraksi. Cuma jangan kerap sangat claim gol orang, nanti dibenci

Kane akan kembali diturunkan bagi pertemuan penting menentang Colombia bersama 7 pemain utama yang lain. Produk akademi Spurs ini turut berharap rekod jaringan prolifik beliau musim ini mampu membantu England menamatkan badi dalam peringkat kalah mati.

“Ini merupakan detik penentuan. Colombia merupakan pasukan yang kuat dan mereka mempunyai beberapa pemain hebat dan kami perlu bersedia untuk menangani ancaman tersebut.”

“Kami telah mengharungi permulaan yang bagus. Sekarang segalanya lebih serius. Kejohanan ini memasuki fasa yang baru. Sekarang fokus anda hanya untuk mencari kemenangan.”

Keputusan Southgate untuk menurunkan pasukan yang lebih lemah ketika menentang Belgium telah mengundang kritikan daripada beberapa pihak. Tambahan pula, England tewas tipis 1-0 di tangan skuad Belgium yang turut menurunkan ramai pemain simpanan mereka.

England menghuni tangga ke-2 kumpulan G selepas tumpas di tangan Belgium

“Matlamat utama kami sekarang adalah untuk melangkah ke tahap yang lebih tinggi. Kami bermain dengan baik sepanjang dua tahun sebelum ini. Kami berjaya bermain dengan cara yang kami mahu bermain dan ia berjalan dengan baik.”

“Tetapi sekarang adalah masanya untuk menunjukkan keputusan. Ini merupakan detik dimana kerja keras anda selama ini sama ada dari segi teknikal atau taktikal ke dalam perlawanan besar.”

“Mungkin akan ada sedikit tekanan diletakkan terhadap kami selepas ini tetapi saya percaya ianya penting buat kami untuk mempunyai mentaliti tersebut dan kekal tenang mengharungi situasi tersebut.”

“Ini lah sebab mengapa kami menjalani latihan dan bekerja keras selama ini, untuk bermain dalam perlawanan besar sebegini dan saya berharap England akan mampu bermain dengan baik Selasa nanti.”

Colombia bakal menjadi detik penentu England sama ada mereka bersedia untuk melangkah ke tahap yang lebih tinggi

Keyakinan Kane sememangnya sedang memuncak ketika ini dan beliau meletakkan tekanan pada dirinya untuk menjaringkan gol setiap kali beliau diturunkan bermain.

“Saya tidak sabar untuk turun beraksi. Saya dapat rasa yang saya akan memperolehi peluang untuk menjaringkan gol. Perasaan ini membantu anda untuk menjaringkan gol.”

“Saya bersedia untuk segala-galanya, sama ada penalti, sepakan percuma atau apa sahaja. Saya cuba untuk melakukan latihan dalam situasi yang berbeza dan seandainya saat itu tiba, saya akan bersedia.”

“Saya hanya mahu berada di atas padang kerana saya tahu peluang akan tiba untuk saya menjaringkan gol.”

BACA:  Dua Biji Bola, Penalti, Lampu Laser di Muka Penjaga Gol : Perincian Senarai Kontroversi Dalam Perlawanan England Menentang Denmark