Kane Mahu Manchester City Leburkan Rekod Tanpa Kalah Liverpool

Penyerang antarabangsa England, Harry Kane berkata beliau akan menjadi penyokong Manchester City untuk satu malam apabila Liverpool bertandang ke Etihad Stadium awal pagi nanti dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris yang paling ditunggu-tunggu musim ini.

Kane berkata beliau mahu Manchester City menewaskan Liverpool supaya Spurs dapat mengurangkan jarak mata dengan pendahulu liga.

Kane akan pakai bersorak untuk The Citizens awal pagi nanti

Manchester City kini ketinggalan 7 mata di belakang Liverpool selepas mengalami 3 kekalahan dari 5 perlawana liga terakhir mereka.

Kesempatan itu digunakan sebaiknya Liverpool yang berjaya memenangi kesemua 9 perlawanan liga terakhir mereka.

Sekiranya Pep Guardiola dan anak buahnya memasang niat untuk mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris yang dimenangi mereka musim lepas, perkara utama yang perlu mereka lakukan ketika ini adalah meleburkan rekod tanpa kalah Liverpool seterusnya merapatkan jurang mata menjadi 4 mata.

Selepas meraih kemenangan 3-0 ke atas Cardiff City kelmarin, Spurs naik ke tangga ke-2 dalam Liga Perdana Inggeris, satu mata di hadapan Manchester City yang masih mempunyai satu perlawanan dalam tangan.

Liverpool kalah dan Spurs kembali mencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris. Delusional betul Kane ni

Walaupun sedar Spurs akan jatuh kembali ke tangga ke-3 jika Manchester City meraih keputusan menang atau seri awal pagi tadi, Kane menerimanya dengan hati yang terbuka jika ia mampu membantu usaha Spurs untuk mencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini.

“Kami mungkin mahu Manchester City menang perlawanan tersebut supaya kami lebih dekat dengan Liverpool. Tetapi itu bukan dalam kawalan kami.”

“Apa yang kami mampu lakukan hanyalah menjaga pasukan sendiri dan memenangi perlawanan kami. Sejak beberapa tahun lepas, kami pernah berada dalam posisi seperti sekarang, Leicester dulu sekali dan Chelsea pada tahun berikutanya.”

“Kami cuma boleh menumpukan fokus pada diri sendiri dan memenangi setiap perlawanan yang kami harungi.”

“Kita akan lihat apa yang akan berlaku dalam perlawanan Manchester City – Liverpool nanti. Sejujurnya, kami tidak boleh terlalu berfikir mengenai pasukan lain.”

Ini bukanlah kali pertama Spurs berada dalam posisi ini. Beberapa musim kebelakangan ini, Mauricio Pochettino sering membimbing anak buahnya mencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris tetapi kecundang pada penghujungnya.

Manchester City, juara EPL musim 2018/2019

Kekalahan mengejut di tangan Wolves pada penghujung tahun 2018 kembali membawa nostalgia lama buat peminat Spurs yang sering kecewa melihat pasukan mereka ‘pancut’ awal.

Mujurlah, Spurs dapat menebus kekecewaan tersebut dengan menewaskan Cardiff untuk kembali berada di tempat ke-2 dan hanya dipisahkan 6 mata sahaja dengan pendahulu liga, Liverpool.

Namun begitu, Spurs bakal melalui bulan Januari yang cukup mencabar apabila mereka bakal berhadapan dengan Chelsea dalam separuh akhir Piala Carabao sebelum bertemu pasukan juara musim depan, Manchester United yang berjaya memenangi kesemua perlawanan mereka selepas memecat Jose Mourinho.

BACA:  Harry Kane Masih Berharap Dipinang Man Utd