Kapal Terbang Lalu Di Kem Latihan England Bawa Nasihat Taktikal vs Croatia

Sebuah kapal terbang persendirian telah lalu di atas kem latihan pasukan England dalam persiapan mereka untuk menghadapi perlawanan pertama Euro 2020 menentang Croatia.

Apa yang menarik dari penerbangan kapal terbang itu apabila satu kain rentang di bawa bersama yang tertera mesej dan nasihat taktikal kepada pasukan England.

Ketika Gareth Southgate dan anak buahnya sedang menjalani latihan di tengahari sabtu di St Geoerge Park lalu sebuah kapal terbang dan mereka mendongak.

Dikain rentang yang dibawa itu tertera satu perkongsian :

“Kebanyakkan gol Croatia datang dari belah kiri.”

Maka kini sudah masuk akal dan logik kenapa Gareth Southgate membawa empat orang right-back pada awalnya sebelum Trent Alexander Arnold digugurkan.

Pertemuan England dan Croatia boleh dianggap popular merupakan perlawanan pembukaan untuk saingan kumpulan D yang turut dihuni oleh Czech Republic dan Scotland.

Ini medan terbaik untuk England membalas dendam dan membuktikan mereka yang terbaik selepas disingkirkan Croatia yang tidak mahu berlutut di separuh akhir Piala Dunia 2018.

Mungkin nasihat yang datang dari langit itu perlu diambil serius oleh Gareth Soutgate atau sememangnya sudah lama diketahui umum.

Kesebelasan utama pemain England masih lagi menjadi tanda tanya dengan barisan pemain yang popular agak sedap bagi setiap posisi lantaran populariti Premier League.

Pembantu Gareth Southgate, Steve Holland percaya pasukan tiga singa perlu mencari pasukan yang betul-betul seimbang bagi mencipta pasukan yang kuat.

Kerana England bakal menghadapi perlawanan sebenar dan tidak akan sesekali membariskan pemain seperti “Fantasy football’.

Steve Holland memberi contoh pasukan Argentina mempunyai barisan pemain yang padu tapi tak ke mana:

“Argentina mempunyai Dybala, Di María, Agüero, Higuaín, Messi. Tapi Icardi tidak masuk dalam skuad. Oleh itu, mereka mempunyai bakat yang luar biasa tetapi mereka keluar pada pusingan 16. Ini bukan bola sepak fantasi.”

“Senang amat bermain permainan itu tetapi anda tidak boleh menyatukan empat atau lima pemain bersama. Apa yang ditunjukkan oleh pasukan itu adalah jika anda terlalu banyak guna pemain yang sama, anda tidak akan mendapat yang terbaik daripada individu itu, jika anda gunakan dengan sedikit, mereka dapat memberikan yang terbaik.”

“Jadi cabaran kita jelas: kita harus mencari keseimbangan yang tepat.”

Sebelum ini Pasukan Croatia bertegas tidak akan menyertai ritual bola sepak yang diperkenalkan pada tahun 2020 dengan berlutut sebelum perlawanan bermula apabila menentang England pada perlawanan pembukaan Euro 2020 bagi kumpulan D.

Tuan Rumah, England akan melayani kunjungan naib juara Piala Dunia 2018, Croatia di Stadium Wembley dan Gareth Southgate pula menjelaskan pasukan England akan tetap berlutut sebelum perlawanan.

Ritual berlutut sebelum perlawanan ini telah diamalkan tanpa jemu bagi setiap perlawanan yang berlangsung di Premier League.

Tomislav Pacak yang merupakan juga cakap dan juga kepala kepada media pasukan kebangsaan Croatia telah menolak untuk menjawab kenapa mereka tidak mahu berlutut.

Namun Tomislav Pacak telah menyatakan bahawa menyertai ritual itu bukan salah satu protokol yang diwajibkan oleh UEFA dan beliau juga menegaskan bahawa UEFA tida terlibat dalam politik dalam bola sepak.

Dalam perlawanan persahabatan menentang Belgium lagi, para pemain dan staff pasukan Croatia tidak melakukan ritual ini mungkin kerana merasakan tiada keperluan pun.

Di England, ritual berlutut ini dilakukan bagi menunjukkan tanda sokongan kepada perjuangan menentang perkara yang bersifat perkauman dalam bola sepak.

Namun tidak semua penyokong England dapat menerima tindakan ini dan pasukan England telah diboo dan diejek oleh sebilangan penyokong mereka sendiri ketika menentang Austria dan Romania.

Ini kerana ada yang menentang ritual melutut untuk menolak unsur perkauman itu dianggap sebagai perbuatan yang berunsurkan politik dan malah ada yang memboikot perlawanan England.

BACA:  FINAL EURO 2020: AET Itali 1-1 England (Pen. 3-2)