Keane Cadangkan Phil Foden Test Urine Selepas Label Micah Richards World Class

Roy Keane telah mencadangkan supaya Phil Foden menjalani Urine Test selepas melabel bekas pemain Manchester City, Micah Richards sebagai pemain berkelas dunia atau Master Class.

Phil Foden telah memuji Micah Richards dalam satu temuramah bersama Sky Sports ketika membicarakan memorinya indahya membesar selaku peminat tegar Citizen.

“Aku sukakan Micah, beliau salah seorang idola aku.”

“Beliau merupakan salah seorang pertahanan kanan terbaik dunia ketika itu. Malangnya beliau telah mengalami satu atau dua kecederaan.”

Micah Richards merupakan salah seorang pemain yang berada dalam senarai 50 pemain muda yang paling mengghairahkan dan bakal menggegar dunia bola sepak oleh Majalah World Soccer edisi November 2007.

Produk keluaran akademi Manchester City ini tidaklah menjadi pemain superstar namun agak berjaya dan dikenali apabila setia bersama City dari tahun 2005 sehingga 2015 dan menjadi tonggak England.

Micah Richards telah dirundung kecederaan lutut yang agak teruk ketika diusia puncak bagi seorang pemain bola sepak bersama Manchester City.

Kecederaan inilah yang telah menyekat karier Richards dan sekaligus gagal memenuhi potensi beliau sebagai wonderkid kepada wonderman. Namun Richads bukanlah seoarang pemain yang gagal.

Selepas dipinjam kan ke Fiorentina pada 205, Richard menyertai Aston Villa selepas dilepaskan oleh Aston Villa 2019.

Pada 26 Julai 2019, Richards telah mengumumkan persaraan pada umur 31 tahun lantaran masalah kecederaan lutut.

Phil Foden seperti Micah Richards adalah produk keluaran akademi Manchester City serta pemain England dan tidak hairanlah kenapa pemain tersebut menjadi idola dan mempunyai reputasi gah di mata Foden.

Namun perkara itu telah menjadi bahan gurauan Roy Keane terus di depan muka Micah Richards ketika bersama-sama menjadi pundit untuk rancangan Super Sunday.

Ketika bercakap mengenai Foden sebelum perlawanan Manchester City menentang Liverpool Keane telah membuat kenyataan yang kejam.

“Foden membuat satu atau dua kesilapan. Temuramah beliau sangat baik. Tapi mengenai Micah Richards, mungkin Foden membuat urine test.”

Kenyataan Keane itu disambut dengan ketawa yang pecah perut oleh Micah Richards dan ini mungkin serangan balas dendam Keane kerana Richards menyebarkan video beliau memakai makeup.

Sebelum itu Micah Richard telah mengantoikan Roy Keane dengan merakam gelagat Keane yang sedang mengenakan makeup.

Micah Ricahrds: Apa kat tangan kau tu Roy?

Roy Keane: Aku harap aku tahu.

Micah Ricahrds: Tengokla tu muka rasa jijik.

Rakaman itu telah dimuat naik terus ke Instagram Live rasmi Micah Richards dan terus disambar oleh media seluruh dunia.

BACA:  Micah Richards Bertekak Dengan Sourness Berkait Isu Pogba