Jurulatih pasukan Malaysia, Tan Cheng Hoe kini semakin kusut dan sakit kepala apabila dua pemain pertahanan tengah Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak dan Shahrul Mohd Saad mengalami kecederaan.
Skuad 24 pemain yang dibawa Tan Cheng Hoe untuk saingan Piala AFF Suzuki 2020 kini hanya tinggal 17 pemain sahaja apabila 7 pemain mungkin tidak dapat beraksi kerana kuarantin dan juga mengalami kecederaan.
Dalam sidang media selepas perlawanan menentang Vietnam yang menyaksikan Malaysia tewas tiga gol tanpa balas, Tan Cheng Hoe menjelaskan kekalahan ini bukan satu kesilapan taktikal.
“Bukan satu kesilapan taktikal tetapi pemain-pemain lebih berjaga-jaga di separuh masa pertama dan mungkin kerana barisan pemain terlalu menghormati Vietnam.”
“Itu antara sebab dan sedikit sebanyak kita hari ini berundur ke belakang, terlalu banyak bertahan.”
#BHsukan Jurulatih Tan Cheng Hoe mengharapkan semua pihak dapat bertimbang rasa dengan musibah menimpa skuad Harimau Malaya ketika ini selepas 'diserang' dengan COVID-19https://t.co/LhXCpwbwH6
— Berita Harian (@bharianmy) December 12, 2021
Tan Cheng Hoe mengakui kecederaan awal Aidil Zafuan memberi impak kepada pasukan yang terus goyah mungkin kerana ketiadaan ketua pasukan di padang.
“Terlalu awal kita membuat penggantian Aidil Zafuan kepada Dominic Tan sedikit sebanyak menjejaskan rentak permainan pasukan.”
“Kemasukan Kogileswaran dan De Paula pula sedikit sebanyak memberi kita ruang bergerak kehadapan.”
Malaysia coach Tan Cheng Hoe (left) not looking particularly pleased with what he's watching.
📷VTV pic.twitter.com/ytXYlEP1UR
— Việt Nam News (@VietnamNewsVNS) December 12, 2021
Tan Cheng Hoe mengakui bahawa beliau melakukan perubahan taktikal pada separuh masa kedua. Namun perancangannya kurang menjadi apabila Shahrul Saad pula cedera di bahagian pertahanan.
“Pada separuh masa kedua, kita sekurang kurangnya dapat mengimbangi pasukan Vietnam.”
“Namun ramai pula pemain yang cedera.” Ujar Tan Cheng Hoe merujuk kepada kecederaan Shahrul Saad.
Tan Cheng Hoe berharap Aidil Zafuan Ab Radzak dan Shahrul Saad dapat pulih sepenuhnya menjelang aksi terakhir peringkat kumpulan menentang Indonesia, Ahad ini. https://t.co/hmSOtZBEiw
— Utusan Malaysia (@UMonline) December 12, 2021
Tan Cheng Hoe juga menyatakan perlawanan ini sepatutnya menjadi pengajaran dan diambil iktibar serta bersedia menentang Indonesia.
“Separuh masa pertama kami bermain terlalu kasual dan hilang penguasaan bola tidak seperti kebiasaan.”
“Harapannya selepas perlawanan ini sudah pasti kami akan belajar dan mengambil pengajaran, satu pengajaran besar untuk kami kerana kami tidak ada rekod baik bertemu Vietnam.”
“Kami perlu melupakan kekalahan ini dan maju ke depan dan bersiap sedia untuk menentang Indonesia.”
Malaysia mempunyai rehat panjang selama seminggu dan Tan Cheng Hoe berharap pemain yang cedera dan terkena wabak akan dapat kembali untuk beraksi.
Semoga kecederaan menimpa Aidil Zafuan dan Shahrul Saad tidak serius. Agak sukar sebenarnya untuk mereka yang terkena virus untuk kembali beraksi dalam masa yang singkat.
Menurut Park Hang Seo, Malaysia sendiri yang cari penyakit mendaftarkan 24 orang pemain sahaja daripada 30 yang dibenarkan.
“Saya rasa semua pasukan mengetahui peraturan pertandingan dan kita semua tertakluk untuk mengikuti peraturan tersebut.”
“Dalam peraturan membenarkan kita membawa 30 orang pemain, tetapi Malaysia satu satunya pasukan yang mendaftarkan hanya 24 pemain.”
Sebenarnya ada benarnya juga apa yang dikatakan oleh Park Hang Seo ini kerana tindakan membawa 24 pemain kini mula memakan diri tapi bukan sepenuhnya lagi.
Ini kerana Malaysia masih mempunyai peluang. Menang ke atas Indonesia adalah satu-satunya pilihan Malaysia ketika ini.
Senarai Pemain Malaysia Yang Boleh Beraksi
Walaupun setiap pasukan dibenarkan membawa 30 orang pemain, namun Malaysia hanya membawa 24 orang pemain sahaja yang kini seperti sedang menerima impak dari keputusan tersebut.
Sebelum perlawanan pertama Malaysia hanya mempunyai 21 orang pemain sahaja kerana Akhyar Rashid dan Khairulazhan disahkan positif Covid-19 manakala Dion Cools masih belum tiba.
Kini hanya tinggal 17 orang pemain sahaja berbaki, tapi hakikatnya mungkin hanya 16 pemain jika Dion Cools tiada halangan untuk beraksi menentang Indonesia.
Guilherme De Paula tak payah kira la kot. Ada pun macam takda. Sama je impak duk dalam atau luar padang.
Penjaga Gol
1. Khairul Fahmi Che Mat – Melaka United FC (32 Tahun)
2. Kalamullah Al-hafiz Md Rowi – Petaling Jaya City FC (26 Tahun)
Pertahanan
3. Mohd Rizal Mohd Ghazali – Kedah Darul Aman FC (29 Tahun)
4. Muhammad Syahmi Safari – Selangor FC (23 Tahun)
5. Muhammad Ariff Farhan Md Isa – Kedah Darul Aman FC (25 Tahun)
6. Dominic Tan – Police Tero FC (24 Tahun)
7. Mohamad Arif Fadzilah Abu Bakar – Terengganu FC (25 Tahun)
8. Dion-johan Cools – FC Midtjylland (25 Tahun)
Tengah
9. Muhammad Syafiq Ahmad – Johor Darul Ta’zim FC (26 Tahun)
10. Baddrol Bakhtiar – Kedah Darul Aman FC (33 Tahun)
11. Muhammad Safawi Rasid – Johor Darul Ta’zim FC (24 Tahun)
12. Kogileswaran Raj A/l Mohana Raj – Petaling Jaya City FC (23 Tahun)
13. Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi – Selangor FC (20 Tahun)
14. Arif Aiman Mohd Hanapi – Johor Darul Ta’zim FC (19 Tahun)
Penyerang
15. Guilherme De Paula Lucrecio – Johor Darul Ta’zim FC (35 Tahun)
16. Luqman Hakim Shamsudin – KV Kortrijk (19 Tahun)
17. Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi – Selangor FC (27 Tahun)
Pemain Yang Tidak Dapat Beraksi
1. Mohd Khairulazhan Mohd Khalid – Selangor FC (32 Tahun) – Kuarantin
2. Quentin Cheng Jiun-ho – Penang FC (22 Tahun) – Kuarantin
3. Mohamad Faisal Abdul Halim – Terengganu FC (23 Tahun) – Kuarantin
4. Muhammad Akhyar Abdul Rashid – Johor Darul Ta’zim FC (22 Tahun) – Kuarantin
5. Junior Eldstal – Chonburi FC (30 Tahun) – Cedera
6. Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak – Johor Darul Ta’zim FC (34 Tahun) – Cedera
7. Shahrul Mohd Saad – Johor Darul Ta’zim FC (28 Tahun) – Cedera