Kecederaan Harvey Elliott merencatkan perancangan Gareth Southgate memandangkan pengurus skuad kebangsaan England itu kini dikatakan sedang memantau perkembangan karier pemain muda itu.
Bekas pemain midfield Leeds United, David Norris percaya yang bintang muda Liverpool, Harvey Elliott sudah berjaya mencuri perhatian Gareth Southgate.
Pengurus The Three Lions itu dikatakan memantau dan berminat untuk mendapatkan khidmat Elliott sejak hujung musim lalu lagi.
🗣️ "He's a player who we really rate as a staff and as an organisation"
New England U21s boss Lee Carsley on Harvey Elliott, who has pulled out of the Young Lions squad through injury… pic.twitter.com/3ig9bVzBq5
— Liverpool FC News (@LivEchoLFC) September 7, 2021
Walau bagaimanapun, kecederaan jangka masa panjang yang menimpa pemain muda itu mungkin akan merencatkan perancangan Gareth Southgate untuknya.
Apa yang berlaku pada Elliott?
Selepas mengharungi musim yang cemerlang sebagai pemain pinjaman bersama Blackburn Rovers, yang mana beliau berjaya terlibat dengan 18 gol dalam saingan liga musim lalu, Elliott berjaya diserap masuk ke skuad utama Liverpool pada musim ini.
Bintang berusia 18 tahun itu tampil dalam kesemua empat perlawanan awal Liverpool pada musim ini, dengan beliau tiga kali diturunkan sebagai kesebelasan utama Klopp.
Walau bagaimanapun, beliau telah terlibat dengan satu insiden ngeri ketika aksi bertemu Leeds hujung minggu lalu, dengan buku lalinya beralih dari kedudukan sebenar.
Beliau mengalami kecederaan ngeri itu selepas pertahanan Leeds, Pascal Struijk melakukan terjahan yang sangat merbahaya ke atas pemain muda Liverpool itu.
The England under-18 international, who debuted as a 16-year-old for Fulham broke into the Reds side with impressive early season displays against Burnley and Chelsea. https://t.co/P0uD43UHYI
— TheStarKenya (@TheStarKenya) September 13, 2021
Oleh yang demikian, Elliott selepas ini berkemungkinan akan menghabiskan baki musim ini dengan berada di bilik rawatan dan menjalani fasa pemulihan sahaja.
Apa Norris katakan tentang Elliott?
Norris merasakan yang kecederaan Elliott berlaku pada waktu yang tidak tepat, dengan beliau percaya pemain muda itu bakal dipanggil untuk sertai skuad kebangsaan pada rehat antarabangsa selepas ini.
Ketika beliau ditanya adakah Elliott akan menjadi sebahagian dari perancangan masa depan Southgate, Norris menyatakan bahawa:
“Saya rasa begitu, ya. Saya rasa mana-mana pemain muda Inggeris yang sudah mula mendapat minit permainan dalam saingan Premier League akan ada dalam radar skuad kebangsaan.”
LIVERPOOL, England (AP) — Liverpool midfielder Harvey Elliott had surgery on his broken left ankle on Tuesday. https://t.co/rkpL9p7eSW
— Quad-City Times (@qctimes) September 14, 2021
“Dan kemudian, jika dia bermain dengan bagus, terutama ketika menyerang, dia akan terus dipanggil. Bahkan jika pemain itu tidak bermain banyak perlawanan, mereka akan bercakap tentang panggilan sertai skuad kebangsaan.”
“Nama dia jelas sudah disebut sebelum ini. Kita dah lihat pemain yang naik dengan segera seperti Kalvin Phillips. Ia tidak mengambil masa yang lama, selepas dia mengharungi musim yang baik, beraksi cemerlang dalam beberapa perlawanan, maka orang akan terus kaitkan dia dengan skuad kebangsaan.”
“Selepas melalui semua fasa itu, dia tentunya akan dipanggil untuk sertai skuad kebangsaan. Saya rasa ia akan berlaku dengan pantas, jadi saya sangat yakin yang dia memang ada dalam radar.”
Mampukah Elliott untuk tetap dipanggil sertai skuad Piala Dunia England tahun hadapan?
Piala Dunia Qatar 2022 hanya berbaki 14 bulan sahaja lagi, ia bermaksud masa sangat mencemburui Elliott yang akan menghabiskan tempoh tersebut untuk jalani fasa penyembuhan.
— Valentino Rasukutty (@ambulsiva) September 7, 2021
Tambahan pula, England baru sahaja tewas dalam aksi perlawanan akhir Euro 2020, maka Southgate tentunya tidak mahu berlengah untuk mempersiapkan skuadnya.
Eliott berkemungkinan perlu lebih memberi tumpuan pada fasa penyembuhan dengan beliau bakal berdepan kesukaran untuk mendapatkan semula tahap kecergasan terbaiknya selepas pulih dari kecederaan nanti.
Beliau juga perlu bersaing dengan barisan pemain seperti, Mason Mount, Phil Foden dan Jesse Lingard untuk mengisi kekosongan di posisi midfield dalam skuad utama England nanti.
Walau bagaimanapun, tiada yang mustahil untuk berlaku, jika Southgate sanggup beri peluang kepada bintang muda itu, andai beliau mampu untuk kembali sembuh dan terus beraksi pada suku kedua saingan Premier League musim ini nanti.
England U21 boss Lee Carsley on Harvey Elliott:
“Harvey is a player we have been aware of for a while. It was really good seeing him go out on loan to Blackburn. I watched a lot of his games at Blackburn.” #awlive [mirror] pic.twitter.com/pcPlmcd0KX
— Anfield Watch (@AnfieldWatch) August 29, 2021
Apa lagi andai beliau mampu beraksi dengan cemerlang dan konsisten, tidak mustahil nama Elliott akan ada dalam senarai skuad England ke aksi Piala Dunia Qatar nanti.
Sumber: GMS