Kecewa Tersingkir, Penyokong Saint-Etienne Serang Pemain Sendiri Menggunakan Mercun Dan Flare

Telah berlaku insiden yang sangat mengejutkan di pentas bola sepak Perancis, selepas para penyokong Saint-Etienne menceroboh masuk ke padang dan menyerang pasukan sendiri.

Para penyokong menceroboh masuk ke padang dan melemparkan objek, mercun serta flare ke arah para pemain mereka sendiri selepas mereka sah tersingkir dari saingan Ligue 1.

Saint-Etienne tewas 5-4 menerusi aksi penentuan sepakan penalti bertemu Auxerre selepas mereka terikat 2-2 dalam aksi kedua-dua leg di pusingan play-off.

Sebaik Remi Dugimont menjaringkan gol kemenangan untuk Auxerre ketika aksi penentuan sepakan penalti, ratusan penyokong Saint-Etienne menceroboh masuk ke padang di Stadium Geoffroy-Guichard.

Flare dilemparkan terus ke arah para pemain Saint-Etienne yang ketika itu sedang bergerak menuju masuk ke dalam terowong.

Lebih teruk lagi, para penyokong turut melempar mercun dan bom asap ke arah para pemain ketika berlakunya insiden kekecohan tersebut.

Rakaman di dalam terowong menunjukkan bagaimana beberapa pemain terpaksa di rawat kerana menderita kecederaan ekoran dari insiden tersebut.

Menurut media penerbitan Perancis, RMC Sport, polis rusuhan telah dihantar untuk mengawal keadaan di stadium dan mujur saja mereka berjaya meleraikan rusuhan tersebut.

Unit pemadam api turut digesa untuk turun ke lokasi kejadian untuk memadam segala kebakaran yang disebabkan oleh para penyokong ketika rusuhan itu.

Padang, kerusi dan banyak lagi harta benda stadium yang terbakar kerana kekecohan itu dan kerana itulah unit pemadam api digesa ke lokasi kejadian.

Bercakap tentang isu berkait penyokong menceroboh masuk ke padang, Troy Deeney sebelum ini pernah menggesa pihak berwajib agar berusaha untuk menghentikan hal tersebut.

Deeney Gesa Budaya Penyokong Turun Ke Padang Perlu Dihentikan Sebelum Ada Pemain Kena ‘Tikam’

Troy Deeney menggesa pihak FA dan Premier League sendiri supaya mengambil tindakan untuk menentang budaya peminat menceroboh masuk ke padang.

Beliau memohon agar tindakan diambil kerana bimbang akan ada kematian berlaku andai budaya itu dibenarkan dan diteruskan.

Dua minggu lalu, pemain penyerang Sheffield United, Billy Sharp telah diserang oleh penyokong ketika aksi peringkat separuh akhir, play-off ke Premier League bertemu Nottingham Forest.

Bermula dengan peminat itu menganjing beliau di depan mukanya, maka berlaku lah pergaduhan antara kedua-dua belah pihak.

Pemain pertahanan Swindon Town, Mandela Egbo turut mengalami kecederaan dek kerana berdepan situasi yang hampir sama pada Khamis lalu ketika berdepan Port Vale.

Pengurus Crystal Palace, Patrick Vieira juga menjadi mangsa apabila beliau diserang oleh penyokong Everton yang memprovokasinya sebelum beliau memutuskan untuk menendang penceroboh padang itu.

Pemain penyerang Birmingham City menulis di column beliau di The Sun untuk memberikan pandangan peribadinya berkait hal tersebut.

Beliau memberi amaran kepada pihak berkepentingan yang keadaan sebenarnya boleh menjadi semakin kecoh dan teruk andai hal itu tidak dibendung.

“Kamu tentu tak mahu stewards diletakkan di kedudukan bahaya, tapi rasanya sekarang kalau ada penyokong yang rasa mereka mahu masuk ke padang, mereka akan terus masuk.”

“Apa tindakan yang perlu diambil untuk ubah itu? Pemain bertindak dan penyokong cedera parah?”

“Pemain itu sendiri akhirnya akan dihukum dan mungkin boleh dipenjarakan, dan orang-orang selepas itu akan terus berusaha untuk mencari pemain.”

“Dari sisi lain, ia boleh menjerumus kepada pemain kena bunuh, nampak mudah untuk berlaku.”

“Apa akan berlaku andai pemain di tikam? Lepas tu apa?”

“Adakah itu masih salah pemain? Dan ketika itu berlaku, tolong jangan beritahu mereka yang mereka patut lebih tahu.”

Hal itu ditulis selepas tamat aksi pada hujung minggu ini yang mana penjaga gol Aston Villa, Robin Olsen telah diserang oleh penyokong Manchester City.

Pengurus Aston Villa, Steven Gerrard telah ditanya tentang kecederaan Olsen ketika sesi sidang media beliau dan beliau nampak marah ketika menjawab soalan tersebut.

Ketika ditanya adakah pemainnya berjaya keluar dari padang dengan selamat, Gerrard menjawab:

“Tidak, tidak, itu lah jawapan untuk soalan itu.”

“Penjaga gol saya diserang jadi saya fikir soalan itu patut pergi ke Pep Guardiola dan Manchester City.”

Sumber: SPORTbible

BACA:  Pemain Nice Diselamatkan Selepas Ancam Terjun Jambatan Selepas Kecewa Putus Cinta