Kedahsyatan Penyudah Werner Yang Terus Ke Bulan Walaupun Untuk Sesi Latihan

Penyerang paling berbisa Chelsea, Timo Werner terus mempamerkan kedahsyatan penyudahnya yang terus ke bulan tanpa tanda akan turun dalam masa terdekat walaupun dalam sesi latihan.

Kedahsyatan penyudah Timo Werner tidak dapat disangkal dan dipertikaikan lagi sejak beliau menyertai Chelsea dari RB Leipzig dengan reputasi gah sebagai penyerang prolifik.

Dengan tanda harga yang sedap dan tinggi sudah pasti jangkaan ramai untuk Werner tinggi menggunung tapi Werner sering melepaskan peluang besar yang terhidang.

Ketika sesi latihan menjelang perlawanan Chelsea menentang Manchester City dalam perlawanan akhir Champions League, Werner terus memberi hiburan yang tidak mengecewakan.

Dalam latihan rembat merembat dalam situasi satu lawan satu dengan penjaga gol rembatan kaki kiri Werner dari luar kotak penalti jauh meliar ke langit.

Mungkin Werner sengaja menyimpan bisanya selepas menyedari aksinya itu dirakam ataupun ini terjadi kerana menggunakan kaki kiri yang merupakan kaki yang lemah.

Penyokong Chelsea yang mabuk di Porto telah menyanyikan lagu untuk Timo Werner walaupun mempamerkan penyudah kelaut dan tidak boleh bawa bincang.

Kemuncak kepada penyudah yang gagal daripada Timo Werner musim ini adalah pada aksi antrabangsa kelayakan Piala Dunia bersama Jerman hujung Mac lalu.

Selepas itu masih ada aksi Werner terlepas peluang namun ketika berada dalam kedudukan offside dan bola terkena tangan. Tiada ‘miss goal’ yang epik lagi.

Timo Werner telah terlepas satu peluang yang baik punya yang seakan menjadi rutin buat dan jika peluang ini disempurnakan maka kebarangkalian untuk Jerman tewas boleh berubah.

Kosnya ditanggung pasukan Jerman yang buat pertama kali tewas di saingan kelayakan Piala Dunia dalam tempoh 20 tahun apabila North Macedonia menjaringkan gol kemenangan selepas itu.

Mujur pusingan kelayakan ini baru memasuki perlawanan ketiga dan masih ada 7 lagi perlawanan berbaki. Jerman tidak pernah gagal untuk mara.

Ilkay Gundogan memulakan gerakan dengan menghantar bola dan bermain 1-2 dengan Serge Gnabry dan Ilkay Gundogan berjaya memecahkan benteng North Macedonia.

Gundogan dikejar dua pemain dan Timo Werner yang melihat ruang kosong terus membuat larian ditengah bagi membantu serangan.

Selepas berjaya menarik dua pemain Macedonia dan penjaga gol juga sudah menutup ruang disisi, Gundogan menghantar bola kepada Werner yang tidak dikawal. Tapi…

Werner terus mencangkung tidak percaya, Gundogan terus termanggu sendirian di luar padang, Serge Gnabry memegang kepala tidak percaya.

Kalau anda tak percaya bukan perkara pelik, malahan pemain North Macedonia juga terus menzahirkan apa yang dilihat ditengah padang sejurus Timo Werner terlepas peluang itu.

Pemain North Macedonia secara spontan terus memegang kepala sendiri tanda tidak percaya. Biasa tengok video kat Youtube je. Ni jadi depan amta.

Terlalu banyak kekecewaan dalam satu gambar.

Media di North Macedonia tidak melepaskan peluang untuk menjadikan Timo Werner sebagai bahan jenaka mereka dan berterima kasih kerena melepaskan peluang keemasan.

Timo Werner telah dihadiahkan kad pengenalan tanda penghargaan ke atas jasa beliau yang memberi kemenangan kepada North Macedonia.

Dokumen pengenalan diri North Macedonia itu lengkap dengan gambar, nama, tarikh lahir dan paling power ada tandangan Timo Werner.

Dalam musim terakhirnya bersama RB Leipzig yang beraksi di Bundesliga, Timo Werner telah menjaringkan 28 gol dalam 34 perlawanan.

Kerana itu Chelsea telah membayar nilai £53 juta yang ada dalam klausa pelepasan Timo Werner kepada RB Leipzig pada awal musim lalu.

Namun musim ini di Premier League dalam 35 perlawanan, Werner hanya menjaringkan 6 gol dan secara keseluruhan dalam 51 perlawanan hanya 12 gol dihasilkan.

BACA:  Timo Werner Mengaku Lebih Gembira Bersama Skuad Jerman Berbanding Chelsea