Kelayakan Piala Asia B-23: Mongolia 0-1 Malaysia

Pasukan Malaysia bawah 23 tahun turun untuk perlawanan kedua pusingan kelayakan Piala Asia B-23 2022 menentang pasukan tuan rumah, Mongolia di Stadium MFF, Ulaanbaatar, Mongolia.

Pada perlawanan pertama Malaysia berjaya mengutip tiga mata selepas menewaskan Laos hasil jaringan Muhammad Nur Azfar Fikri Azhar.

Brad Maloney telah melakukan tiga pertukaran di kesebelasan utama dengan memulakan Quentin Cheng, Muhammad Hairiey Hakim Mamat dan Mohamad Hakimi Abdullah.

Ternyata Mongolia merupakan lawan yang lebih bahaya dan baik berbanding Laos, kerja keras dan kecekapan penjaga gol Malaysia, Muhammad Azri Ab Ghani menafikan peluang Mongolia.

Pada minit ke-35, Mohamad Hakimi Abdullah melepaskan satu rembatan yang ketika itu depan gol Mongolia padat dengan pemain. Bola hanya meniti palang dan keluar.

Lima minit kemudian pada minit ke-40 berpunca dari sepakan penjuru Muhammad Nur Azfar Fikri Azhar melalui satu tandukan.

Dipenghujung babak pertama penjaga gol Harimau Muda, Muhammad Azri Ab Ghani telah melakukan kesilapan apabila menangkap bola diluar kotak.

Mujur tiada akibat yang ditangggung apabila sepakan percuma Mongolia berjaya ditumbuk keluar Muhammad Azri Ab Ghani.

Mongolia selaku tuan rumah beraksi di depan penyokong sendiri sudah pasti mempunyai semangat yang lebih untuk mencari gol penyamaan dan terus menekan.

Pada minit ke-57 Mukhairi berjaya lolos dan melepaskan rembatan kencang namun berjaya ditangkap kemas penjaga gol Mongolia.

Pada minit ke-75 Mukhairi Ajmal melakukan satu percubaan cantik dari luar kotak penalti dan telah menggegar palang selepas cubaan melakukan hantaran tersangkut.

Mohamad Hakimi Abdullah hampir menggandakan kedudukan pada hujung perlawanan tapi sayang percubaan cantik beliau telah sedikit tersasar.

Perlawanan tamat, kedudukan dengan Malaysia berjaya mengekalkan kelebihan satu gol dan berjaya mengutip tiga mata kedua untuk memimpin kumpulan dengan enam mata.

Malaysia akan menentang Thailand pada hari ahad ini jam 11 pagi dalam perlawanan terakhir.

Kesebelasan Utama Malaysia B-22

Penjaga Gol

1. Muhammad Azri Ab Ghani, 22 Tahun – Perak FC

Pertahanan

14. Ahmad Zikri Mohd Khalili, 19 Tahun – Selangor FC
5. Harith Haiqal Adam Afkar, 19 Tahun – Selangor FC II
4. Muhammad Azrin Afiq Rusmini, 19 Tahun – Selangor FC II

Tengah

2. Quentin Cheng Jiun-ho, 22 Tahun – Penang FC
8. Nik Akif Syahiran Nik Mat, 22 Tahun – Terengganu FC
7. Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi (Ketua Pasukan), 20 Tahun – Selangor FC
12. Muhammad Hairiey Hakim Mamat, 21 Tahun – Terengganu FC II

Penyerang

10. Luqman Hakim Shamsudin, 19 Tahun – Kv Kortrijk
13. Muhammad Nur Azfar Fikri Azhar, 21 Tahun – Terengganu FC II
17. Mohamad Hakimi Abdullah, 22 Tahun – Terengganu FC

Pemain Simpanan

22. Syed Muhammad Nasrulhaq Syed Bidin, 22 Tahun – Terengganu FC
23. Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman, 19 Tahun – Selangor FC
6. Muhammad Azam Azmi Murad, 20 Tahun – Terengganu FC
3. Muhammad Faiz Amer Runnizar, 18 Tahun – Selangor FC II
9. Azhad Harraz Arman, 18 Tahun – Skuad Projek Fam-msn
16. Muhamad Umar Hakeem Suhar Rezwan, 19 Tahun – Johor Darul Ta’zim II
15. Saravanan A/l Thirumurugan, 20 Tahun – Selangor FC II
11. Muhammad Syafik Ismail, 21 Tahun – Terengganu FC II
18. Annil R Vigneswaran, 18 Tahun – Sgv Freiberg
19. Muhammad Fahmi Daniel Mohd Zaaim, 19 Tahun – Selangor FC II
20. Mohd Aiman Afif Md Afizul, 19 Tahun – Kedah Darul Aman FC
21. Muhammad Shafi Azswad Sapari, 20 Tahun – Johor Darul Ta’zim II

Malaysia 1-0 Laos

Pasukan Malaysia bawah 23 tahun di bawah bimbingan jurulatih, Brad Maloney turun untuk aksi pertama kelayakan Piala Asia B-23 2022 menentang Laos di mana Mongolia menjadi tuan rumah.

Kesemua perlawanan pusingan kelayakan Piala Asia B-23 2022 ini berlangsung di Stadium MFF, Ulaanbaatar, Mongolia dan cabaran utama buat semua pasukan adalah padang rumput tiruan.

Brad Maloney telah membariskan empat pemain yang pernah beraksi bersama skuad senior kebangsaan Mukhairi Ajmal Mahadi (Selangor FC), Hakimi Abdullah (Terengganu FC), Quentin Cheng (Penang FC) dan Luqman Hakim Shamsudin (KV Kortrijk) yang pasti akan menjadi pemain tonggak.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mengumumkan Mukhairi Ajmal Mahadi sebagai ketua pasukan untuk membawa cabaran Malaysia di pusingan kelayakan Piala Asia B-23 2022.

Perlawanan berlangsung agak hambar sejak awal permainan di mana bola banyak berlegar-legar di kawasan tengah mungkin kedua-dua pasukan masih lagi mencari rentak.

Berlalu 20 minit permainan Malaysia mula mendapat rentak dengan agak perlahan namun semakin yakin untuk memegang dan menguasai perlawanan.

Selepas setengah jam perlawanan masih tiada percubaan yang mengancam berjaya dihadirkan oleh Harimau Muda dengan corak permainan bertahan secara kental dipamerkan Laos.

Sepakan percuma diluar kotak Laos telah disia-siakan oleh Mukhairi Ajmal Mahadi dengan satu percubaan liar yang langsung tidak mendekati gawang gol Laos.

Pada minit ke-36 Luqman Hakim Shamsudin telah melakukan satu gerakan cantik menggelecek pemain Laos dana melepaskan rembatan kencang yang berjaya ditampan oleh penjaga Laos dan tindakan susulan Muhammad Azam Azmi Murad pula agak kelaut.

Satu lagi sepakan percuma diberikan pengadil dan kali ini sepakan Nik Akif Syahiran Nik Mat terlalu rendah dan terkena benteng untuk sepakan penjuru yang juga tidak membuahkan hasil.

Harimau Muda jarang melakukan rembatan dari luar kotak penalti dan juga hantaran silang untuk memecahkan blok pertahanan Laos yang sangat padat itu walaupun jelas menguasai bahagian tengah namun kurang kreativiti.

Faktor padang tiruan juga mungkin menyebabkan hantaran-hantaran yang cuba dilakukan gagal menemui matlamat asal hantaran.

Pada awal babak kedua, Umar Hakim betul-betul dijatuhkan diluar kotak oleh pemain Laos dan kali ini cantik percubaan Nik Akif yang sedikit tinggi melepasi palang gol.

Laos merubah corak permainan dan kembali menyerang, Laos masuk ke kotak dan melakukan hantaran yang menyebabkan situasi kelam-kabut namun berjaya dikeluarkan.

Laos datang lagi dengan satu rembatan dari luar kotak namun berjaya dihadang dengan kepala oleh Harith Haiqal Adam Afkar sehingga mengalami kecederaan.

Walaupun jarang datang menyerang, setiap kali datang agak mengancam serangan yang dilakukan oleh Laos dan selepas 20 minit separuh masa kedua Laos lebih menyerlah.

Quentin Cheng tidak tidak perlu menunggu lama untuk menunjukkan impak apabila hantaran lintang aras rendah beliau terus berjaya disambar Muhammad Nur Azfar Fikri Azhar untuk gol pembukaan.

Dah macam gol Liverpool vs Manchester United semalam.

Minit ke-87 menyaksikan larian Luqman Hakim dicabar oleh penjaga Laos yang keluar dari kawasan beliau dan Luqman berjaya lepas dan terus membuat hantaran ke tengah kotak penalti.

Namun tiada siapa, Saravanan A/l Thirumurugan tiba walaupun sedikit lambat namun Sara tidak terus melepaskan rembatan dan cuba mengawal bola memberi masa kepada pemain Laos turun kembali.

Bola dihantar kepada Quentin Cheng yang terus melepaskan rembatan namun sedikit tinggi. Perlawanan ini tamat dengan kemenangan berpihak kepada Malaysia.

Dalam satu lagi perlawanan Mongolia dan Thailand seri 1-1 dan memberi kelebihan kepada Malaysia yang mengutip tiga mata pertama.

Kesebelasan Utama Malaysia B-22

Penjaga Gol

1. Muhammad Azri Ab Ghani, 22 Tahun – Perak FC

Pertahanan

14. Ahmad Zikri Mohd Khalili, 19 Tahun – Selangor FC
5. Harith Haiqal Adam Afkar, 19 Tahun – Selangor FC II
4. Muhammad Azrin Afiq Rusmini, 19 Tahun – Selangor FC II

Tengah

6. Muhammad Azam Azmi Murad, 20 Tahun – Terengganu FC
8. Nik Akif Syahiran Nik Mat, 22 Tahun – Terengganu FC
7. Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi (Ketua Pasukan), 20 Tahun – Selangor FC
16. Muhamad Umar Hakeem Suhar Rezwan, 19 Tahun – Johor Darul Ta’zim II

Penyerang

11. Muhammad Syafik Ismail, 21 Tahun – Terengganu FC II
10. Luqman Hakim Shamsudin, 19 Tahun – Kv Kortrijk
13. Muhammad Nur Azfar Fikri Azhar, 21 Tahun – Terengganu FC II

Pemain Simpanan

22. Syed Muhammad Nasrulhaq Syed Bidin, 22 Tahun – Terengganu FC
23. Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman, 19 Tahun – Selangor FC
2. Quentin Cheng Jiun-ho, 22 Tahun – Penang FC
3. Muhammad Faiz Amer Runnizar, 18 Tahun – Selangor FC II
9. Azhad Harraz Arman, 18 Tahun – Skuad Projek Fam-msn
12. Muhammad Hairiey Hakim Mamat, 21 Tahun – Terengganu FC II
15. Saravanan A/l Thirumurugan, 20 Tahun – Selangor FC II
17. Mohamad Hakimi Abdullah, 22 Tahun – Terengganu FC
18. Annil R Vigneswaran, 18 Tahun – Sgv Freiberg
19. Muhammad Fahmi Daniel Mohd Zaaim, 19 Tahun – Selangor FC II
20. Mohd Aiman Afif Md Afizul, 19 Tahun – Kedah Darul Aman FC
21. Muhammad Shafi Azswad Sapari, 20 Tahun – Johor Darul Ta’zim II

BACA:Β  Kesebelasan Utama Thailand vs Malaysia