Kelayakan Piala Dunia: Brazil 4-1 Uruguay

Brazil meneruskan rentak kemenangan dan mengutip tiga mata penuh ke atas Uruguay selepas seri tanpa jaringan menentang Colombia beberapa hari yang lalu.

Brazil selesa mendahului kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 Amerika Selatan dengan mengumpul 31 mata selepas 11 perlawanan meninggalkan Argentina ditempat kedua yang mengumpul 25 mata.

Neymar telah membuka tirai jaringan seawal minit ke-10, menyudahkan hantaran bola panjang Fred yang penuh bersenike dalam kotak penalti. Bantuan gol Fred ini nyata menjadi pemangkin kepada kemenangan Brazil.

Neymartelah mendada dan mengawal dengan baik hantaran Fred menggelecek mengelilingi penjaga gol Uruguay, Fernando Muslera dan dan membuat percubaan dari sudut sempit melewati Sebastian Coates di garisan gol.

Raphinha menggandakan kelebihan buat Brazil, melepaskan tembakan setelah rembatan Neymar dihadang Diego Godin dan Muslera sekali lagi tertewas dan Raphinha menjadi pemain Leeds United pertama yang menjaringkan gol untuk Brazil.

Brazil hampir mendapat gol ketiga pada minit ke-34 namun Neymar dan Raphinha terlalu banyak melakukan sentuhan dan tidak sempat untuk melepaskan percubaan.

Fernando Muslera mengekalkan perbezaan dua gol Uruguay kekal sehingga waktu rehat apabila melakukan penyelamatan dari dua percubaan berturut-turut Gabriel Jesus dan satu dari Rapinha.

Edinson Cavani telah merapatkan jurang gol pada minit ke-56 namun dibatalkan oleh pengadil perlawanan kerana offside.

Tiga minit selepas itu Brazil menambah gol ketiga juga melalui Rapinha satu serangan balas pantas.

Luis Suarez menjaringkan gol saguhati Uruguay pada minit ke-77 sekaligus menamatkan rekod 9 perlawanan tanpa bolos Brazil ditempat sendiri dalam pusingan kelayakan Piala Dunia.

Gabriel Barbosa melengkapkan kemenangan 4-1 Brazil pada minit ke-83 selepas penelitian Video Assistan Referee (VAR) mengesahkan jaringan beliau.

Kesebelasan Utama Brazil : Ederson; Emerson Royal, Lucas Veríssimo, Thiago Silva, Alex Sandro; Fabinho, Fred, Lucas Paquetá; Raphinha, Gabriel Jesus, Neymar

Pemain Simpanan : Alisson Becker, Weverton, Danilo, Guilherme Arana, Marquinhos, Gérson, Everton Ribeiro, Edenílson, Douglas Luiz, Vinícius Júnior, Antony, Gabigol

Kesebelasan Utama Uruguay : Muslera; Nahitán Nández, Coates, Godín, Matías Viña; Bentancur, Fede Valverde, Matías Vecino, Nicolás de la Cruz; Luis Suárez, Edinson Cavani

Pemain Simpanan : Martín Campaña, Sergio Rochet, Piquerez, Giovanni González, Martín Cáceres, Gorriarán, Lucas Torreira, Agustín Álvarez Martínez, Gastón Pereiro, Brian Rodríguez, Darwin Núñez, Facundo Torres

Pengadil : Fernando Rapallini (Argentina)

Pembantu Pengadil 1 : Juan P. Bellati (Argentina)

Pembantu Pengadil 2: Diego Bonfá (Argentina)

PegawaI Keempat : Facundo Tello (Argentina)

Video Assistant Referee (VAR): Mauro Vigliano (Argentina)

Video Assistant Referee (AVAR): Fernando Espinoza (Argentina)

BACA:  Neymar Menganjing Cara Argentina Meraikan Kejayaan Menewaskan Itali