Kelayakan Piala Dunia CONMEBOL: Uruguay 0-2 Brazil

brazil meneruskan kempen kelayakan Piala Dunia Amerika Selatan(CONMEBOL) dengan penuh bergaya dengan rekod kemenangan 100 peratus selepas empat perlawanan dan Uruguay makanan terbaru mereka.

Tanpa Neymar yang mengalami kecederaan jelas memberi sedikit impak kepada Brazil namun tidak menjadi penghalang untuk mencatatkan kemenangan dan membawa 3 mata.

Montevideo menjadi saksi kepada satu perlawanan menarik dan tertarik dengan aksi menyerang yang dipamerkan oleh Uruguay dan juga Brazil.

Arthur dan Richarlison memastikan Brazil berada dihadapan dengan kelebihan dua jaringan pada separuh masa pertama dan jaringan itu kekal hingga tamat.

Uruguay nyata tidak bernasib baik apabila dua percubaan menarik dan padu dari Darwin Nunez dan Diego Godin telah dinafikan oleh palang bagi kedua-dua peluang itu.

Lebih malang apabila bermain 10 pemain selepas Edison Cavani dilayangkan kad merah selepas memijak kaki Richarlison.

Pada mulanya hanya kad kuning, namun Video Assistant Referee(VAR) lebih adil dan pengadil menarik balik kad kuning dan memberi kad merah.

Martin Caceres akhirnya berjaya mengurangkan defisit dan memberi harapan untuk Uruguay sekurang-kurangnya mencuri satu mata.

Namun Video Assistant Referee(VAR) sekali lagi berlaku adil dan rujukan dibuat menyaksikan gol Caceres dibatalkan kerana offside.

Kekalahan ini telah melebarkan rekod tanpa kemenangan Uruguay ke atas Brazil kepada 11 perlawanan dan kemenangan terakhir dikecap pada 2001.

Uruguay: Campana, Gimenez, Godin, Oliveros, Caceres, Bentancur, De La Cruz, Nandez, Torreira, Nunez, Cavani.

Subs: Oliveira, Irrazabal, D. Suarez, Rolin, Arambarri, Neves, Rossi, B. Rodriguez, J. Rodriguez

Brazil: Ederson, Danilo, Marquinhos, Thiago Silva, Lodi, Ribeiro, Douglas Luiz, Arthur, Richarlison, Gabriel Jesus, Firmino.

Subs: Alisson, Weverton, Felipe, Diego Carlos, Arana, Alex Telles, Guimarães, Paqueta, Vinicius Jr, Everton

BACA:  Kemenangan 4-1 Brazil vs Korea Selatan Satu Tribute Indah Kepada Pele