Australia sebelum ini telah dilaporkan sedang mencari jalan untuk mengambil bahagian dalam kejohanan bola sepak paling agung di Asia Tenggara Piala AFF bagi edisi 2020.
Pada tahun 2006 Australia telah meninggalkan Oceania Federation yang langsung tidak kompetitif dan telah menyertai Asian Football Confederation (AFC) untuk memudahkan laluan mereka ke Piala Dunia.
Ketika berada di bawah Oceania Federation yang hanya diberikan 0.5 slot ke Piala Dunia, Australia yang sentiasa menjadi pemenang tunggal terpaksa bermain di play-off untuk mendapatkan baki 0.5 lagi slot.
11 Nations will compete in the Oceania (OFC) Qualification Competition for the 2022 FIFA World Cup in Qatar
The Winning Nation will go forward to an Inter-Continental Play-Off for a slot in the 2022 Finals#FIFAWorldCup #Qatar2022 #Oceania #OFC https://t.co/8rX1joUvmE pic.twitter.com/gjEL1ElVt5
β Soccer Facts (@Soccer_Stats) October 10, 2021
Lawan wajib menanti di perlawanan play-off adalah pasukan dari Confederation of North, Central America and Caribbean Association Football (CONCACAF).
Amerika Syarikat, Costa Rica, Honduras, Jamaica, Mexico, Kanada dan Panama antara negara yang berada dibawah naungan Confederation of North, Central America and Caribbean Association Football (CONCACAF).
Lantaran kekuatan pasukan dari CONCACAF sukar untuk Australi mendapat tempat ke Piala Dunia lalu memutuskan untuk menyertai Asian Football Confederation (AFC).
I put the #USMNT in all 6 #WorldCup qualifying zones to see how they would do and which one is the toughest. After 5,000 simulations, it's crystal clear that South America is the toughest, followed by Europe, then Oceania with the Β½ available slot. pic.twitter.com/5L0xm1P8Og
β Huscoon (@Huscoon) February 14, 2018
Selain mendapat laluan serta peluang agak besar untuk mara ke Piala Dunia yang memilik 4.5 slot, Australia juga dapat meraih perlawanan yang lebih kompetitif yang jauh lebih berkualiti seperti kejohanan Piala Asia.
Perlawanan kompetitif peringkat tertinggi sangat penting untuk sesebuah pasukan bola sepak bagi meningkat mutu bola sepak dari pelbagai aspek.
Untuk rekod Australia telah menyertai The Association of Southeast Asian Nation (ASEAN) Football Federation (AFF) pada tahun 2013 yang menjadikan laluan mereka ke Piala Dunia semakin mudah.
24 Hari menuju Piala AFF π
Bagaimana jadinya kekuatan dan keseruan Piala AFF jika Australia π¦πΊ berpartisipsi di turnamen tersebut? π³#AFFSuzukiCup pic.twitter.com/dFI3Cl8XUZ
β GOAL Indonesia (@GOAL_ID) November 11, 2021
Pada awal penyertaan mereka bersama Association of Southeast Asian Nation Football Federation (AFF) Australia menyatakan mereka tidak berminat untuk menyertai Piala AFF dan berkemungkinan menyertainya di masa hadapan.
Demi kelansungan masa depan bola sepak Australia masih menyertai kejohanan AFF Under-16 championships di Myanmar, AFF Womenβs Championship dan AFF Futsal Championship.
Namun kenapa Australi tidak bermain di Piala AFF?
Boleh dikatakan Australia sangat angkuh untuk menyertai bertaraf rendah seperti ini jika dibandingkan dengan ranking FIFA mereka miliki dan jadual kejohanan juga bertembung dengan jadual A-League.
Association of Southeast Asian Nation Football Federation (AFF) juga tidak membenarkan Australia menyertai kerana ada jurang besar antara Australi dan pasukan di Asia Tenggara.
Pasukan Asia Tenggara, Vietnam merupakan pasukan paling kembang subur apabila berjaya mara ke suku akhir Piala Asia 2019 menyamai pencapaian Australia.
Australia π¦πΊ mencari kemungkinan untuk tampil di Piala AFF 2020. Apakah bakal membuat kans Indonesia meraih trofi pertama semakin sulit? π€#timnas#pialaaff#affcup#affsuzukicup#JubirFitnahUmat#ASNharusNetral#DaruratDHA#GakAdaLuGakSeru#jumatpuisi pic.twitter.com/obJJkXABcZ
β Official Ayogoal (@ayogoal_id) February 1, 2019
Ini bermakna kualiti pasukan Asia Tenggara semakin meningkat. Pasukan seperti Laos, Timor Leste, Brunei dan Kemboja kini bukan lagi menjadi pasukan belasahan walaupun kerap tewas namun mampu mencipta kejutan.
Dari segi perdagangan, diplomasi, perniagaan dan apa sahaja bidang yang berkaitan, semuanya masuk akal untuk Australia dan terutamanya dari segi bola sepak untuk menyertai Piala AFF kini.
Asia tenggara sahaja mempunyai populasi manusia seramai 650 juta dan bola sepak merupakan sukan nombor satu dihampir semua negara Asia Tenggara. Satu pasaran yang besar untuk Australia menjadi peneraju.
Will this be the match to witness the highest attendance in #AFFSuzukiCup 2014? #MASvVIE pic.twitter.com/HMBXju72WH
β AFF Suzuki Cup (@affsuzukicup) December 7, 2014
Kejohanan Piala AFF merupakan kejohanan yang dinanti dengan purata kehadiran 29,000 penonton untuk edisi tahun 2018. Pada 2016, lebih 34 juta rakyat Indonesia menyaksikan kejohanan itu bersama 11 juta peminat di Vietnam sahaja.
Kehadiran Australia juga akan menambah cabaran berbeza untuk pasukan dari Asia Tenggara dan dapat menambah kualiti. Hubungan bola sepak yang lebih erat boleh membawa kepada lebih ramai pemain ASEAN menuju ke Liga-A dan sebaliknya.
Apa yang menjadi persoalan adalah, jika Australia menyertai Piala AFF, sudah pasti Socceroos akan mendominasi kejohanan ini dengan mudah.
Tapi ini adalah bola sepak sudah pasti akan muncul pasukan pencabar, mungkin Australia akan mendominasi untuk satu tempoh namun tidak untuk selamanya.
Piala AFF merupakan piala yang menjadi rebutan negara Asia Tenggara kerana inilah trofi paling logik dan masuk akal untuk mereka julang kerana jurang perbezaan yang besar dengan negara Asia yang lain.
Untuk layak ke Piala Asia saja agak perit apatah lagi ke Piala Dunia. Maka hanya Piala AFF menjadi sandaran untuk kejuaraan antarabangsa dan kerana itulah Piala AFF mendapat sambutan hangat.
Thailand merupakan Juara lima kali Piala AFF, diikuti Singapura empat kali, Vietnam dua kali dan Malaysia turut pernah sekali memenangi kejohanan tersebut.
Pertandingan ini pertama kali dilangsungkan di Singapura pada tahun 1996 dengan Thailand pada ketika itu muncul sebagai Juara selepas menewaskan Malaysia dalam aksi perlawanan akhir.