Mampukah Indonesia Menghapuskan Sumpahan Final Piala AFF?

Indonesia telah mara ke perlawanan akhir Piala AFF Suzuki buat kali ke-6 dan dalam 5 perlawanan akhir sebelum ini, tidak pernah sekalipun Indonesia berjaya bergelar juara.

Mampukah Indonesia menghapuskan sumpahan final Piala AFF edisi 2020 ini?

Thailand pasukan paling banyak mengecewakan Indonesia merupakan lawan pasukan Garuda di perlawanan akhir yang dilangsungkan secara timbal balik.

Indonesia melutut di kaki Thailand sebanyak tiga kali pada perlawanan akhir edisi 2000, 2002 dan kali terakhir pada 2016.

Sumber: iNews.id

Pada perlawanan akhir Piala AFF 2004, Indonesia tewas kepada Singapura dan kekalahan paling pedih sudah pasti di kaki Malaysia pada 2010.

Indonesia sangat cemerlang pada awal millenium apabila mara tiga kali secara berturut-turut ke final pada 2000, 2002 dan 2004 dan tewas semua perlawanan.

Lantaran itu Indonesia merupakan antara pasukan paling kerap layak ke perlawanan akhir, namun mereka tidak pernah sekalipun muncul sebagai Juara saingan Piala AFF.

Gambar: Sindonews

Bertemu Thailand bukan yang seperti sudah kembali pada prestasi terbaik mereka merupakan satu tugas berat buat Indonesia yang dalam proses membina pasukan.

Dengan barisan pemain muda yang kurang pengalaman kekuatan Indonesia tidak boleh dijangka mungkin menjadi hebat atau mungkin juga tidak konsisten namun semangat yang dipamerkan mereka tidak boleh dipertikaikan lagi.

Rekod pertemuan Thailand vs Indonesia:

1. Final Piala AFF 2000: Thailand vs Indonesia: 4-1

2. Final Piala AFF 2002: Thailand vs Indonesia (2-2) kalah dalam sepakan penalti (4-2)

3. Pestabola Merdeka 2006: Indonesia vs Thailand: 1-0

4. Semifinal Piala AFF 2008: Indonesia vs Thailand: 0-1

5. Semifinal Piala AFF 2008: Thailand vs Indonesia: 2-1

6. Piala AFF 2010: Indonesia vs Thailand 1-2 (Peringkat kumpulan A)

7. Piala AFF 2016: Thailand vs Indonesia: 4-2 (Peringkat kumpulan A)

8. Piala AFF 2016: Indonesia vs Thailand: 2-1 (leg 1 Final)

9. Piala AFF 2016: Indonesia vs Thailand: 2-0 (leg 2 Final)

10. Piala AFF 2018: Thailand vs Indonesia: 4-2 (Peringkat kumpulan B)

11. Kelayakan Piala Dunia 2022: Indonesia vs Thailand: 0-3

12. Kelayakan Piala Dunia 2022: Indonesia vs Thailand: 2-2

Negara jiran kita hanya mampu muncul sebagai naib juara sahaja sebanyak lima kali, namun berita gembira untuk mereka, rekod lima kali itu merupakan yang tertinggi berbanding mana-mana pasukan.

Tidak ada pasukan lain yang paling kerap muncul sebagai naib juara dalam pertandingan ini melainkan Indonesia. Lantaran itulah Indonesia dilabel sebagai pasukan paling malang dan telah disumpah.

Bermula pada tahun 2000 dan 2002 ketika tewas di tangan lawan yang sama iaitu Thailand, Indonesia kemudiannya tewas kepada Singapura pada tahun 2004.

Mereka kemudiannya menjadi mangsa kepada skuad Harimau Malaya pada tahun 2010, sebelum sekali lagi dikecewakan oleh Thailand pada tahun 2016.

Dari kesemua lima aksi perlawanan akhir, Indonesia tidak pernah muncul sebagai Juara walaupun mereka sering menjadi calon kegemaran untuk muncul sebagai Juara.

Prestasi Indonesia di Piala AFF

Indonesia tidak pernah terlepas untuk beraksi di Piala AFF apabila telah beraksi sebanyak 13 kali bermula edisi pertama 1996 sehinggalah edisi terkini untuk tahun 2020.

Selain lima kali muncul naib juara, Indonesia meraih tempat ketiga sebanyak 2 kali dan sekali di tempat keempat serta empat kali terkandas di peringkat kumpulan sahaja.

Indonesia telah beraksi sebanyak 65 perlawanan di Piala AFF setakat ini dengan mencatatkan 32 kemenangan 14 seri dan 19 kekalahan dengan 159 gol dijaringkan serta 93 kali dibolosi.

Prestasi Indonesia di Piala AFF:

1996: Tempat ke-4

1998: Tempat ke-3

2000: Naib Juara

2002: Naib Juara

2004: Naib Juara

2007: Peringkat Kumpulan

2008: Tempat ke-3

2010: Naib Juara

2012: Peringkat Kumpulan

2014: Peringkat Kumpulan

2016: Naib Juara

2018: Peringkat Kumpulan

2020: Juara?

Kurniawan Dwi Yulianto merupakan penjaring terbanyak Indonesia di Piala AFF dengan 13 gol diikuti Bambang Pamungkas yang telah mencetak 12 gol di mana 8 gol telah dijaringkan satu edisi sahaja iaitu pada tahun 2002.

Setakat ini hanya Firman Utina sahaja pemain Indonesia yang telah berjaya menjadi pemain paling bernilai (MVP) di Piala AFF iaitu pada tahun 2010 ketika Indonesia menjadi tuan rumah dan tewas kepada Malaysia di perlawanan akhir.

Thailand Raja Piala AFF

Thailand merupakan gergasi besar dalam saingan Piala AFF dengan mereka pernah muncul Juara sebanyak lima kali sejak dari tahun 1996.

Mereka muncul Juara buat pertama kali ketika edisi pertama kejohanan pada tahun 1996 dengan menewaskan Malaysia 1-0 dalam aksi perlawanan akhir di Singapura.

Pada tahun 1998, Piala AFF menjadi milik Singapura yang berjaya menewaskan Vietnam dengan keputusan 1-0 dalam aksi perlawanan akhir.

Thailand kemudiannya muncul Juara sebanyak dua kali berturut-turut dengan mereka menewaskan lawan yang sama, Indonesia di aksi perlawanan akhir pada tahun 2000 dan 2002.

Singapura kemudiannya melakukan hal yang sama dengan memenangi dua kejohanan tersebut secara berturut-turut pada tahun 2004 dan 2007 dengan menewaskan Indonesia dan Thailand dalam aksi perlawanan akhir.

Vietnam pada tahun 2008 berjaya menjadi Juara dalam saingan AFF buat pertama kali dalam sejarah mereka, selepas menewaskan Thailand 3-2 secara aggregate.

Skuad kebangsaan Malaysia berjaya mencipta sejarah muncul Juara saingan Piala AFF buat pertama kalinya pada tahun 2010, selepas cemerlang menundukkan Indonesia 4-2 secara aggregate.

Singapura memenangi gelaran AFF keempat dalam sejarah mereka pada tahun 2012, selepas menewaskan Thailand dalam aksi perlawanan akhir.

Thailand kemudiannya menunjukkan yang mereka masih kuasa besar di benua Asia Tenggara selepas menjuarai dua edisi Piala AFF pada tahun 2014 dan 2016 selepas menewaskan Malaysia dan Indonesia.

Pada edisi terakhir kejohanan ini dilangsungkan pada 2018, Vietnam berjaya muncul sebagai Juara, selepas kejayaan mereka menewaskan Harimau Malaya dalam aksi perlawanan akhir.

Siapakah yang akan menjadi juara edisi 2020?

BACA:Β  Piala AFF Suzuki 2021 : 11 Pemain Yang Bertapak di Eropah Bakal Turun Beraksi