Kenapa Hojlund Disamakan Dengan Haaland, Siapa yang Memulakannya?

Bila dan kenapa Rasmus Hojlund disamakan dengan Erling Haaland, siapa yang memulakannya?

Sebenarnya susah untuk korang faham dengan Rasmus Hojlund kerana first impression korang tentang penyerang ialah jumlah jaringan.

Hojlund langsung tidak mempunyai satu angka jaringan yang impresif seperti Erling Haaland. Jadi bila dan kenapa Hojlund dipanggil Haaland 2.0

Hojlund salah satu pemain muda di Eropah yang sedang meningkat, dia baharu berusia 20 tahun.

Pada peringkat ini, pengurusnya akan sedikit berhati-hati memuji pemain dalam kategori ini.

Mereka perlu diberi masa untuk meningkat dan mereka perlu diberi peluang untuk belajar dari kesilapan.

Mereka perlu berhati-hati to overstate bakat pemain muda sebegini.

Pendakian Hojlund ke Serie A dari Superlig Denmark melalui Bundesliga Austria cukup pantas, kini dia bakal ke Liga Perdana Inggeris.

Dalam pendakian pantas itu, Hojlund menjaringkan 5 gol dalam 2 perlawanan antarabangsanya. Dia mencatat hatrik ketika bertemu Finland.

Di Atalanta, Duvan Zapata sudah berusia 32 tahun dan Luis Muriel pula berusia 31 tahun.

Atalanta mempunyai unit serangan baharu melalui Hojlund dan Ademola Lokman.

Lokman mempunyai musim terbaik dalam kariernya apabila menyumbang 13 gol dan 5 bantuan untuk kelab itu.

Dari mana dan bila Hojlund disamakan dengan Haaland?

Dalam kes ini, Gian Piero Gasperini tidak membantu Hojlund apabila kenyataannya menyamakan pemain itu dengan Haaland.

“Tidak hanya mukanya, dia mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dengan Haaland. Dia cukup laju, tanpa usaha yang kuat dia boleh memecut 100 meter dalam masa sekitar 11 saat.”

Gasperini menggambarkan Hojlund mempunyai kepantasan sehandal Haaland.

“Disebabkan fizikalnya yang besar dia memiliki tekanan graviti kuat dan membolehkannya menggerakkan kakinya dengan cepat.”

Gasperini menggambarkan Hojlund mempunyai fizikal sekuat Haaland.

Pujian tersebut terlalu tinggi namun Hojlund cukup berhati-hati dan mengelak dirinya dibandingkan dengan Haaland.

“Seperti yang saya katakan berkali-kali, saya tidak mahu membandingkan diri saya dengan Haaland. Dia seekor raksasa, dia seorang yang gila.”

“Saya dapat melihat persamaan itu. Dia pantas, saya juga pantas. Dia berkaki kiri, saya juga berkaki kiri. Dia kuat, saya juga kuat.”

“Saya harap saya boleh mencapai tahap sepertinya.”

Jumlah jaringan Hojlund tidak sehebat Haaland tetapi dia menunjukkan potensi besar untuk berada di tahap tersebut.

Bayangan yang kuat diberikan dalam perlawanan lepasnya, sebagai contoh Hojlund akan menjaringkan 5 gol jika dia mempunyai 5 peluang yang sepatutnya menghasilkan gol.

Style of play Hojlund adalah, dia kerap masuk ke dalam kotak penalti untuk melakukan first time finish atau drift ke left half space area untuk melakukan percubaan dari kaki kuatnya – kiri.

Kelemahan ketara yang ada pada Hojlund adalah lompatan-tandukkan, ianya juga sama seperti Haaland yang lemah menanduk.

Ia kerana fizikalnya terlalu besar (1.92 sentimeter) untuk melompat. Kadar kejayaan tandukan hanya 37% meletakkan antara penyerang paling lemah di Seria A dalam kerja menanduk.

Kekuatan utamanya adalah menahan pertahanan lawan ketika menerima bola – sekali lagi ini juga sama dengan Haaland.

Walaupun Hojlund tidak mempunyai jumlah jaringan yang banyak tetapi kadar expected goals (0.46) meletakkan dia antara 6 penyerang terbaik dengan peluang di Serie A.

Dalam senarai 6 penyerang terbaik itu, Hojlund adalah yang paling muda. Dengan penilaian sama, Hojlund antara 8 penyerang B23 terbaik dari kalangan lima liga besar Eropah.

Hojlund disamakan dengan Haaland bukan kerana pencapaian jaringan tetapi kerana ciri-cirinya. Cuma Hojlund belum sampai ke tahap Haaland.

Boleh sampai atau tidak… Hojlund baru berusia 20 tahun.

BACA:  Hojlund Adalah Haaland 'In The Making' - Neville