Kenapakah Timnas Indonesia dilarang menggunakan bendera rasmi, Sang Saka Merah Putih di Piala AFF Suzuki? Dan digantikan dengan bendera yang tertera logo Garuda yang menjadi lambang pasukan Indonesia.
Bendera Indonesia atau nama rasminya Sang Saka Merah Putih berbentuk segi empat sama dengan saiz lebar 2 / 3 (dua-pertiga) daripada panjang serta bahagian atas berwarna merah dan bahagian bawah berwarna putih yang bersaiz sama.
Larangan untuk mengibar bendera Indonesia di atas podium atau di arena sukan adalah kerana hukuman yang dijatuhkan oleh World Anti-Doping Agency (WADA).
WADA merupakan badan Anti doping dunia dan merekalah telah menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Indonesia kerana kecurangan yang telah terjadi.
#News | ๐น๐ญ THAILAND & ๐ฎ๐ฉ INDONESIA FLAGS TO NOT APPEAR IN 2020 AFF CUP
Because of The World Anti-Doping Agency (WADA) 's ban, Thailand and Indonesia has been denied the right to display its national flag at any such events, including the AFF Cup 2020. pic.twitter.com/ICElYcIlEu
โ ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) November 20, 2021
Perkara ini telah diakui oleh pemangku (Plt) Setiausaha Menteri Pemuda dan Olahraga (Sesmenpora), Jonni Madrizal bahawa larangan menaikkan bendera Merah Putih pada Piala AFF 2020 adalah susulan sekatan yang dikenakan Agensi Anti Doping Dunia (WADA).
Menteri Pemuda dan Olahraga (Sesmenpora) = Menteri Belia dan Sukan (KBS).
Jonni Madrizal berkata, Kerajaan telah dan terus berusaha untuk menyelesaikan sekatan tersebut:
โYa, kalau PSSI kata begitu, jadilah. Cuma dari perspektif kerajaan, kita teruskan usaha,โ kata Jonni.
โIni adalah hasil sekatan WADA terhadap LADI, kerana LADI adalah Agensi Anti Doping Indonesia, sudah tentu kesannya juga kepada negara ini,โ tambahnya.
Timnas Indonesia akan memulai perjuangannya di Piala AFF 2020 melawan Kamboja di Bishan Stadium, Kamis (9/12) pukul 19.30 WIB.
Tetapi, menjelang laga tersebut, skuat Garuda mendapatkan kabar buruk. Sebab, bendera Merah Putih tidak bisa dikibarkan di arena Piala AFF 2020. pic.twitter.com/es7hqbJ1Zh
โ newsmerahputih (@newsmerahputih) December 9, 2021
Larangan yang diberikan oleh WADA adalah disebabkan oleh tindakan Indonesia yang dianggap tidak mengikuti standard yang ditetapkan dalam mendapat hasil ujian yang lebih berkesan.
Antara kesan buruk dari larangan itu adalah Indonesia di larang sama sekali untuk mengibar bendera mereka di dalam stadium, tidak kira mereka menang atau kalah.
Atas permasalahan itu jugalah Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) memutuskan untuk mengibar bendera mereka dalam setiap aksi yang melibatkan pasukan Indonesia di Piala AFF Suzuki.
Jonni juga memastikan bahawa kerajaan akan bertanggungjawab untuk menyelesaikan dan memproses masalah ini. LADI juga telah melakukan pelbagai usaha untuk memenuhi syarat yang diberikan oleh WADA supaya hukuman itu dibatalkan.
Bendera merah putih tak bisa dikibarkan di ajang Piala AFF 2020 di mana Indonesia malam ini akan berlaga menghadapi tim Kamboja. pic.twitter.com/SrY8U3sYoG
โ INFO PALANGKA RAYA ๐ฎ๐ฉ (@infoPLK) December 9, 2021
Jonni mendedahkan bahawa kerajaan juga telah membentuk Satgas Tim Percepatan Penyelesaian (Pasukan Petugas Penyelesaian Pantas) Sekatan WADA untuk segera menyelesaikan sekatan yang dikenakan oleh agensi anti-doping dunia itu.
Pengerusi Jawatankuasa Olimpik Indonesia (NOC Indonesia), Raja Sapta Oktohari berkhidmat sebagai ketua pasukan petugas. Beliau juga ditugaskan untuk mempercepat dan menyiasat sekatan yang dikenakan oleh WADA ke atas LADI.
Hukuman tersebut akan kekal bermula dari 8 Oktober 2021 sehingga 8 Oktober 2022. Kecuali WADA menarik atau mencabut semula hukuman tersebut. Menurut Agung, sekatan tersebut juga berlaku untuk semua sukan lain di Indonesia.
Dis! Indonesia berhasil bawa pulang Piala Thomas lagi setelah 19 tahun. Tapi sedih bgt ini yg berkibar bukan merah putih melainkan bendera PBSI.
PBSI itu negara? ๐ค pic.twitter.com/W7iLiVdVoy
โ AREA JULID (@AREAJULID) October 17, 2021
Badan Anti-Doping Indonesia (LADI) mengatakan telah menerima notis hukuman dari Badan Anti-Doping Dunia (WADA) dan meminta surat penjelasan mengenai status ketidakpatuhan yang diberikan kepada Indonesia, bersama dengan Thailand dan Korea Utara.
Menurut Wakil Ketua LADI, Rheza Maulana, mengatakan WADA telah mengirim surat ke Indonesia pada 15 September 2021 dan 7 Oktober. Surat itu menyatakan perbezaan rancangan ujian doping Indonesia pada tahun 2020 dan 2021.
Ujian yang dimaksudkan merangkumi tiga perkara, iaitu ujian biasa atau Out of Competition Testing (OCT), ujian PON, dan program 2022.
Rheza Maulana mengatakan bahawa Indonesia telah mengirim surat kepada WADA pada 8 Oktober:
โKami juga telah menerima surat WADA terbaru yang kami terima pada 9 Oktober 2021 sebagai notis rasmi,โ kata Rheza.
Rheza mengatakan bahawa ada beberapa perkara penting yang dapat disampaikan dalam surat balasan dari WADA.
โPertama, Indonesia masih dapat melakukan PON dan ujian seperti biasa, dan ujian lebih lanjut dan kegiatan lain dapat dilakukan di bawah pengawasan Organisasi Anti-Doping Jepun.โ katanya.
Dis! Indonesia berhasil bawa pulang Piala Thomas lagi setelah 19 tahun. Tapi sedih bgt ini yg berkibar bukan merah putih melainkan bendera PBSI.
PBSI itu negara? ๐ค pic.twitter.com/W7iLiVdVoy
โ AREA JULID (@AREAJULID) October 17, 2021
Dalam kejohanan Piala Thomas yang lalu, kemenangan yang berjaya diraih oleh Jonatan Christie pada perlawanan ketiga berjaya membantu Indonesia untuk menamatkan kemarau 19 tahun mereka untuk menjulang Piala keramat dalam dunia sukan badminton itu.
Walau bagaimanapun, kegembiraan penyokong Indonesia untuk meraikan kejayaan mereka itu, sedikit terganggu dek kerana ketiadaan bendera Sang Saka Merah Putih untuk dikibarkan.
Lebih membingungkan apabila bendera digantikan dengan bendera Persatuan Bulu Tangkis Seluruh Indonesia (PBSI) dan legenda badminton Indonesia, Taufik Hidayat naik hantu dengan insiden itu.
Taufik Hidayat kritik dan sindir sejumlah pihak lantaran tak adanya pengibaran bendera Merah Putih di podium Thomas Cup 2020. https://t.co/vQ2W05uDzD
โ detikcom (@detikcom) October 18, 2021
Ekoran sekatan yang dikenakan oleh WADA Indonesia tidak boleh mengambil bahagian dalam tender untuk menjadi tuan rumah kejohanan Super Series atau mengambil bahagian dalam acara dari BWF selagi mana penggantungan itu aktif.
Seterusnya, Indonesia tidak boleh mengibarkan bendera Sang Saka merah putih ketika menang dalam kejuaraan mewakili negara (Piala Thomas / Uber, Olimpik, Piala Sudirman, Kejuaraan Dunia, Kejuaraan Junior Dunia, Sukan Asia, dan Sukan SEA) dan juga tidak dapat memainkan lagu Indonesia Raya.
Selain Indonesia, Thailand juga menerima sekatan yang sama atas kesalahan yang sama maka kerana itulah tiada bendera Thailand digunakan di Piala AFF Suzuki 2020.
Hukuman ke atas Indonesia dan Thailand ini mirip dengan Rusia yang dilarang untuk bertanding dengan panji Rusia ketika di sukan Olimpik Jepun 2020.