Kenapa Majoriti Nama Orang Croatia Berakhir Dengan -ic?

Dalam dunia bola sepak, pasukan kebangsaan Croatia lebih dikenali sebagai pasukan underdog berbanding negara-negara besar yang lain seperti Perancis, Jerman dan Itali. Namun dalam kejohanan-kejohanan besar, Croatia lebih ditakuti berbanding pasukan lain kerana keupayaan mereka untuk menjadi pasukan giant killer, atau pembunuh gergasi.

Contohnya dalam edisi Piala Dunia 1998 di mana mereka mara sehingga ke perlawanan separuh akhir sebelum dikecewakan tuan rumah, Perancis.

Dalam kempen pada tahun 2018, mereka mencipta sejarah negara kecil di rantau Balkan tersebut dengan mara ke perlawanan akhir sebelum sekali lagi ditewaskan Perancis.

Pada tahun ini, dalam perlawanan pembukaan Euro 2020, mereka membuka kejohanan dengan langkah kiri selepas tewas tipis 1-0 kepada tuan rumah, England di Stadium Wembley. Ada yang mengatakan peluang mereka di Euro ini amat tipis kerana pemain yang membawa cabaran Croatia kali ini sudah berusia.

Menariknya, dalam perlawanan tersebut, sebahagian besar daripada senarai pemain Croatia mempunyai nama yang berakhir dengan -ic.

Luca Modric, Ivan Perisic, Ivan Rakitic, Ante Rebic, Mateo Kovacic dan ramai lagi pemain mereka mempunyai nama yang berakhir dengan -ic.

Pernah terfikir tak kenapa?

Selepas kajian dibuat, sebenarnya -ic tersebut mempunyai makna yang tersendiri – kecil(little) atau pengganti kepada(successor).

Selain sambungan -ic, ada juga sebilangan orang Croatia yang mempunyai nama berakhir dengan -nov. Ini bermaksud baru, dan fungsinya adalah sama dengan -ic, memandangkan anak yang yang lahir adalah tambahan yang baru kepada keluarga.

Nama keluarga Croatia sebenarnya sama tradisi yang diamalkan di Great Britain di  mana nama-nama tersebut telah diiinspirasikan oleh banyak perkara.

Luca Modric – kapten Croatia di Euro 2020

Ada nama yang diambil kerana personaliti nenek moyang mereka, seperti Debeljak (orang gemuk atau Obad (pembuli).

Jadi, anak kepada sang pembuli biasanya akan dipanggil Obadic.

Malah ada juga nama keluarga yang diberikan mengikut tempat asal mereka seperti Horvat yang bermaksud berasal dari Croatia, Ceh (Czech) dan Madar(Hungary).

Selain itu, ada juga juga nama diberikan berdasarkan kepada pekerjaan ibu atau bapa si anak. Antaranya seperti Ribar yang bermaksud nelayan. Maka anak kepada si nelayan ini akan dipanggil Ribarevic.

Jika ada orang Malaysia yang melahirkan anak di sana, selalunya mereka dikehendaki untuk meletakkan nama mengikut tradisi negara tersebut.

Contohnya Ramli merupakan seorang jurutera yang dihantar untuk bekerja di Croatia selama 2 tahun. Diam-diam ubi berisi dan isteri Ramli telah melahirkan seorang bayi lelaki yang diberi nama Saipudin.

Maka dalam pendaftaran nama di sana akan menjadi Saipudin Inzenjeric.

Ini kalau Ramli bekerja di Croatia pada zaman dahulu lah. Sekarang ni mereka lebih menggunakan nama keluarga atau dalam bahasa orang putih disebut surname.

Sebab itulah ada pemain yang tidak ada -ic di penghujung nama mereka.

Semoga ilmu baharu ini menjadi manfaat kepada korang semua. Jangan lupa ucap terima kasih kepada admin sebab kongsi ilmu ni.

Sumber : metro

BACA:  UEFA Nations League: Croatia 2-3 Portugal