Kepulauan Solomon Pernah ‘Reject’ Undangan FAM Dengan Alasan Tidak Faham Peraturan FIFA

Kemenangan 4-1 ke atas Kepulauan Solomon dalam perlawanan persahabatan FIFA Tier 1 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada malam tadi adalah pertemuan pertama kedua-dua pasukan di peringkat antarabangsa.

Sebelum ini skuad kebangsaan Kepulauan Solomon dianggap misteri oleh ramai penyokong bola sepak tempatan, dan kekuatan sebenar pasukan itu juga tidak diketahui.

Walaupun hanya memiliki seorang pemain profesional di dalam skuad yang dibawa ke Terengganu untuk memenuhi kalendar perlawanan FIFA pada Jun ini, pasukan ini sebenarnya berada di kedudukan ranking ke-134 dunia – lebih tinggi daripada skuad kebangsaan Harimau Malaya.

Tetapi tahukah anda pada 2019, skuad kebangsaan Kepualaun Solomon sebenarnya pernah menolak pelawaan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk perlawanan pada 2019?

Sebenarnya Solomon Island pernah diundang oleh FAM ke negara ini untuk menyertai kejohanan mini Airmarine Cup pada Mac 2019.

Di dalam kejohanan ini yang disertai oleh 4 negara itu, setiap pasukan dirancang untuk menghadapi dua perlawanan  – pemenang perlawanan pertama akan ke final, manakala pasukan yang tewas akan bertemu sesama sendiri untuk merebut tempat ketiga.

Walaupun sudah mengesahkan terlebih awal penyertaan mereka, Persekutuan Bolasepak Kepulaun Solomon (SIFF) kemudiannya membatalkan penyertaan mereka kira-kira 18 hari sebelum kejohanan bermula.

Sebab utama mereka menolak untuk penyertaan adalah kerana keliru dengan ‘FIFA Regulations‘ berkenaan perlawanan persahabatan antarabangsa.

Ketua Pegawai Eksekutif SIFF, Leonard Paia pada ketika itu mendedahkan keputusan itu dalam satu sidang media di Honiara bahawa mematuhi peraturan FIFA adalah lebih penting daripada memenuhi undangan daripada FAM.

“Kami telah menerima nasihat dari FIFA dan OFC dimana dibawah peraturan FIFA – Status and Transfer of players, Annexe 1 of players to association teams, hanya 2 perlawanan maksimum dibenarkan dalam setiap FIFA Days.”

“Dengan itu, keinginan kami untuk menyertai kejohanan 4 negara di Malaysia tidak dapat direalisasikan sekarang kerana kami telah menerima kelulusan dari FIFA dan OFC untuk bertemu Chinese Taipei pada 24 Mac 2019,” ujar beliau pada ketika itu.

“Kami difahamkan dalam kejohanan 4 negara di Malaysia itu, akan ada 2 perlawanan bagi setiap negara dan hari terakhir perlawanan adalah pada 23 Mac 2019 dan dengan itu ia jelas menjejaskan semangat seperti yang diperuntukkan untuk mematuhi peraturan dan juga adalah penting untuk memastikan tahap kesihatan  pemain sekurang-kurangnya dengan mempunyai 2 hari berehat.”

“Bila kami menerima tawaran untuk kejohanan 4 negara di Malaysia, ianya terlalu bagus untuk sebuah negara yang less priviledge seperti Kepulauan Solomon dan itu juga sebab mengapa kami cuba untuk menyertai peluang seperti ini kerana ia tidak selalu hadir.”

“Malangnya, kami tidak memberikan perhatian terhadapa peraturan FIFA yang tidak membenarkan kami beraksi dalam 3 perlawanan dalam satu tingkap perlawanan antarabangsa,” tambahnya lagi.

Sebenarnya Kepulauan Solomon boleh sahaja membatalkan perlawanan tersebut dan memilih untuk menyertai Airmarine Cup pada ketika itu seperti yang dilakukan Yaman baru-baru ini.

Pada ketika itu, Malaysia menduduki ranking ke-167 dunia dan Kepulauan Solomon pula berada di kedudukan ke-141 dunia di dalam senarai FIFA.

Pada masa yang sama, Taiwan menduduki kedudukan ke-138 dunia pada ketika itu.

Kedudukan tersebut jauh berbeza sebelum perlawanan semalam kerana skuad kendalian Kim Pan-gon telah memperbaiki kedudukan dan berada di kedudukan ke-138 dunia berbanding Kepulauan Solomon yang berada di kedudukan ke-134 dunia.

Adakah benar sebab sebenar Kepulauan Solomon menolak pelawaan FAM sebelum ini disebabkan peraturan FIFA? Ataupun adakah ia disebabkan oleh kedudukan ranking pasukan negara yang rendah menyebabkan mereka tidak pandang pelawaan ke negara ini?

Apa-apa pun kejohanan pada Mac 2019 itu telah diteruskan apabila FAM berjaya menjemput Afghanistan sebagai pengganti.

Malaysia juga telah membuktikan kekuatans sebenar Harimau Malaya apabila membenam Kepulauan Solomon dengan jaringan 4-1 pada malam tadi.

BACA:  Amirul Hadi Senaraikan Kesebelasan Terbaik Yang Terlalu Dasyat