Keputusan Penuh FIFA Best 2023

fifa best 2023

Ketika Harimau Malaya dibelasah 4-0 oleh Jordan, Anugerah FIFA Best 2023 telah pun berlangsung dalam memilih pemain dan pengurus bola sepak lelaki dan wanita terbaik berdasarkan prestasi mereka di musim lepas.

Pemenang anugerah ini adalah berdasarkan undian oleh jurulatih dan kapten pasukan kebangsaan serta wartawan pakar dan penyokong di seluruh dunia.

Legenda Brazil, Marta telah diberikan anugerah khas FIFA atas jasa baktinya yang luar biasa sebagai pemain bola sepak Wanita.

Pemain Terbaik Lelaki – Lionel Messi

Lionel Messi sekali lagi dipilih sebagai pemain terbaik dunia FIFA 2023 mengekalkan gelaran 2022 dengan mengetepikan saingan daripada Erling Braut Haaland dan Kylian Mbappe selepas menggondol anugerah Ballon d’Or buat kali kelapan pada hujung tahun lalu.

Anugerah Pemain terbaik FIFA 2023 mengiktiraf pemain paling luar biasa dalam permainan bola sepak bermula dari 19 Disember 2022 hingga 20 Ogos 2023.

Superstar Argentina itu telah dikurniakan penghormatan sekali lagi selepas satu lagi prestasi yang memukau peminat bola sepak di seluruh dunia.

Messi diiktiraf atas pencapaiannya pada majlis Anugerah Bola Sepak FIFA Terbaik di London, setelah muncul di tempat teratas dalam pengundian mendahului finalis Erling Haaland dan Kylian Mbappe.

Messi mengungguli undian oleh jurulatih dan kapten pasukan kebangsaan serta wartawan pakar dan penyokong di seluruh dunia.

Undi Messi dan Haaland terikat dengan 48 mata namun mereka dipisahkan dengan jumlah pencalonan pilihan pertama yang Messi terima dalam undian daripada kapten pasukan kebangsaan, mengikut Peraturan Peruntukan (artikel 12). Penyerang Perancis Mbappe menduduki tempat ketiga dengan 35 mata.

Messi juga memenangi anugerah Pemain Lelaki Terbaik FIFA 2019 dan telah diiktiraf oleh FIFA sebagai pemain terkemuka dalam permainan bola sepak sebanyak lima kali sebelum itu – 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2015 – menjadikan ini anugerah individu kelapannya secara keseluruhan.

Pemain Terbaik Wanita – Aitana Bonmati

Aitana Bonmati telah dinamakan Pemain Wanita FIFA Terbaik buat kali pertama. Anugerah ini mengiktiraf pemain cemerlang permainan wanita antara 1 Ogos 2022 dan 20 Ogos 2023 dan Bonmati dinobatkan pemenang di hadapan rakan finalis Linda Caicedo dan Jennifer Hermoso

Anugerah yang diidam-idamkan itu merupakan satu lagi ganjaran yang sangat layak untuk pemain tengah yang hebat ini, yang pada tahun 2023 memberi inspirasi kepada Sepanyol untuk gelaran sulung dunia mereka dan Barcelona untuk treble domestik dan Eropah.

Jurulatih dan kapten pasukan kebangsaan dunia mengundi untuk anugerah Pemain Wanita Terbaik FIFA, bergabung dengan wartawan dan peminat untuk menentukan pemenang.

Puskas – Guilherme Madruga

Pemain tengah Brazil Guilherme Madruga telah memenangi Anugerah Puskás FIFA 2023 untuk sepakan atas kepala atau overhead kick yang menakjubkan.

Usaha akrobatik daripada bintang Botafogo-SP diundi sebagai pemenang mengetepikan gol rabona padu daripada Nuno Santos dari Sporting dan petir jarak jauh-long-range thunderbolt pemain remaja Brighton Julio Enciso.

Anugerah Puskas mengiktiraf gol paling menakjubkan dalam bola sepak lelaki dan wanita antara 19 Disember 2022 hingga 20 Ogos 2023. Anugerah itu dinamakan sempena penyerang legenda Hungary, Ferenc Puskás, yang terkenal dengan kehebatannya.

Jurulatih Terbaik Lelaki – Pep Guardiola

Pep Guardiola telah dinamakan Jurulatih Lelaki Terbaik FIFA 2023 dan sudah pastinya tiada pengurus lain secemerlang Pep Guardiola musim lalu yang menyamai pencapaian treble jiran mereka.

Guardiola telah diberi penghormatan dengan anugerah itu selepas menikmati tempoh kejayaan yang luar biasa di Manchester City. Pengurus dari Sepanyol itu membawa kelab itu muncul treble dengan menjuarai Liga Perdana, Liga Juara-Juara UEFA dan Piala FA yang pada musim 2022/23.

Jurulatih Terbaik Wanita – Sarina Wiegman

Anugerah Bola Sepak FIFA Terbaik sekali lagi meraikan kecemerlangan Sarina Wiegman apabila bos England itu menerima Anugerah Jurulatih Wanita Terbaik FIFA ketiganya di London.

Bos England itu dinobatkan selepas satu lagi tahun yang memecahkan rekod di mana dia membawa Lionesses ke final Piala Dunia Wanita FIFA™ dan Piala Arnold Clark serta gelaran Finalissima Wanita.

Penjaga Gol Terbaik Lelaki – Ederson

Ederson telah dinamakan sebagai Penjaga Gol Lelaki FIFA Terbaik 2023 mengetepikan saingan dari Thibaut Courtois dan Yassine Bounou berpaksikan prestasi dari 19 Disember 2022 hingga 20 Ogos 2023.

Penjaga gol Brazil itu dianugerahkan penghormatan berikutan tahun cemerlang di mana pemain berusia 30 tahun itu kebal di pintu gol untuk Manchester City semasa kempen bersejarah memenangi treble.

Ederson telah membantu Manchester City meraih gelaran treble dengan menjuarai Liga Perdana, Liga Juara-Juara UEFA dan Piala FA yang pada musim 2022/23.

Penjaga Gol Terbaik Wanita – Mary Earps

Mary Earps telah diberi penghormatan di Anugerah Bola Sepak FIFA Terbaik selepas tahun yang cemerlang untuk England dan Manchester United bermula 1 Ogos 2022 sehingga 20 Ogos 2023.

Mary Earps telah dipilih sebagai Penjaga Gol Wanita Terbaik FIFA untuk tahun kedua berturut-turut, menjadi pemenang dua kali pertama dalam sejarah anugerah itu.

Anugerah Peminat

Hugo Daniel ‘Toto’ Iniguez telah dianugerahkan Anugerah Peminat FIFA untuk 2023. Peminat Colon de Santa Fe yang berdedikasi itu menjadi viral selepas dia dilihat memberi makan kepada anaknya semasa perlawanan Divisyen Primera Argentina menentang Barracas Central pada Mei 2023.

Adegan yang menyentuh hati itu memaparkan hasrat bapa untuk membina hubungan antara anak lelakinya yang berusia dua bulan dan kelab dari usia seawal mungkin, dengan detik itu kini diperkukuh dalam sejarah bola sepak FIFA.

Anugerah Peminat FIFA telah dilancarkan pada 2016 untuk meraikan komitmen yang luar biasa daripada peminat atau kumpulan peminat tanpa mengira liga, jantina atau kewarganegaraan.

Penyokong Colon de Santa Fe itu diumumkan sebagai pemenang hadiah di The Best FIFA Football Awards 2023.

Dia telah dicalonkan bersama Fran Hurndall, yang menggelecek bola sepak sejauh 32km sehari selama 32 hari dari Gold Coast ke Sydney, dan Miguel Angel, peminat Millonarios yang memenuhi hasrat terakhirnya untuk bertemu ahli skuad pasukan utama sebelum dia meninggal dunia.

Anugerah Fair Play – Brazil

Pasukan kebangsaan lelaki Brazil telah diiktiraf dengan anugerah FIFA Fair Play atas pendirian kuat mereka menentang gejala perkauman yang mampu merosakkan permainan bola sepak yang indah.

Dalam perlawanan persahabatan menentang Guinea pada Jun 2023, Selecao menukar jersi kuning tradisional mereka dengan jersi serba hitam sebagai tanda solidariti dengan bintang penyerang Vinicius Junior, yang telah mengalami penderaan perkauman yang menjelikkan semasa beraksi untuk Real Madrid.

Pemain Brazil dan Guinea juga berbaris di belakang sepanduk yang menyatakan ‘com Racismo nao tem jogo’ – yang diterjemahkan kepada ‘dengan perkauman, tiada permainan’ – dan berlutut sebelum sepak mula.

Ia adalah kali pertama dalam sejarah juara dunia lima kali itu memakai jalur hitam. Vinicius dan rakan sepasukan menyarung kit itu untuk separuh masa pertama dalam perlawanan berlangsung di Barcelona dan menang 4-1.

Anugerah Fair Play FIFA disampaikan kepada pemain, jurulatih, pasukan, pegawai perlawanan, peminat individu atau kumpulan peminat sebagai pengiktirafan terhadap tingkah laku permainan adil yang boleh dicontohi, sama ada di dalam atau di luar padang.

BACA:  Senarai Pencalonan FIFA BEST 2021