FIFA Best 2021: Siapa Calon Yang Diundi Oleh Messi, Ronaldo, Salah Dan Lewandowski

Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo tidak mengundi antara mereka sesama sendiri, sementara pemenang anugerah pemain terbaik FIFA tahun ini, Robert Lewandowski mengundi kedua-dua mereka sebagai calon pemenang anugerah tersebut.

Selepas mengharungi tahun yang menakjubkan dengan memecahkan rekod, serta meledak gol yang banyak, Lewandowski berjaya membawa pulang anugerah pemain terbaik buat kali kedua secara berturut-turut pada tahun ini.

Menurut FIFA, anugerah tersebut diserahkan kepada pemain yang telah mempamerkan aksi sungguh menakjubkan sepanjang tahun, dengan bantuan undian dari juri-juri antarabangsa.

Pengurus skuad kebangsaan dan ketua pasukan kebangsaan kesemuanya turut diberi tanggungjawab untuk mengundi, begitu juga dengan wartawan dari setiap negara.

Lewandowski menewaskan Messi dan Mo Salah untuk memenangi anugerah tersebut selepas kejayaan beliau menjaringkan 41 gol ketika membantu Bayern Munich menjuarai saingan Bundesliga musim lalu.

Mengundi sebagai ketua pasukan Poland, Lewandowski memilih bintang Chelsea dan Itali, Jorginho sebagai pilihan utamanya, selepas melihat kecemerlangan beliau dipentas saingan Champions League dan Euro 2020.

Selepas Jorginho, beliau memilih untuk mengundi Messi dan Ronaldo sebagai pilihan kedua dan ketiganya untuk memenangi anugerah tersebut.

Sementara itu, dua pemain terhebat dalam sejarah dunia bola sepak, Messi dan Ronaldo pula, kedua-dua mereka sememangnya sangat jarang untuk mengundi antara mereka.

Ketua pasukan Argentina, Lionel Messi pula memilih rakan sepasukannya di PSG, Neymar dan Kylian Mbappe sebagai calon pertama dan kedua, sementara satu lagi undian beliau memilih untuk mengundi Karim Benzema.

Sementara Ronaldo yang memenangi anugerah khas pada tahun ini pula, beliau memilih untuk memberikan undiannya kepada Lewandowski, Nโ€™Golo Kante dan Jorginho.

Messi hanya pernah undi seteru utama beliau, Ronaldo itu sebanyak dua kali sahaja iaitu pada tahun 2018 dan 2019.

Sementara Cristiano Ronaldo pula, sepanjang beliau ada kemampuan untuk mengundi, beliau hanya pernah mengundi Messi sekali sahaja iaitu pada tahun 2020 yang lalu.

Bintang Liverpool, Mo Salah pula memilih Jorginho di kedudukan pertama, Messi di kedudukan kedua dan Lewandowski di kedudukan ketiga.

Ketua pasukan England, Harry Kane pula memilih Lewandowski sebagai pemain terbaik, sementara pengurus mereka, Gareth Southgate pula memilih Jorginho sebagai calon pemenang anugerah tersebut.

Lewandowski tewaskan Messi dan Salah untuk dinobatkan sebagai yang terhebat di dunia

Bintang Bayern Munich, Robert Lewandowski berjaya memenangi anugerah FIFA Menโ€™s Player of The Year selepas menewaskan seteru terdekat beliau, Mohamed Salah dan Lionel Messi.

Pemain kebangsaan Poland yang kini berusia 33 tahun itu memiliki rekod jaringan yang sungguh luar biasa menakjubkan sepanjang tahun 2021.

Beliau sepanjang tahun lalu telah berjaya menjaringkan 69 gol dalam semua pertandingan baik bersama Bayern Munich mahupun bersama skuad kebangsaan Poland.

Beliau memiliki kualiti penyudah yang sungguh luar biasa menakjubkan hingga membantunya untuk menjaringkan 41 gol dari 29 penampilan dalam saingan Bundesliga musim lalu.

Rekod jaringan tersebut secara tidak langsung berjaya membantu beliau untuk memecahkan rekod Bundesliga yang dipegang oleh Gerd Muller sebelum itu.

Ketua pasukan kebangsaan Poland itu telah dinobatkan sebagai pemain terbaik FIFA di hari anugerah FIFA yang dilangsungkan di Zurich, Switzerland semalam.

Lewandowski memenangi anugerah tersebut pada tahun 2020 selepas menerima 52 mata dan meletakkan beliau di atas Cristiano Ronaldo (38 mata) dan Lionel Messi (35 mata).

Bekas pemain penyerang Borussia Dortmund itu gagal untuk memenangi anugerah Ballon Dโ€™or pada tahun 2021, selepas Lionel Messi secara rasminya dinobatkan sebagai pemenang.

Messi berjaya membawa pulang bola emas ketujuh beliau sepanjang kariernya selepas mengutip 613 mata dengan mengatasi Lewandowski yang hanya menerima 580 mata.

Lewandowski juga dikatakan individu paling berhak untuk memenangi anugerah Ballon Dโ€™or 2020 atas aksi hebat dan pencapaian beliau sepanjang musim tersebut.

Walau bagaimanapun, dek kerana dunia ketika itu teruk dilanda wabak pandemik, maka France Football memutuskan untuk membatalkan anugerah tersebut pada tahun 2020.

Messi sendiri bahkan turut memberi ucapan penuh emosi kepada Lewandowski ketika menerima anugerah Ballon Dโ€™or tahun ini, dengan legenda Barcelona itu menegaskan bahawa bintang Bayern itu berhak untuk memenangi anugerah Ballon Dโ€™or musim lalu.

Lewandowski mendakwa yang beliau sangat tersentuh dengan ucapan dari Messi itu dan menganggap ia antara detik terbaiknya bersama pemain terhebat sepanjang zaman itu.

โ€œKata-kata Messi untuk saya (tentang Ballon Dโ€™or) sungguh menyentuh saya.โ€

Jelas Lewandowski kepada Bild.

โ€œItu bukan ucapan kosong, ia merupakan detik terbaik sepanjang karier saya.โ€

โ€œSaya hanya bercakap beberapa perkataan sahaja dengan Leo (bersemuka), kerana bahasa Sepanyol saya teruk. Saya bercakap dengan Kylian Mbappe dalam bahasa Inggeris, dan dia tolong terjemahkan kepada Leo. Ia malam yang sangat hebat.โ€

Lewandowski pada musim ini masih cemerlang mengekalkan rekod jaringan beliau yang luar biasa menakjubkan itu dengan beliau kini sudah menjaringkan 34 gol dari 27 penampilan dalam semua pertandingan.

Pengurus skuad lelaki dan wanita Chelsea, Thomas Tuchel dan Emma Hayes telah dinobatkan sebagai pengurus lelaki dan wanita terbaik di anugerah sama.

Cristiano Ronaldo sementara itu telah diberikan anugerah khas oleh FIFA di acara sama atas kejayaan beliau memecahkan rekod penjaring gol terbanyak antarabangsa.

Namun agak malang bagi Salah dan Mendy. Walaupun Mendy memenangi Anugerah Penjaga Gol Terbaik dan Salah berada dalam 3 Finalis untuk Pemain Terbaik FIFA, tetapi kedua duanya gagal dalam senarai FIFPPRO XI yang diundi dari kalangan pemain profesional.

Berikut adalah kesebelasan FIFPRO kali ini dengan formasi 3-3-4.

Penjaga Gol:

Gianluigi Donnarumma

Pertahanan:

Ruben Dias

Leonardo Bonucci

David Alaba

Midfield:

Kevin De Bruyne

Jorginho

Nโ€™Golo Kante

Penyerang:

Lionel Messi

Robert Lewandowski

Cristiano Ronaldo

Erling Haaland

Sumber: SPORTbible

BACA:ย  Gol Solo Son Heung Min Pemenang Anugerah FIFA Puskas 2020