Presiden UFC, Dana White sememangnya antara manusia terkaya di dunia selepas syarikat miliknya mendominasi dunia sukan MMA.
Pemilik syarikat UFC yang ketika ini berusia 51 tahun itu tidak diragukan langsung tidak mempunyai masalah berkait ekonominya.
Para peminat sukan tempur atau seni bela diri campuran ini sudah tentunya kenal dengan jenama UFC ini beserta pemiliknya Dana White.
Dana White's exceptional skill as a blackjack player has even got him banned by Las Vegas casinos 🤯https://t.co/Oi2DMVdimo
— talkSPORT (@talkSPORT) June 20, 2021
Bahkan tanpa White, tidak akan ada organisasi seperti UFC yang bakal wujud di dunia ini, dan tiada jugalah tempat untuk para petarung menunjukan bakat serta kehebatan masing-masing di pentas sebesar ini.
Bersama sahabatnya Lorenzo Fertitta dan Frank Fertitta, trio tersebut berjaya membangunkan UFC yang sudah hampir muflis menjadi sebuah syarikat gergasi yang terkenal di seluruh dunia.
Selepas menjual majoriti saham mereka dalam UFC kepada WME dengan nilai $4 billion pada 2016 yang lalu, White bersama rakan kongsinya berjaya menikmati hasil usaha kerja keras selama 15 tahun mereka.
Walaupun dua beradik Fertitta itu telah meninggalkan syarikat selepas menjualnya, Dana White masih kekal menjadi Presiden UFC atas permintaan dan desakan pemilik baru.
White dilaporkan menerima $360 juta hasil dari penjualan sahamnya sebelum ini, dan beliau turut mendapat 9% keuntungan dari pemilik baru ini.
UFC president Dana White is so good he has been banned by Las Vegas casinos 😲https://t.co/Oi2DMVdimo
— talkSPORT (@talkSPORT) June 19, 2021
Sebagai tambahan untuk nilai tersebut, White dilaporkan turut menerima gaji sebagai Presiden bernilai lapan angka setiap tahun.
Keputusan beliau membeli syarikat UFC yang hampir muflis pada tahun 2001 lalu tidak diragukan sebagai salah satu perjudian yang besar dalam hidupnya.
Walau bagaimanapun, usaha beliau berbaloi dan sangat menguntungkan. White selain berani menanggung risiko untuk membeli syarikat yang muflis itu, beliau juga sememangnya seorang yang suka dalam hal yang melibatkan pertaruhan.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, White secara terbuka telah berkongsi tentang minatnya terhadap Casino di rumah keduanya, Las Vegas.
The Palms Casino gave Dana White a UFC-style world championship belt to congratulate him on his winnings – and then told White to keep away from the tables. White said it was a cool way to say get the f*** out of our casino and don't come back!" https://t.co/JYi0mhSLGf
— Willy Allison (@WillyJAllison) June 19, 2021
Dengan memiliki net worth sekitar setengah billion dollars, White jelas mampu untuk bergembira di atas meja judi di casino tersebut.
Walau bagaimanapun, beliau memandang judi ini sebagai salah satu hal yang serius memandangkan minatnya terhadap dunia tersebut cukup mendalam.
Beliau secara terbuka turut pernah menggelar dirinya sebagai seorang penjudi yang tegar sebelum ini.
Casino di Las Vegas secara umumnya telah kerap berurusan dengan White sebelum ini, yang mana ia turut melibatkan turun naik kehidupan lelaki paling berpengaruh dalam dunia sukan MMA itu.
The Palms Resort and Casino sebelum ini pernah mendedahkan tentang hebat dan bertuahnya White dalam dunia perjudian dengan beliau mencatatkan kemenangan yang lumayan secara berterusan sebelum ini.
The @Palms / @stationcasinos lost a lot more on Kaos than any @danawhite winning streak https://t.co/JGYoGHuDMA
…#vegas #lasvegas #onlyvegas— LasVegasWitness (@lasvegaswitness) June 19, 2021
Mereka bahkan menyediakan tali pinggang seumpama sabuk kejuaraan UFC untuk White sebagai ucapan tahniah kerana menang besar di casino tersebut.
Selain hadiah yang bernilai itu, pihak casino turut meminta kepada Dana White supaya jangan datang semula untuk berjudi di situ.
Mungkin kerana White menang terlalu banyak maka pihak casino menasihatkan beliau supaya tidak kembali ke situ lagi.
White selepas menerima hadiah tali pinggang tersebut, beliau dengan riaknya memuat naik gambarnya dengan menyatakan:
“Palms undisputed blackjack Champions: Dana White- $1.6 juta.”
Bercakap tentang hadiah tersebut, White mendedahkan cerita disebaliknya dengan menyatakan:
“Saya berjaya tewaskan mereka sebanyak $1.6 juta.”
Jelasnya kepada talkSPORT.
“Sebaik saja Palms dijual, pemilik baru yang datang terus meminta saya supaya tidak bermain di situ lagi.”
“Dengar, Vegas sememangnya tempat tentang kekalahan, mereka langsung tidak suka melihat orang menang.
THIS a perfect example of scared money dont make moneyhttps://t.co/FVMtxvvQLq
— SPKRBOXXX (@SpkrShutUp) June 19, 2021
“Kemudian mereka jual lagi, lepas itu pemilik baru akan kata mereka mahu kamu kembali dan saya kalahkan mereka $1.6 juta sekali lagi. Berbanding meminta saya supaya tidak datang lagi dengan cara yang sama seperti pemilik sebelum ini, mereka memberi saya tali pinggang ini berserta ucapan yang meminta saya untuk tidak datang kembali.”
“Undisputed Blackjack Champions. 24-0. Ini merupakan cara yang hebat untuk mereka menghalang dan mengusir saya dari casino itu dan tidak membenarkan saya untuk kembali.”
Jelas White.
Pengulas UFC, Joe Rogan sebelum ini pernah mendedahkan yang White sebenarnya telah memenangi lebih $7 billion di pelbagai lokasi sekitar Las Vegas.
Selain itu, White sendiri sebelum ini turut pernah mendedahkan tentang kekalahan beliau dalam dunia perjudian ini sejak tempoh beberapa tahun lalu.
Dalam sesi temu bual bersama ESPN, White mendedahkan yang beliau pernah kehilangan tujuh angka kerana berjudi selepas tewas dalam pertaruhan melibat perlawanan tinju pada Februari 2008.
#UFC fighters should be enraged. Dana is throwing around so much money that he's kept from fighters' pockets. How many UFC fighters are capable of losing $1 million and still be wealthy enough to never work again? They need a union. #UFC263 https://t.co/mZaLUn6QAT
— Jeff Lorenzo 🥂 (@jbellamar) June 19, 2021
“Oh tuhanku. Apa nama budak tu? Jermain Taylor. Dan siapa yang dia lawan? Saya kenal dia sebab saya bertaruh untuk dia. Dia lawan dengan seorang lelaki kulit putih yang tinggi dan kurus dari Ohio, Kelly Pavlik.”
“Saya bertaruh $1 juta untuk Taylor dan dia kalah dalam perlawanan itu. Itu merupakan kali pertama saya bertaruh sampai satu juga kerana saya sangat yakin Taylor akan menang perlawanan itu.”
Jelas White.
Walaupun kalah dengan jumlah pertaruhan yang begitu besar, dan mungkin boleh menyebabkan manusia biasa bunuh diri, namun untuk White ia cuma pertaruhan yang kecil sahaja.
The Palms Resort Casino masih belum dibuka selepas mereka terpaksa menghentikan perniagaan sebelum ini kerana penularan wabak C0V-19.
Jadi tidak pasti sama ada White masih diharamkan untuk bermain atau tidak kerana casino tersebut masih belum dibuka pada ketika ini.