ONE167: Petarung 35 Tahun Vietnam Ini Tamatkan Rekod Tanpa Kalah Johan Ghazali

Johan Ghazali akhirnya menelan kekalahan pertama selepas rekod enam 5 kemenangan berturut turut sebelum ini.

Jojo tewas di tangan petarung berpengalaman asal Vietnam iaitu Nguyen Tran Duy Nhat.

Johan Ghazali membawa rekod 4 kemenangan KO daripada 5 kemenangan terakhirnya sebelum ini.

Dan pada Oktober tahun lalu, Johan Ghazali mencipta sejarah apabila menjadi atlet tempur termuda memperoleh kontrak bernilai AS$100,000 (RM463,300) dengan ONE Championship.

Dalam aksi kad pertarungan ONE 167, aksi berlangsung di Impact Arena Bangkok itu dipenuhi oleh peminat yang hadir. Johan Ghazali hadir dengan keyakinan tinggi.

Ianya jelas sekali diperlihatkan oleh petarung remaja berusia 19 tahun itu yang memilih untuk menggunakan strategi sangat agresif ke atas lawannya.

Pada pusingan pertama sangat sengit. Nguyen Duy Nhat menggunakan kekuatan utamanya iaitu tendangan ke ara Johan Ghazali. Petarung Malaysia itu membalasnya dengan beberapa siri tumbukan ke arah badannya.

Nguyen kemudian cuba mengelakkan diri daripada pertarungan terbuka namun Jojo berjaya mendaratkan serangan sebelum loceng.

Pusingan seterusnya Johan Ghazali terus tampil dengan lebih agresif. Namun Nguyen Tran Duy Nhat tetap berjaya mencuri mata.

Johan Ghazali memberikan tekanan kepada lawannya sepanjang pertarungan namun Nguyen Tran Duy Nhat menggunakan strategi serangan balas serta beberapa aksi melarikan diri daripada serangan Jojo.

Pada pusingan ketiga Johan Ghazali menerima sepakan yang kuat daripada Nguyen. Seperti biasa selepas melancarkan serangan Nguyen Tran Duy Nhat akan berundur.

Johan Ghazali pada satu ketika dilihan memanggil lawannya itu untuk berada lebih dekat untuk bergasak di tengah ring.

Tetapi Tran Duy Nhat tidak terpengaruh dengannya dan kekal dengan gaya permainannya.

Aksi Nguyen itu berjaya memenangi hati juri yang sebulat suara memberikan kemenangan kepada petarung Vietnam itu.

Ini adalah kekalahan pertama Johan Ghazali dalam ONE Championship. Kedua dua petarung kemudian saling memberikan penghormatan kepada satu sama lain ketika keputusan dibacakan.

Petarung berusia 35 tahun dari Vietnam itu ternyata memberikan pengalaman berguna kepada Jojo. Jelas sekali pengalamannya menjadi faktor utama yang memberikannya kemenangan ke atas petarung remaja yang agresif dari Malaysia itu.

BACA:ย  [VIDEO] Apabila Petarung MMA Dirasuk Semangat 'Stone Cold'