Presiden Barcelona, Joan Laporta dilaporkan bakal berdepan penggantungan sehingga 10 perlawanan kerana menunjukkan kelakuan yang tidak sepatutunya selepas menyerang pengadil di bilik persalinan.
Insiden itu berlaku semasa perlawanan El Clasico menentang Real Madrid baru baru ini.
Barcelona kini berdepan akibat tambahan dalam kekalahan El Clasico kepada Real Madrid di Santiago Bernabeu, selepas presiden kelab Joan Laporta mungkin dikenakan denda oleh pihak berkuasa La Liga.
Laporta telah berdepan dengan pegawai perlawanan di koridor stadium, mengenai apa yang dia rasakan sebagai beberapa keputusan yang boleh dipersoalkan dalam kekalahan 3-1 kepada Los Blancos.
Menurut Football Espana, presiden Barcelona itu akan didenda atas insiden itu dan boleh digantung antara 4 dan 10 perlawanan jika didapati bersalah oleh pihak berkuasa bola sepak di Sepanyol.
Laporta juga boleh didenda serendah €602 kerana menjadi pesalah kali pertama, atau bayaran boleh meningkat sehingga €3006 bergantung kepada sejauh mana seriusnya jawatankuasa disiplin melihat kejadian itu.
Laporta mempersoalkan keputusan pegawai perlawanan untuk tidak menghadiahkan penalti kepada Barcelona, selepas Robert Lewandowski dihalang dalam kotak 18 ela Real Madrid.
Situasi ini terjadi sebelum penalti diberikan kepada Los Blancos pula, keputusan pengadil ini nyata membuatkan Laporta naik hantu.
The ref's official act confirms that Laporta went down to the referee dressing room. pic.twitter.com/OpLOv8S83L
— Barça Universal (@BarcaUniversal) October 16, 2022
Barcelona menelan kekalahan 3-1 di tangan musuh tradisi mereka, Real Madrid.
Pada satu ketika Barcelona dilihat boleh bangkit dengan aksi dominan dan jaringan Ferran Torres yang menjadikan kedudukan 2-1.
Namun kesilapan Eric Garcia telah memberikan Real Madrid penalti. Dan ianya disempurnakan oleh Rodrygo Goes untuk memastikan Real Madrid menang 3-1.0
Bagaimanapun, bukan El Clasico namanya jika ia tidak meninggalkan kontroversi.
Menurut Mundo Deportivo, Joan Laporta terlibat dalam masalah dengan pengadil dalam perlawanan tersebut, Sanchez Martinez.
Barcelona president Joan Laporta had to be asked to leave the match officials' dressing room after demanding an explanation for decisions 😳 pic.twitter.com/1mGddr4Xed
— ESPN FC (@ESPNFC) October 16, 2022
Laporta dilaporkan pergi membuat protes kepada Martinez selepas permainan tamat.
Di mana dia turun sendiri ke dalam bilik persalinan pengadil untuk menyatakan bantahannya.
Barca Universal turut melaporkan bahawa, pegawai perlawanan sudah membuat laporan rasmi tentang serangan yang dilakukan Laporta ke atas mereka ketika di bilik persalinan pengadil.
Bantahan Laporta berkaitan dengan beberapa keputusan Martinez di atas padang yang menurutnya berat sebelah kepada Real Madrid.
Joan Laporta last year: "Losing will have consequences."
Time to act, president. pic.twitter.com/hNj39DgmvT
— Barça Universal (@BarcaUniversal) October 13, 2022
Salah satunya ialah penalti yang diberikan kepada Real Madrid pada separuh masa kedua masa kecederaan.
Dalam keputusan itu, Martinez menghadiahkan penalti kepada Los Blancos selepas Eric Garcia menjatuhkan Rodrygo Goes dalam kotak penalti dengan terpijak kaki pemain itu ketika cuba memenangi bola.
Bagaimanapun, sebelum itu, Martinez tidak menghadiahkan penalti untuk Barcelona apabila Robert Lewandowski dijatuhkan dalam kotak penalti oleh Dani Carvajal.
Perkara itu membuatkan Laporta bengang dan pergi berkofrontasi dengan pengadil perlawanan. Dilaporkan dia berleter panjang lebar dengan pengadil sehinggalah seseorang – dipercayai pegawai pasukan Barcelona – datang memujuknya untuk meninggalkan tempat tersebut.
Joan Laporta will be fined after he entered the referee's office following #ElClasico.@mundodeportivo say that he will likely escape a potential 4-10 game ban though, pic.twitter.com/Vbs4jJp3PP
— Football España (@footballespana_) October 17, 2022
Tindakan Laporta itu ternyata bakal mengundang masalah. Laporta kini berdepan penggantungan atau sekatan daripada menghadiri acara La Liga. Dan sudah tentunya dia berdepan dengan denda.
Denda minimum untuk kesalahan yang serupa dilaporkan sekitar EUR600 dan maksimum EUR3,006.
Penggantungan antara 4 sehingga 10 perlawanan, jika Laporta didapati bersalah.
Sebelum ini, Presiden Sevilla, Jose Castro, melakukan kesalahan serupa ketika aksi menentang Osasuna. Dan dia dikenakan sekatan 10 perlawanan.
Laporta sebelum ini pernah mengkritik secara terbuka mutu pengadilan di UCL. Di mana menurutnya, pengadil aksi antara Barca dan Inter adalah sangat teruk.
🎙Laporta: "We have all been very angry this week. Inter's refereeing was shameful. I let UEFA know because it was so obvious. That the referee in the VAR room did not comment on anything is very serious. He himself refereed against Bayern and did not call a penalty on Dembélé" pic.twitter.com/gUWndCKfAI
— total Barça (@totalBarca) October 9, 2022
Laporta ketika itu berkata:
“Kita semua sangat marah minggu ini. Pengadil perlawanan menentang Inter adalah memalukan. Saya mahu UEFA tahu kerana ianya jelas sekali.”
“Pengadil di bilik VAR tidak memberikan sebarang komen. Ini adalah perkara serius. Dia tidak memberikan penalti kepada Dembele.”
Penggantungan Laporta ini sebenarnya langsung tidak memberi impak kepada Barcelona yang bakal kehilangan tempat di Champions League dan hanya menunggu masa ditendang secara rasmi.