Kerja Gila Yang Mane Perlu Lakukan Untuk Bantu Liverpool Dapat Bonus

Liverpool telah bersetuju untuk menjual Sadio Mane kepada gergasi Bundesliga, Bayern Munich pada jendela perpindahan musim panas ini dengan yuran perpindahan bernilai £27.5 juta.

Nilai tersebut sebenarnya boleh meningkat menjadi £35.1 juta seandainya Sadio Mane berjaya mencapai tahap-tahap tertentu.

Sesi rundingan antara sporting director Bayern Munich, Hasan Salihamidzic bersama Liverpool berlangsung dengan agak tegang namun tetap berjaya dimuktamadkan.

Tambahan bonus dalam kontrak Mane bernilai £5 juta berdasarkan berapa penampilan yang beliau buat dan £2.6 juta lagi berdasarkan pencapaian individu serta berpasukan.

Hal ini termasuk klausa Bayern Munich memenangi gelaran Bundesliga setiap tahun sepanjang tiga musim pemain kebangsaan Senegal itu di Allianz Arena.

Tambahan bonus juga akan diberikan kepada Liverpool seandainya Sadio Mane berjaya memenangi anugerah Ballon D’or setiap tahun sepanjang tiga tahun kontraknya bersama Bayern.

Sepertinya Liverpool tidak mungkin akan mampu mendapatkan nilai £35.1 juta itu kerana syarat yang perlu Mane penuhi terlalu sukar untuk dipenuhi.

Walau bagaimanapun, Liverpool sememangnya terpaksa akur untuk terima keputusan Mane mahu meninggalkan kelab kerana mereka berpotensi kehilangan bintang Senegal itu tanpa mendapatkan apa-apa pada musim hadapan.

Mane jelas sekali terkesan kerana Liverpool tidak mahu menaikkan gaji beliau dan sebaik menerima tawaran dari Bayern Munich, beliau segera bersetuju untuk meninggalkan Anfield.

Julian Ward walau bagaimanapun berhak dipuji kerana beliau masih mampu memujuk Bayern Munich untuk mengeluarkan £30 juta untuk menandatangani Sadio Mane.

Sadio Mane merupakan penandatanganan mega pertama Jurgen Klopp ketika ketibaannya ke Anfield dan jelas sekali ramai peminat akan kecewa melihat beliau pergi meninggalkan kelab.

Pemain penyerang itu berjaya menjaringkan 120 gol dari 269 penampilan bersama skuad Liverpool dan beliau juga turut berjaya memenangi segalanya bersama The Reds.

Bersama Bayern Munich, Sadio Mane berjaya mendapatkan tawaran gaji yang setimpal dengan bakat dan potensi yang beliau ada.

Gaji Sadio Mane bersama Bayern Munich didedahkan

Sadio Mane pada ketika ini akan menikmati kenaikkan gaji yang sangat lumayan selepas beliau melengkapkan perpindahannya menyertai Bayern Munich.

Mane yang kini sudah berusia 30 tahun itu dijangka akan menandatangani kontrak selama tiga tahun bersama gergasi Bundesliga itu.

Liverpool sendiri sudah menerima tawaran bernilai £35.1 juta dari Bayern Munich untuk melepaskan pemain penyerang utama mereka itu.

Menurut sumber laporan dari The Mirror, Mane dijangka akan menerima pendapatan bernilai £250,000 seminggu di Allianz Arena.

Ia sebenarnya kadar kenaikkan gaji yang sangat tinggi berbanding apa beliau terima ketika kariernya bersama Liverpool sebelum ini.

Bersama Liverpool, Sadio Mane dilaporkan hanya menerima pendapatan bernilai £100,000 sahaja dan bersama Bayern Munich beliau menerima kenaikkan lebih satu kali ganda.

Kontrak Mane bersama Liverpool sebenarnya hanya berbaki setahun sahaja lagi dan The Reds sendiri sebenarnya berjaya mencipta keuntungan yang sangat banyak selepas menjual bintang Senegal itu dengan nilai £35 juta sedangkan beliau boleh pergi sebagai pemain bebas ejen pada musim panas akan datang.

Mane dan Liverpool sendiri sebelum ini telah mengadakan rundingan berkait tawaran kontrak baru untuk pemain penyerang itu.

Rundingan tersebut walau bagaimanapun berakhir dengan kegagalan dan kerana itulah Mane memutuskan untuk meneruskan kariernya di Jerman.

Bekas pemain penyerang Southampton itu dilaporkan meminta Liverpool supaya menaikkan gajinya kepada £400,000 seminggu dan permintaan beliau itu telah ditolak mentah-mentah oleh finalis saingan Champions League itu.

Seandainya Liverpool menerima permintaan dari Sadio Mane itu, maka bintang Senegal itu bakal menjadi penerima gaji tertinggi dalam saingan Premier League.

Mohamed Salah yang kini turut masih berunding dengan Liverpool berkait kontrak barunya itu juga dilaporkan meminta nilai yang sama seperti yang Mane pernah minta sebelum ini.

Dengan kontraknya hanya berbaki setahun sahaja lagi, Mo Salah sepertinya akan meninggalkan Liverpool sebagai pemain bebas ejen pada musim panas akan datang.

Salah sendiri pada ketika ini sudahpun menjadi penerima gaji tertinggi di Anfield bersama Virgil Van Dijk dan Thiago Alcantara.

Bintang Mesir itu bersama Thiago Alcantara dilaporkan menerima gaji bernilai £200,000 seminggu sementara Virgil Van Dijk pula menerima £220,000 seminggu.

Sadio Mane dijangka akan melengkapkan perpindahan beliau menyertai Bayern Munich pada minggu hadapan sebaik beliau selesai melakukan medical bersama gergasi Bundesliga itu.

Walau bagaimanapun, bekas penyerang Wales dan Liverpool, Dean Saunders baru-baru ini tampil memberi amaran kepada Sadio Mane kerana mahu meninggalkan Liverpool.

Beliau mengingatkan Mane yang bintang Senegal itu mungkin akan menyesal meninggalkan Anfield kerana beliau sedang berada di kemuncak kariernya bersama Liverpool pada ketika ini.

Bercakap kepada talkSPORT, beliau mendedahkan bahawa:

“Tidak ada masalah dengan kelab, ia kelab yang hebat, tapi liga mereka itu tak mencabar untuk Mane. Dia akan mampu menjaringkan gol, mereka menang 5-0 setiap minggu, hanya mereka sahaja yang mampu menang liga.”

“Itu bukan satu cabaran. Dia akan dapat kerusi rehat, nyalakan cigar, dia hanya perlu gunakan gear tiga bersama Bayern. Dia akan bazirkan dua tahu terbaik dalam kariernya sebagai pemain bola sepak.”

Saunders turut menambah lagi dengan menyatakan:

“Di hujung kariernya nanti, jika dia kata kepada kamu, ‘Datang dan lihat kabinet piala saya.’ kamu akan nampak banyak piala dari Jerman yang terlalu mudah untuk dia dapat tu ada bersama dia.”

Pemergian Sadio Mane jelas sekali satu kehilangan yang besar untuk Liverpool walaupun mereka kini sudah berjaya mendapatkan Darwin Nunez sebagai pengganti.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Sadio Mane Dikatakan Meninggalkan Liverpool Kerana Terkesan Dengan Komen Klopp Yang Menghina Afrika