Kesebelasan Terbaik Sepanjang Zaman EPL Pilihan ESPN

Legenda setan merah, Roy Keane dan Cristiano Ronaldo antara pemain bintang yang dipilih sebagai kesebelasan terbaik premier league sepanjang zaman oleh ESPN.

Seperti sebelum ini, ramai pemain, legenda dan pengurus telah diminta untuk mendedahkan kesebelasan terbaik pilihan mereka.

Kali ini giliran ESPN pula untuk mendedahkan kesebelasan terbaik pilihan mereka. Dan mereka telah memilih untuk menamakan kesebelasan terbaik sepanjang zaman dari premier league.

Mark Ogden mendedahkan pemain yang dipilih untuk mengisi kesebelasan terbaik pilihan mereka dan juga menamakan pemain simpanan serta pengurus pilihan mereka.

Kesebelasan terbaik pilihan ESPN menggunakan formasi 4-1-2-3 dan mereka menggunakan khidmat Peter Schmeichel sebagai penjaga gol utama.

ESPN turut mendedahkan bahawa sebelum memilih Schmeichel mereka turut menyenaraikan beberapa penjaga gol handalan EPL seperti Edwin Van der Sar, David Seaman dan Peter Cech.

Namun akhirnya mereka sebulat suara memilih Peter Schmeichel sebagai penjaga gol utama kerana merasakan beliau lebih berpengaruh ketika bersama setan merah berbanding yang lain.

Di bahagian pertahanan kanan dan kiri ESPN telah meletakkan legenda setan merah Gary Neville dan Ashley Cole.

Untuk posisi centre back pula mereka telah menggandingkan duo legenda England Rio Ferdinand dan John Terry.

Terry dan Ferdinand tidak dinafikan sememangnya antara pertahanan terbaik sepanjang zaman dalam saingan premier league.

Gary Neville dan Ashley Cole juga antara pilihan yang bijak kerana mereka antara full back yang cemerlang sewaktu karier kemuncak masing-masing.

Seorang lagi legenda pasukan setan merah, Roy Keane diletakkan di bahagian ‘Central Defensive Midfielder’.

Patrick Vieira dan Frank Lampard pula digandingkan bersama di posisi tengah. Tetapi kenapa Viera?kenapa bukan Steven Gerrard?

ESPN memilih tiga pemain di bahagian serangan dengan meletakkan Cristiano Ronaldo di bahagian kiri dan bintang Manchester City, Sergio Aguero di bahagian kanan.

Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Premier League, Alan Shearer di letakkan di bahagian atas sekali di bantu oleh Ronaldo dan Aguero  yang berada di kiri dan kanannya.

Untuk pengurus pasukan pula ESPN telah memilih Legenda terhebat sepanjang zaman premier league, Sir Alex Ferguson.

Mereka turut menyatakan bahawa Sir Alex membina kejayaan yang cemerlang bersama pasukan dan tiada pengurus lain setanding beliau dalam kancah saingan premier league.

Menurut ESPN dari kesemua kesebelasan terbaik pilihan mereka, hal yang paling susah untuk diputuskan adalah pemilihan ketua pasukan.

Kerana kesemua pemain pilihan mereka pernah dan layak untuk menggalas tugas sebagai seorang ketua pasukan.

Senarai di bawah adalah kesebelasan terbaik sepanjang zaman premier league pilihan ESPN.

Kesebelasan Terbaik Pilihan ESPN

GK: Peter Schmeichel

RB: Gary Neville

CB: Rio Ferdinand

CB: John Terry

LB: Ashley Cole

CDM: Roy Keane

CM: Patrick Vieira

CM: Frank Lampard

RF: Sergio Aguero

LF: Cristiano Ronaldo

ST: Alan Shearer

Pengurus : Sir Alex Ferguson

Simpanan: Petr Cech, Trent Alexander-Arnold, Vincent Kompany, Paul Scholes, David Beckham, Eden Hazard and Thierry Henry.

BACA:  12 Bintang Bola Sepak Yang Mempunyai Bakat Dalam Bidang Lain