Ketahui Bagaimana Coutiho Memerah Limau Nipis Ke Atas Luka 8-2 Barcelona

Philippe Coutinho telah memerah limau nipis ke atas luka kekalahan teruk lagi mengaibkan kelab Catalah itu dengan jaringan 8 gol yang mampu dibalas kembali dengan 2 jaringan sahaja.

Pemain pinjaman Bayern Munich ke Barcelona yang masuk pada minit ke-75 perlawanan dari bangku simpanan nyata menambah kelukaan Barcelona yang ketika itu ketinggalan 5-2.

Pada minit ke-63 Barcelona telah ketinggalan 5-2 dan kemasukkan Coutinho itu telah melengkapkan kemenangan 8-2 Bayern Munich.

Tiga gol terhasil dalam tempoh 7 minit sahaja dan ketiga-tiga itu melibatkan Coutinho, dua gol sebagai penjaring dan satu gol lagi melalui Robert Lewandowski hasil assist pemain Brazil itu.

Tiada keraian daripada pemain yang dibeli oleh Barcelona itu daripada Liverpool dengan harga £105 juta.

Sejak meninggalkan Liverpool pada 2018, perjalanan karier Coutinho tidaklah seindah dan sepadan dengan tanda harga yang dimiliki oleh beliau.

Apa yang menariknya, kesemua kejuaraan besar yang beliau impikan dan yakin tidak akan mampu dimenangi oleh Liverpool kini semuanya sudah berjaya dijulang oleh bekas rakan sepasukannya.

Saingan Liga Juara-juara, Super Cup, FIFA Club World Cup, dan terbaru saingan Liga Perdana Inggeris, semuanya berjaya dimenangi oleh anak-anak buah kendalian Jurgen Klopp sejak pemergiannya.

Sejak meninggalkan Liverpool, Coutinho telah memenangi dua gelaran La Liga bersama Barcelona namun menang La Liga seperti satu rutin saban tahun buat mereka.

Tiada impak daripada Coutinho untuk Barcelona kerana tanpa pemain itu Barcelona akan tetap bergelar juara.

Musim 2019/20 menyaksikan Coutinho tidak lagi diperlukan dan dipinjamkan ke Bayern Munich dengan pilihan belian tetap tetapi gergasi Jerman itu nyata tidak berminat.

Kekecewaan karier Coutinho selama 18 bulan bersama Barcelona akhir seperti sudah dilepaskan geramnya ke atas pasukan Barcelona sendiri.

Kontrak Yang Bakal menguntungkan Liverpool

Ketika dipinjamkan ke Bayern Munich tiada syarat diletakkan dalam kontrak oleh Barcelona bahawa Coutinho tidak boleh turun beraksi ketika menentang Barcelona. Syarat yang sudah menjadi kebiasaan buat kelab Eropah.

Kerosakkan telah terjadi apabila tiga gol Coutinho menyebabkan Barcelona bolos 8 gol buat pertama kali sejak tewas kepada Sevilla dengan jaringan yang sama pada tahun 1946 di Spanish Cup.

Pedih bukan?

Dan lebih teruk lagi jika, Bayern Munich muncul juara Champions League musim ini kerana Barcelona akan terpaksa membayar Liverpool £4.5m ($5.8 million) seperti yang tertera dalam kontrak.

Salah satu klausa atau syarat dalam kontrak ketika Barcelona mengikat Coutinho adalah:

“Barcelona perlu membayar sejumlah wang kepada Liverpool jika pemain Brazil itu menjuarai Champions League pada musim 2018/19 atau 2019/20.”

Lebih malang dalam kontrak itu tidak disebut secara spesifik samada Coutinho perlu menang bersama Barcelona sahaja atau kelab lain bagi membolehkan Liverpool meraih ganjaran.

Oleh sebab itu secara teknikalnya jika, Bayern Munich muncul juara, Liverpool boleh menuntut wang daripada Barcelona. Baler! Baler!

BACA:  Permintaan Aneh Dari Chelsea Untuk Mendapatkan Coutinho